Hello pembaca-pembaca kesayangan,
Homemade Classic Burger lengkap dengan fries dan salad. Misz-ella order beef burger .. dalamnya ada sekeping daging burger, beef slice, mushroom, cheese, telur .. Yummy!! Cuma RM25 sahaja berserta dengan coffee or tea dan dessert. Berbaloi, kan.
Spagetthi Aglio E Olio with Prawns - Kalau you all suka pasta yang pedas .. jangan lupa ambil set ini. Spagetthi nya secukup rasa tapi sedikit pedas dan ada 4 ekor Udang yang segar lagi juicy untuk melengkapkan hidangan tengahari kita
Nasi Lemak Gunung Berapi - Nasi lemak berserta Ayam goreng dan Sambal Udang dan bahan-bahan iringin lain. The best Nasi lemak ever .. Malay Kitchen Chef di Sunway Putra Hotel ni memang terbaik .. dah lama Misz-ella follow dia. You all kalau ke sini, harus cuba ye .. sebab memang sedap!
Peminat lobster harus cuba yang ini ~ Lobster Cantonese Noodles .. lobster besar yang fresh and naturally sweet dimakan bersama Kueytiaw Cantonese berserta sayur-sayuran segar. Untuk RM25,harga ini adalah sangat berbaloi!
Dah kenyang makan dan mahukan pemanis mulut? Sila lah ke Dessert Counter untuk memilih pemanis mulut pilihan hati kita ~ chocolate cake? pandan cake? butter cake? cheese cake? atau sagu gula melaka? atau mahukan buah-buahan sahaja? Semuanya ada di Dessert counter ni .
So buat pembaca-pembaca budiman, kalau you all berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan sedang mencari lokasi yang cozy dan privacy untuk makan bersama kesayangan dengan harga yang tidak burn your wallet, sila lah ke Coffee House Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur untuk promosi A La Carte Special ini. Ada lapan (8) menu untuk dipilih oleh you all semua .. hanya RM25 NETT seorang. Promosi ini boleh didapati dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Sila telefon nombor di atas untuk tempahan awal. Jom kita ke sana!
No comments:
Post a Comment