Pages - Menu

Congkak Pink & Biru Hi-Tea at Tanah Aina Cafe

Hello readers ..

Selamat minggu baru. Minggu lepas tersangatlah sibuk jadual Misz-ella. Tiga hutan Misz-ella kunjungi, exercise pun dapat 4 kali seminggu, dapat balik ke rumah Mama dan dapat luangkan masa dengan kesayangan.

What A Rainbow Colours Life I had, kan!! And with my humble heart, I Thank Allah SWT for giving me all the strengths to undergo my colourful life. Alhamdulillah diberi kekuatan mental dan fizikal, diberi kesihatan yang baik, diberi kawan-kawan sama hobi dan paling penting, positive mind .. You can't achieve anything without positive mind. Trust Me.



Minggu lepas sangat best dan happening sebab selain dapat balik rumah Mama, dapat luangkan masa dengan Aiman, dapat jumpa BFF Misz-ella di Puncak Alam, Misz-ella dapat jugak ber Hi-Tea dengan kawan-kawan fitness Misz-ella. Lama tak jumpa diaorang semua .. rindu sudah setinggi Gunung Kinabalu, maka kami atur perjumpaan untuk ber Hi-Tea di Tanah Aina Cafe, Jalan Mesra 1, Batu Tiga, Shah Alam, Selangor. Memang minggu lepas minggu untuk kesayangan lah. Alhamdulillah. Syukur pada rezeki Allah.



Congkak Hi-Tea Set di Tanah Aina Cafe ~ hanya RM40 sahaja untuk dua orang. Congkak Hi-Tea ini adalah gabungan minum petang tradisional dan Inggeris .. ada kuih lopes, cucur udang, karipap, churros, sandwich, cream puff dan jugak 2 jenis kek .. dihidang di dalam congkak. Unik, kan.



Warna tema minum petang kami pada petang itu adalah - Biru, putih dan pink!! Tiga pilihan warna .. pilih lah warna mana yang korang suka. Buat Misz-ella pulak, I kurang seri kalau berwarna biru maka sweet shocking pink pilihan hati .. RINDU GILA-GILA KAT DIA ORANG NI! Ini lah kawan berlari, kawan berjoget, kawan masuk hutan, kawan gelak sakan, kawan ber whatsapp, kawan share gambar makanan .. macam-macam kitorang buat sama-sama. Ramai yang tak dapat sertai Hi-Tea kali ini kerana kesibukan jadual masing-masing. Lain kali, ok .. lain kali kita bakal bersama lagi .. I will arrange .. Promise.



Geng aero pink ~ Pink sangat lembut, sedap mata memandang dan menyejukkan keadaan .. patutlah pink sangat sinonim dengan wanita .. asalkan perempuan je terus dikaitkan dengan pink. Kalau pakai warna pink ni, automatik jiwa jadi lembut, tak jadi nak marah-marah, kan *hehehe*



Geng biru ~ warna biru lebih gagah, keras, panas .. Biru sesuai digayakan baik perempuan ataupun lelaki. Biru pun cantik jugak tapi taktau kenapa Misz-ella kalau pakai biru, kurang menyerlah .. I dont look good in blue ..




Jid, cikgu Sekolah Menengah Saujana Utama yang dah lama Misz-ella tak jumpa. Bak kata Jid, rasa sebak, terharu dapat jumpa Kak Ell .. kalau Kak Ell tak organise Hi-Tea ni, Jid memang berhajat nak jumpa Kak Ell jugak .. tak kira di mana sebab Jid rindu sangat pada Kak Ell. Thank you so much for your love, Jid .. Kak Ell terharu *sobs*



Mek Da dengan Congkak Set dan Fried Noodle dia ~ Mek Da ni kawan lama Mek Ella weih .. sama-sama melompat kat Rozza Aerobic Studio dulu. Tinggi lampai manis orangnya, Mek Da ialah Pensyarah dan jugak instruktor aerobik Hi-Lo. Kalau join kelas dia tak berpeluh sampai basah baju tak sah .. bila lah Misz-ella ada masa nak join class Mek Da ye?



Ehhh .. dua orang ni kawan baik .. Kak Yun dan Della. Lawa lah korang pakai biru, tambah lawa bila ada kehijauan di belakang tu ..


OK dah tiba masa untuk balik .. disebabkan diaorang berkenan kat pokok-pokok berjurai di depan pintu masuk Tanah Aina Cafe ni, maka disini pun kita posinglah! Lawa kan Tanah Aina Cafe ~ Suasana sangat 'cosy', nyaman, tenang dan masa kami di sini, muzik yang dipasang pulak adalah lagu-lagu di zaman muda kitorang .. rasa nak nyanyi je sambil makan *hehehe*


Congkak Hi-Tea Set (for 2 persons) is available daily at Tanah Aina Cafe tapi kalau you all datang dalam kumpulan yang besar, lebih baik buat RSVP dahulu sebelum datang ke sini. Sebarang tempahan melebihi 30 orang boleh buat majlis di Tingkat 1 Tanah Aina Cafe. Boleh jugak kalau korang nak tambah makanan lain tapi off course ada extra caj la kan. Dibuka setiap hari kecuali Isnin, telefon 03-55243258 untuk sebarang tempahan.



Dan disebabkan diaorang berdua ni sangat cantik, Misz-ella letak gambar diaorang sebagai penutup entry ini. Follow Facebook Tanah Aina Cafe di sini ye untuk lihat promosi-promosi terkini di Tanah Aina Cafe.




2 comments:

  1. Hahahahh..... thanx kak ell... rindu lagi sebenarnya. Xpuas gelak...😂😂😂

    ReplyDelete