Pages - Menu

Ella Berhari Raya ~ Media Prima Berhad Hari Raya Open House dan rumah Blogger Ruby

Diam tak diam, dah habis Raya kita. Ye .. Syawal dah pergi meninggalkan kita dengan seribu satu cerita.

Walau ada kekurangan di sini sana .. dan walau Raya tahun ini antara Raya paling sepi buat Misz-ella dan famili, tetap rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya, masih berpeluang menyambut Hari raya dengan 'kesayangan' semua. Minta maaf pada jemputan yang tak dapat Misz-ella hadiri. Banyak, kan. Minta maaf banyak-banyak dari dasar hati .. 



Minggu lepas, Misz-ella ke Media Prima Berhad Hari Raya Aidilfitri Open House . Dah lama Misz-ella berkolaborasi dengan Media Prima Berhad ni. Terima Kasih kepada Media Prima Berhad atas kepercayaan yang diberikan kepada Blog Dari Jari-Jari Halusku ini. So pada tanggal 25 Julai 2017, Misz-ella pun ke Hotel Hilton Kuala Lumpur untuk berhari raya dengan mereka.


Kid dari Unit Perhubungan Awam, Media Prima Berhad yang sangat 'happening' .. seronok borak dengan Kid ni .. dia ada bermacam cerita dan seorang lagi tu ialah kawan baik Misz-ella, Dr. Maryati Maharon. Meriah gila Media Prima Open House ni .. makanan sedap dan tetamu jemputan tersangatlah ramai.


Misz-ella, Dr. Mar, Kid, Nana, Farina dan Chai Yin ~ the complete PR team of Media Prima. They are young, creative and dynamic. Long way to go .. my pray is always with you all.


Dan terjumpa pulak dengan Ziqa, yang Misz-ella kenali sejak dia bekerja di Impiana KLCC lagi. Saya dah kerja dengan Media Prima, Kak Ella .. di Corporate Comm Department. So happy I meet you again, Ziqa.


And Thank you Dr. Mar who came along with me. Misz-ella ni penyegan yang teramat .. kalau pergi seorang diri, I rasa macam nak jalan pandang lantai je kot .. I is so shy-shy you know .. LOL!


 gambar dari FB Blogger Ruby

Satu lagi jemputan Hari Raya yang sempat Misz-ella penuhi ialah rumah Blogger Ruby. Amboi .. meriah gila. Makanan nasi campur, mee/bihun sup, rendang, kuah kacang, ayam masak merah .. Misz-ella makan banyak .. ke laut Andaman diet i  .. rakan-rakan blogger pun ramai yang datang. Mana yang Misz-ella tak tegur .. mintak maaf banyak-banyak .. saya kurang kenal orang dan saya sangat penyegan sebenarnya ..


gambar dari FB Blogger Ruby

Happy gila dapat jumpa rakan-rakan blogger yang lain walau sekejap cuma ~ Puan rumah yang sentiasa senyum dan peramah, Ruby, Aida Sue yang baru habis pantang dan blogger Fatinbella yang sentiasa manja kalau jumpa Misz-ella. Manis lah diaorang ni .. manis semulajadi. tak yah tambah gula dah.

Begitulah al-kisahnya Hari Raya 2017 Misz-ella. Sederhana tapi tetap meriah. Alhamdulillah buat sebuah perjalanan kehidupan yang sangat indah. Sesungguhnya, buat kita manusia, rasa bersyukur itu wajib dan perlu ada. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Nak pergi buat perkara lain yang lebih serius pulak. Terima kasih baca. Bye.

No comments:

Post a Comment