Hello readers ..
Sedar tak sedar dah tiga hari kita berpuasa. Dah tiga hari dan Misz-ella masih tiada baju raya lagi dan sejujurnya sejak kebelakangan ini, Misz-ella sibuk google Online. Cuaca panas, malas betul Misz-ella nak menjejakkan kaki ke Shopping Mall di siang hari .. malam pulak masa sangat singkat .. memang tak sempat, kan.
Baru-baru ini Misz-ella dah jenguk 2, 3 laman Web untuk ber shopping raya dan salah satu yang Misz-ella nak kongsikan di sini ialah Carousell. Sebenarnya Misz-ella dah lama dengar tentang Carousell terutamanya dari teman-teman yang selalu berurusniaga dengan Carousell ini.
Maksud berurusniaga di sini ialah menjual barangan di Carousell dan membeli di Carousell. OK let me explain more .. Di Carousell, kita boleh menjadi pembeli ataupun penjual. Carousell adalah platform dua hala yang membolehkan kita menjual barangan yang tidak lagi kita perlukan dan juga membolehkan kita mencari barangan yang kita diingini pada harga idaman.
Bila ramai kawan-kawan yang dah berjaya menjual barangan mereka di Carousell, Misz-ella pun turut terujalah. Menurut mereka, sangat senang berurus niaga di Carousell. Maka Misz-ella pun cuba menjenguk laman web Carousell ini ..
Well .. not bad. Ada banyak barangan menarik dan berjenama, Pre-loved mahupun yang masih baru. Portal membeli belah Carousell juga sangat mesra pengguna dimana kita boleh berinteraksi dengan penjual secara terus agar urusan jual beli lebih lancar dan tiada halangan. Pilihan barangan juga banyak dan ini memudahkan pembeli melakukan perbandingan harga sebelum membeli. Bagus, kan.
Carousell juga sangat up-to-date dan bersempena dengan kedatangan Ramadan, Carousell turut menyediakan Promosi Ramadan Essentials.
Carousell juga sangat prihatin dengan kehendak pembeli-pembeli Muslimah dengan menyediakan section Muslimah di laman webnya bagi membolehkan kita membeli barangan muslimah dengan lebih mudah.
Di sini kita boleh temui pelbagai barangan yang sentiasa kita cari di bulan Ramadan antaranya ialah Telekung, Sejadah, Telekung Travel dan percayalah Tasbih turut dijual di Carousell pada harga yang tersangatlah murah.
Baju kurung Neelofa
Selain dari barangan tersebut, Carousell juga turut menyediakan barangan dari para selebriti dan antaranya adalah produk-produk keluaran Neelofa.
Abaya Neelofa pun ada ..
Turut ada ialah Tudung Neelofa yang sentiasa dicari-cari oleh hijabista kerana keselesaan kita bila memakainya ..
No comments:
Post a Comment