Hello readers ..
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang rawatan Pulsating electrostatic field therapy (PESF) yang Misz-ella jalani baru-baru ini di Lajeune eLounge, Taman Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor.
Misz-ella dijemput ke upacara perasmian dan pembukaan cawangan LaJeune eLounge yang terbaru iaitu di Taman Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor. Hati sangat teruja nak tau Pusat Perubatan dan Kecantikan apakah LaJeune eLounge ini .. excited!
Suasana di dalam Spa sangat selesa, kemas dan rapi. Warna-warna lembut yang menenangkan menjadi pilihan hiasan dalaman LaJeune eLounge ini .. tergodalah !!
Masa Misz-ella sampai, dah ramai pelanggan yang sedang cuba rawatan PESF yang merupakan perkhidmatan utama yang disediakan di LaJeune eLounge ini. Kebanyakan dari mereka sedang duduk dalam keadaan santai sambil mendengar penerangan tentang rawatan PESF yang diberikan oleh tenaga-tenaga professional LaJeune eLounge.
Dan disana, Misz-ella bertemu dengan rakan blogger yang lain iaitu Wendy dan Lee Yan. Wahhh .. happy nya kami dan makin teruja nak kenal Rawatan PESF dengan lebih dekat lagi.
Gambar dari http://lajeune.com.my/
OK Jom kita berkenalan dengan rawatan PESF. Gaya hidup kita sekarang yang sentiasa sibuk membuatkan kita tiada masa untuk menjaga kesihatan diri. Setiap hari kita terdedah kepada pencemaran di sekeliling kita malah tekanan kerja dan stress yang sentiasa ada memburukkan lagi keadaan menyebabkan pengumpulan toksin dan asid di dalam badan yang lama kelamaan boleh menyebabkan kita mendapat penyakit. Ini menyebabkan kita perlu mengambil ubat-ubatan bagi menangani masalah tersebut.
Lajuene eLounge memperkenalkan rawatan alternatif melalui teknik PESF yang lebih mudah, selesa, cepat dan semulajadi.
Rawatan PESF adalah rawatan moden terkini yang terbukti secara saintifik mampu merawat masalah dalaman dan luaran kita melalui medan lingkaran medan kuasa semulajadi. Ini adalah kerana, semasa rawatan PESF sedang dijalankan, penghantaran oksigen akan jadi bertambah baik melalui penambahan aliran sel darah merah di dalam sistem kapilari. Ini meningkatkan kestabilan aliran darah, meningkatkan kadar metabolisma badan, merangsang sistem saraf, meningkatkan pengagihan dan mengurangkan tahap keasidan dalam darah dan memberi kebaikan dalam kesihatan badan dari aspek merawat, dan menyembuh seterusnya membantu kita mengekalkan tahap kesihatan.
Dalam bahasa yang lebih mudah, rawatan PESF yang disediakan oleh Lajeune eLounge membuatkan kita lebih bertenaga, memperbaiki tahap kesihatan dan kecantikan. OK Jom tengok apa yang kami bertiga lakukan di LaJeune eLounge pada hari itu. Jom ..
Misz-ella dan rakan blogger, Lee Yan berpeluang menjalani rawatan PESF selama 30 minit. Kami hanya perlu duduk di kerusi ini dengan tapak kaki diletakkan di tempat yang betul. Selama 30 minit, Misz-ella dapat rasakan getaran (vibration) pada tapak kami tetapi ianya tidak lah menyakitkan malah rawatan PESF membantu melegakan kesakitan badan menggunakan konsep yang sama seperti teknik titik akupuntur yang terbukti berkesan dan selamat.
Tengok .. sangat selesa, kan. Kami hanya perlu duduk dan rehat, malah boleh berbual-bual dan bergurau senda semasa rawatan selama 30 minit itu sedang dijalankan. Cuma yang Misz-ella perasan adalah, di awal 10 minit pertama, Misz-ella dapat rasa sedikit mengantuk, mungkin kerana malam sebelumnya Misz-ella tidur lewat, menghampiri jam 2 pagi. Oh ye .. Misz-ella memang ada masalah insomnia .. sel-sel otak sangat aktif pada waktu malam makanya hampir setiap malam tidur Misz-ella adalah sangat lewat. Orang tidur malam, Misz-ella tidur di awal pagi. Oh please dont follow me, ok. Tehehehe.
Satu lagi yang Misz-ella rasakan ialah perpeluhan. Mungkin kerana Misz-ella aktif bersenam dan mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, maka proses detox berlangsung ketika menjalani rawatan PESF ini. Berpeluh Misz-ella sambil duduk di kerusi itu tau .. tapi you all jangan lah risau kerana menurut tenaga professional di LaJeune eLounge, tanda-tanda tersebut bukanlah tidak baik dan memudaratkan kesihatan tetapi itu bermakna proses penyembuhan sedang berlaku ..
Sementara Wendy mencuba rawatan PESF dalam mengekalkan kecantikan. Dari segi kecantikan, teknologi PESF direka khas bagi membolehkan tenaga positif mengalir terus ke lapisan kulit yang ke 7 membuatkan kulit kita kembali cantik dan bermaya. Rawatan kecantikan menggunakan PESF adalah selamat, berkesan dan tiada pembedahan diperlukan. PESF mampu merawat kedutan, mencerah dan meremajakan kulit serta merawat tanda-tanda penuaan yang lain. Kulit lebih sihat dan bermaya selepas rawatan PESF!
Hampir 20 ribu orang telah mencuba rawatan PESF ini dan telah merasai kebaikannya dari segi kesihatan dan kecantikan.
Selain dari rawatan PESF, LaJeune eLounge turut menyediakan Pakej-pakej lain seperti Eye Therapy Package ini yang bernilai hanya RM100 untuk 14 sessi. Emmm .. tidaklah terlalu mahal, berbaloi, kan.
Pakej terapi PESF yang macam Misz-ella buat tu cuma RM300 untuk 10 jam dan pelanggan akan dapat rawatan mata percuma sebanyak 5 kali. Tak terlalu mahal rupanya pakej rawatan PESF ini, kan.
Pakej-pakej lain seperti Beauty Therapy dan Pain Relief juga ada pada harga yang pada pendapat Misz-ella tidaklah terlalu mahal dan so wallet friendly *hehe*
Bersempena dengan pembukaan LaJeune eLounge di Taman Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor, promosi Beli 1 Percuma 1 Pakej Terapi PESF sedang berlangsung sehingga 30 April 2017 ini. Selain dari itu, satu lagi cawangan LaJeune eLounge yang boleh kita kunjungi adalah di Jaya One, Petaling Jaya, Selangor.
Untk maklumat lanjut berkenaan dengan LaJeune eLounge dan promosi-promosi terkini, you all boleh lah layari http://lajeune.com.my/v1/ atau ikuti mereka di laman FB disini atau Instagram LaJeune eLounge di https://www.instagram.com/lajeune_elounge/
No comments:
Post a Comment