Pages - Menu

Concorde Hotel Shah Alam raikan anak yatim dan asnaf di Bulan Ramadan


Hello pembaca budiman,

Kalau Misz-ella katakan Ramadan adalah bulan rahmat buat semua lapisan masyarat, mesti ramai yang setuju, kan. Ye. Bulan Ramadan bulan rahmat. Bulan rezeki. Bulan paling senang kita nak dapat pahala dan paling dinanti-nantikan semua tanpa mengira darjat mahupun pangkat. Ramadan bulan yang sangat barakah.

Baru-baru ini Misz-ella telah dijemput oleh pihak Concorde Hotel Shah Alam untuk hadir ke Majlis Sinar Ramadan yang diadakan khas bagi meraikan anak yatim dan asnaf dari Rumah Nur Sakinah dan Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku. 



Sejujurnya Misz-ella sentiasa menyokong sebarang usaha murni berkonsepkan amal maka kaki melangkah ke Grand Ballroom Concorde Hotel Shah Alam bagi turut sama meraikan acara yang sangat bermakna ini.



Kanak-kanak dihiburkan dengan penampilan 'clown' yang menghiburkan. Terserlah kegembiraan yang sangat ketara di wajah mereka.


Sempat Misz-ella beramah mesra dengan anak-anak kecil ini. Comel dan ceria sungguh mereka. Terima Kasih Concorde Hotel Shah Alam kerana menyuntuk kegembiraan di hati kanak-kanak ini.


Acara tahunan yang diadakan selama 14 tahun berturut-turut ini bermula pada jam 6:30 petang dengan acara 'Tahlil dan Doa Selamat' serta tazkirah yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Nizomudin Bin Ahmad.



Sebaik azan Maghrib berkumandang, kami berbuka puasa bersama-sama. Istimewanya Ramadan, ia menyatu masyarakat pelbagai peringkat umur, bangsa, darjat dan ugama untuk turut sama-sama menghayati keberkatannya.


Pihak Concorde Hotel Shah Alam turut menyumbang RM1,800.00 kepada Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku dan Rumah Nur Sakinah bagi membantu kedua-dua rumah kebajikan ini.


Kanak-kanak dari kedua-dua rumah kebajikan tersebut turut diberi Duit Raya oleh YAD Dato' Jugra Kurnia Diraja Tan Sri Dato' Seri Syed Yusof Bin Tun Syed Nasir, Pengerusi Shah Alam Hotel Sdn Bhd.




Sekeping gambar buat kita kenang peristiwa ini bersama ~ terserlah kegembiraan di wajah suci anak-anak ini menerima duit raya, kan. Alhamdulillah. Terima Kasih Concorde Hotel Shah Alam kerana membawakan cahaya kegembiraan kepada mereka bersempena dengan Ramadan ini. 


Misz-ella bersama Irene, Patrick dan Amylia dari Concorde Hotel Shah Alam

Patrick Ng, Pengurus Besar Concorde Hotel Shah Alam berkata 'Di dalam bulan Ramadan umat Islam digalakkan agar melakukan kebaikan serta beramal kepada yang memerlukan, Kami berharap agar usaha kecil yang kami lakukan ini dapat menyuntik kegembiraan di hati anak-anak ini untuk berhari raya'.

Akhirkata, Misz-ella nak ucapkan Terima Kasih kepada Concorde Hotel Shah Alam kerana menjemput Misz-ella.blogspot.com ke acara penuh bermakna ini. Semoga Sinar Ramadan ini akan diteruskan di tahun-tahun yang akan datang kerana berkongsi kegembiraan bersama itu sesungguhnya adalah sangat indah.

Penyumbang-penyumbang lain yang turut bekerjasama menjayakan acara ini termasuklah Concorde Hotel Kuala Lumpur, ISY Holdings Sdn Bhd, Smart Tailor Consultancy & Services, Profresh Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Nabies Collection, Abu Zahar, Syed Mohd Fuad & Partners dan Khairul Nizam Associates.

1 comment: