Pages - Menu

Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort

Hello pembaca budiman,

Kali ini Misz-ella bawakan entry indah dari alam. Baru-baru ini Misz-ella ke Tanah Aina Farrah Soraya sekali lagi.

Kali ini untuk menyaksikan sendiri upacara penyampaian Sijil Pengiktirafan 4 bintang kepada Tanah Aina Farrah Soraya Resort oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Gambar oleh Ardalan Memarzia

Gambar oleh Ardalan Memarzia

Gambar oleh Ardalan Memarzia

Seperti biasa, kedatangan tetamu ke Tanah Aina Farrah Soraya Resort disambut oleh suasana yang tenang dan mendamaikan perasaan. 


Gambar oleh Ardalan Memarzia

Gambar oleh Ardalan Memarzia

Gambar oleh Ardalan Memarzia

Gambar oleh Ardalan Memarzia


Bilik penginapan kami lengkap dengan Jacuzzi ..

Bersantai di malam hari bertemankan bunyi alam yang sangat menenangkan hati

Kunjungan kali ini turut ditemani pemilik Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

Air sungai jernih yang terjaga kebersihan dan kesuciannya. Puan Sri Shariffa Sabrina sangat cintakan alam semulajadi, maka rasa cinta itu diterjemahkan di Resort ini.



Kunjungan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz ke Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort pada 25 Mei 2017 selain untuk merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Sistem Penarafan Premis Penginapan Pelancong juga adalah untuk menyampaikan Sijil Pengiktirafan Kelas 4 Bintang kepada Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort.



YB Dato Seri Mohamed Nazri dan Puan Sri Shariffa Sabrina bersarapan pagi dengan hidangan ala kampung bertemankan keindahan alam semulajadi Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort sebeum acara diteruskan.


Puan Sri Shariffa Sabrina, dalam ucapan Selamat Datang beliau merakamkan rasa penghargaan kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di atas kunjungan ke Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort.


YB Dato Seri Mohamed Nazri dalam ucapan alu-aluan beliau merakamkan rasa bangga dan kagum dengan keindahan alam semulajadi Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort yang terjaga rapi - Air sungai yang jernih mengalir, keindahan bumi hijau yang terpelihara kesuciannya serta udara yang bersih lagi segar tanpa pencemaran dan mengucapkan Syabas kepada Pengusaha Resort, Puan Sri Shariffa Sabrina di atas kesungguhan beliau dalam melaksanakan usaha murni tersebut.



Seterusnya YB Dato Seri Mohamed Nazri diiringi KSU, TSU, Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyerahkan Sijil Pengiktirafan Kelas 4 bintang kepada Puan Sri Shariffa Sabrina.



Kunjungan ke salah sebuah bilik di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort ~ bilik elegant, selesa dan serba mewah ini mendapat pujian YB Dato Seri Mohamed Nazri dan ahli rombongan yang lain.




Seterusnya, YB Dato Seri Mohamed Nazri, Puan Sri Shariffa Sabrina dan ahli rombongan yang lain tidak melepaskan peluang beristirehat di tepi sungai Delam yang sangat bersih sambil memberi makan ikan-ikan di sini.



Akhirkata, Misz-ella.blogspot.com ucapkan Tahniah kepada sahabat Misz-ella, Puan Sri Shariffa Sabrina di atas pengiktirafan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini. Semoga Puan Sri diberi kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada bumi tercinta kuniaan Allah SWT kepada kita ini.

Buat sesiapa yang belum pernah ke resort yang indah ini, sila layari laman web ini dan jangan lupa kunjungi rangkaian eco-resort di bawah kendalian Tanah Aina Resort ini. Misz-ella dah beberapa kali ke sini. Tak pernah jemu malah sekembalinya dari tempat yang indah ini, hati sentiasa rindu mahu ke sana lagi. Mari kita bermesra dengan alam, menyayangi dan memeliharanya bersama kerana ianya adalah pemberian Allah SWt kepada kita semua.





3 comments:

  1. Wahhhh.... Memang best tengok Kak Elle pergi situ... Sejuk je pemandangan mata LeYa tengok gambar2 hasil akak...

    ReplyDelete
  2. Great post! We are linking to this particularly
    great post on our site. Keep up the good writing.

    ReplyDelete