Hello pembaca budiman,
Masih ingat lagi tentang drama bersiri Mak Cun? Semenjak drama bersiri Mak Cun
ditayangkan, ia telah mencipta fenomenanya yang tersendiri dan bakal kembali untuk musim ketiga pada tahun ini. Mak Cun sendiri tak menyangka bahawa perniagaannya
yang bermula secara kecil-kecilan kini telah ke peringkat global. Fenomena Mak
Cun ini tidak terhad kepada drama bersirinya sahaja, malah Mak Cun turut berjaya
membantu usahawan-usahawan desa dengan memperkenalkan sebuah pusat
sehenti digital dimana mereka boleh memasarkan produk-produk mereka secara
atas talian melalui Mak Cun Mart (www.makcunmart.com.my).
Sebagai menghargai pengikut setia Mak Cun, Mak Cun ingin menyambut malam raya pertama mereka
bersama semua peminat dalam sebuah program bual bicara yang akan mereka
acarakan di Sri Pentas yang dinamakan ‘Raya
Sakan Mak Cun’ pada 24 Jun 2017.
Raya Sakan Mak Cun adalah sebuah
program bual bicara secara langsung terbitan Primeworks Studio yang akan
disiarkan pada hari Sabtu, 24 Jun 2017 pukul 11 malam hingga 1.30 pagi.
Bagaimanapun, Raya Sakan Mak Cun akan memberi laluan kepada Nightline pada pukul 12 tengah malam
hingga 12.30 tengah malam dan bersambung sehingga 1.30 pagi. Program bual
bicara ini akan dihoskan oleh Mak Cun (Eirma
Fatima) dengan gandingan pelakon Mak Cun yang lain seperti Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Umie Aida), Pak Akob (Dato’ Rahim Razali), dan Kumin (Adik Haidar).
Melalui program Raya Sakan Mak Cun ini, Mak
Cun bersama rakan-rakan artis yang lain seperti Usop Mentor Milenia, Azrel
Ismail, Izzue Islam, Nico, Janna Nick, Azira Syafinaz,
dan Ayda Jebat, menjemput peminat-peminat nya untuk hadir beraya bersama.
Selain dari beramah mesra dengan peminat, Mak Cun dan rakan-rakan artisnya akan
berniaga dalam lapan buah gerai termasuk gerai Mak Cun Collection dan gerai Mak
Cun Mart. Enam buah ‘food truck’ akan turut berniaga
di lokasi untuk menyediakan kudapan untuk para pengunjung.
Dari Kodiang ke Kuala Lumpur Mak Cun mengembara
dengan keterujaannya. Para peminat Mak Cun yang tidak dapat menghadirkan diri
ke Sri Pentas, Bandar Utama pada malam itu tidak perlu risau kerana Mak Cun
ingin melihat wajah-wajah mereka di laman sosial Instagram.
Mulai 7 Jun 2017,
seluruh warga dunia dijemput untuk memuatnaikkan video ucapan ‘Selamat Hari
Raya’ berdurasi 30 saat hingga 1 minit di Instagram dengan hashtag #rayasakanmakcun serta tag @dramasangat dan @tv3malaysia. Video-video yang dimuatnaikkan, akan disiarkan di
kaca televisyen ketika Raya Sakan Mak Cun ini bersiaran langsung untuk tontonan
umum. Jangan lupa memuatnaik video you all ok .. Mak Cun nak tengok.
Selain itu, kita semua turut dijemput untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial Twitter yang
juga akan dibacakan dan dipaparkan secara langsung di Raya Sakan Mak Cun. Muat naik ucapan hari raya atau sebarang komen dan jangan lupa gunakan hastag #rayasakanmakcun supaya senang Mak Cun nak jejak anda semua.
So peminat-peminat Mak Cun, jangan lupa hadirkan diri ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya pada 24 Jun 2017 ini untuk sessi beraya bersama Mak Cun.
Pelbagai juadah berbuka puasa akan dijual melalui ‘Food Truck’ di
perkarangan Sri Pentas itu nanti. Buat para peminat yang tidak dapat menghadirkan diri, boleh saksikan kemeriahan Raya
Sakan Mak Cun secara langsung di TV3 pada pukul 11 malam, malam itu. Untuk maklumat lanjut, anda
boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga
laman sosial Facebook, Twitter, Instagram
dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.
No comments:
Post a Comment