Hello readers ...
Hari ini jom la kita bercerita tentang kesihatan kulit. Salah satu cara nak jaga kesihatan kulit ialah dengan menggunakan rangkaian pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita kerana kalau salah guna, maka impian nak dapatkan kulit yang sihat hanya angan-angan .. kulit rosak pulak yang tiba-tiba kita dapat.
OK dalam entry kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang rangkaian produk pencuci muka keluaran NEUTROGENA.
Bila tiga produk ini sampai, teruja gila nak cuba sebab sebelum ini dok intai-intai produk di rak-rak rangkaian Farmasi sahaja .... bila dilihat dari segi teknikal dan pembungkusannya, sangat meyakinkan .. hati berbunga-bunga nak cuba dan happy sangat bila impian itu jadi kenyataan. Ok Jom follow me and check it out ..
NEUTROGENA deep clean foaming cleanser (RM18.70 - 10gm)
Pencuci muka yang dirumus khas buat yang berkulit normal dan hanya mengalami masalah berminyak di T-Zone sahaja macam Misz-ella. Teksturnya lembut, berwarna putih dan berbau sedikit wangi.
Misz-ella paling suka guna Pencuci muka ini ketika nak basuh muka sebaik sahaja bangun dari tidur. Picit kan sedikit di tapak tangan dan ratakan di sekeliling muka. Rich in foam ~ tak perlu guna terlalu banyak. Berkesan untuk menanggalkan kotoran, lebihan minyak di muka dan juga sel-sel mati tapi kerana ianya sangat mild, maka Misz-ella lebih suka gunakan ia untuk basuh muka di awal pagi, ketika kulit masih berada di dalam keadaan rehat dan manja dan tanpa sebarang mekap. Segar rasa kulit di awal pagi selepas menggunakannya .. so now my skin is ready to face the day challenge. Yeay!
NEUTROGENA deep Clean ~ cleansing oil to foam (RM44.90 - 142 ml)
Disebabkan Misz-ella menggunakan Foundation dan bedak, memang biasanya sebelum mencuci muka, Misz-ella akan bersihkan segala sisa-sisa mekap tersebut menggunakan Cleansing Oil. Ini penting ye sebab kalau kita tak gunakan Cleansing Oil terus gunakan Pencuci muka, nanti kulit muka kurang bersih .. segala kotoran akan tertinggal di dalam kulit maka naiklah segala jenis ruam, jerawat dan yang lain-lain. Apa yang Misz-ella kongsikan ini semuanya berdasarkan kepada pengalaman Misz-ella pada suatu waktu dahulu .. bila tetamu tak diundang tu datang ber parasit di kulit muka Misz-ella, baru lah Misz-ella sedar yang cara mencuci muka Misz-ella itu salah. So buat yang suka menggunakan foundation, BB cream atau apa-apa sahaja, jangan lupa gunakan Cleansing oil sebelum mencuci muka.
Walaupun namanya Cleansing oil tapi dia tak berminyak. Tidak terlalu pekat, tidak berwarna dan tidak berbau.
Tiap kali sebelum mencuci muka dengan pencuci muka, Misz-ella akan membuang segala mekap dengan menggunakan cleansing oil ini. Cara Misz-ella macam ni ~ Sapu rata di sekeliling muka dan buang kotoran menggunakan cotton pad/kapas muka.
Jeng .. jeng .. jeng .. ye Ini adalah sebab utama kenapa kita perlu gunakan Cleansing oil sebelum mencuci muka. Bayangkan kalau kita terus cuci tanpa membuang segala sisa mekap tu dulu .. semua ini akan masuk semula ke dalam pori-pori kulit kita dan membuatkannya tersumbat dan akhirnya akan keluar semula dalam bentuk jerawat, ruam dan macam-macam lagi. Satu yang best tentang NEUTROGENA Cleansing oil to foam ini, selepas buang semua sisa mekap, kita boleh terus cuci dengan air kerana ia akan menghasilkan buih. Kiranya dia ada fungsi 2-dalam-1 lah ~ Membuang mekap dan mencuci. Jimat, mudah dan cepat. Misz-ella dah masukkan NEUTROGENA Cleansing oil to foam ini ke dalam senarai One Of The Things That I Must Have During My Travel. Tak perlu susah payah bawak cleansing oil satu, pencuci muka satu sebab dia dah memang 2-dalam-1. Yeay!
NEUTROGENA deep clean ~ blackhead eliminating daily scrub (RM23.70 - 100gm)
Satu-satunya masalah kulit Misz-ella yang paling Misz-ella geruni ialah pori-pori muka yang diduduki oleh blackhead. Tiap kali pergi facial, menitik airmata bila Beautician picit untuk keluarkan blackhead tu. Walau macamana pun kita cuba untuk elakkan kewujudan blackhead di kulit kita, I can say that the success percentage wont be 100%. Sebab kulit kita terdedah kepada pencemaran sekitar seperti angin, penghawa dingin, cahaya matahari, mekap dan apa yang kita makan turut mainkan peranan. Kasar kulit bila ada blackhead, kan. Bila NEUTROGENA deep clean blackhead eliminating daily scrub ini sampai .. Misz-ella teruja nak cuba. Salah satu sebabnya ialah kerana ianya boleh digunakan harian .. Wahh!!
Berwarna putih, teksturnya halus .. lebih halus dari pencuci muka tadi dan ada bintik-bintik berwarna oren yang akan bertindak sebagai scrub muka kita. Yahh .. mari kita sental segala blackhead di wajah kita supaya kulit lebih lembut, licin dan halus selepas ini.
Misz-ella paling suka gunakan NEUTROGENA deep clean blackhead eliminating daily scrub ini semasa mencuci muka selepas bersenam sebab Misz-ella walau sedang bersenam, foundation, bedak tetap dimuka .. ditambah dengan perpeluhan lagi ... boleh tak kita bayangkan setebal mana lah daki di muka ku pada waktu tu, kan. Selain dari itu, Misz-ella ada masalah kulit nipis, sampai nampak urat-urat di muka maka memang harus hati-hati memilih scrub muka yang sesuai sebab kalau tak sesuai, dikhuatiri akan menyakiti kulit muka Misz-ella yang nipis ini lah.
Sambil-sambil itu, Misz-ella gunakan di bahagian leher jugak. Tiada rasa kurang enak atau menyakitkan kerana manik-manik itu sangat halus dan sangat 'mesra kulit'. Mengandungi ekstrak Caedarwood dan bahan pelembab yang membantu menguatkan kandungan air semulajadi di dalam kulit dan menyeimbangkan minyak seterusnya menghalang pembentukan blackhead baru. Perubahan pada kawasan yang ber blackhead (terutamanya dagu dan hidung) boleh dilihat dari penggunaan kali pertama dan semakin ketara selepas penggunaan kali ke tiga. Best je pegang hidung dan dagu selepas tu .. tak da dah rasa menggerutu. My skin very happy lah. Tak percaya? Kena lah cuba sendiri, kan.
Hasil dari penggunaan rangkaian produk NEUTROGENA deep clean secara berdisiplin dan berterusan, Misz-ella dapati kulit lebih halus, lebih bersih dan lebih berseri (glowing) walau tanpa mekap.
Dari ketiga-tiga rangkaian produk NEUTROGENA yang Misz-ella dah cuba, pilihan no. 1 Misz-ella ialah NEUTROGENA deep Clean ~ cleansing oil to foam. Suka lah produk ni.
Akhir kata, Misz-ella nak akhiri Entry Perkongsian ini dengan mengucapkan Selamat Datang kepada ketiga-tiga produk ini ke dalam hidup Misz-ella. Ketiga-tiga nya istimewa dan punya kekuatan tersendiri. Tak sangka, rangkaian produk NEUTROGENA deep clean ini, harganya biasa-biasa sahaja tapi hasilnya luar biasa. Thank you for making my skin happy 24/7, NEUTROGENA!
No comments:
Post a Comment