Hello pembaca budiman,
Bulan Ramadan bakal menjelma dan Melting Pot Cafe, Hotel Concorde, Shah Alam telah bersedia untuk meraikannya dengan Buffet Buka Puasa bertemakan 'Citarasa 7 Kampung'.
Dengan lebih dari 100 hidangan menarik, buffet buka puasa di Melting Pot Cafe tahun ini bakal menampilkan 7 hidangan istimewa ~ Daging Masak Hitam dari Kg Teluk Kumbar-Pulau Pinang, Kuzi Ayam Kg Kempas-Johor, Gulai Lemak Udang Galah dengan Belimbing buluh dari Kg Seri Menanti-Negeri Sembilan, Ayam Percik dari Kg Pasir Mas-Kelantan, Hot & Sour Szechuan Soup dari Kg Morten-Melaka, Ikan Talapia Masam Manis dari Kg Sg Sembilang-Selangor dan Rendang Daging dari Kg Tanjung Malim-Perak.
Pelbagai juadah lain turut disediakan menanti tetamu yang ingin berbuka puasa secara buffet di sini. Jangan lupa dapatkan Sup Gearbox dan Bubur Lambuk yang merupakan signature dishes Hotel ini untuk melengkapkan buka puasa anda di sini.
Dengan hanya R123.00 nett seorang, pengunjung akan menikmati harga istimewa RM95.00 nett seroang untuk 5 hari pertama dan 3 hari terakhir bulan Ramadan. Harga tersebut adalah termasuk GST 6%.
Untuk tempahan, sila hubungi :-
No. telefon 03-5512 2200 ext 2440/2406/2210
atau email vee@concorde.net
dan jangan lupa layari laman web Hotel Concorde Shah Alam di www.shahalam.concordehotelsresorts.com
No comments:
Post a Comment