Hello pembaca-pembaca budiman ..
Kali ini Misz-ella bawakan cerita tentang penyanyi kesayangan ramai, Aiman Tino. Aiman memang kesayangan ramai, termasuklah Misz-ella sendiri.
Dah banyak kali kami berjumpa, baik di mana-mana event, Aiman tak pernah sombong, dia sentiasa terlebih dahulu menegur Misz-ella, sentiasa ramah dan tersenyum manis .. berpadananlah dengan nama produk beliau sendiri iaitu "Sweet Aiman". Aiman memang sweet lah!
Selepas kejayaan produk Sweet Aiman diaitu 3D Cream DD Mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD dan juga Qurta Sweet Aiman, penyanyi remaja kesayangan ramai ini sekali lagi bekerjasama dengan Wonder Glow iaitu dengan mengeluarkan produk pakaian seragam sekolah "Sweet Aiman Junior"
Baru berusia 19 tahun, Aiman menyahut cabaran rakan niaga strategiknya iaitu saranan Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow, Dato' Mohd Izal bin Jamaludin agar mendalami bidang keusahawanan dengan pendekatan yang berbeza iaitu dengan mendekati peminat kecil Aiman melalui pakai seragam sekolah "Sweet Aiman Junior"
Majlis pelancaran Sweet Aiman Junior telah diadakan di bekas sekolah Aiman iaitu Sekolah Menengah Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru, Selangor dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Yang Berhormat Dato' P. Kamalanathan. Misz-ella.blogspot.com telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Jauh berkilo-kilometer dari kediaman Misz-ella di Kuala Lumpur tetapi kerana Misz-ella sentiasa sokong Aiman dan Wonder Glow, maka Misz-ella pun hadirkan diri ke majlis bersejarah ini
Dato' Mohd Izal, Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow
Aiman Tino mencipta sejarah menjadi artis pertama mengeluarkan produk pakaian seragam sekiolah. Tambah mengkagumkan lagi apabila beliau mencipta sejarah ini seawal usia 19 tahun berkat bimbingan dan usahasama beliau dengan ahli perniagaan Dato' Mohd Izal Bin Jamaludin.
Dato' Mohd Izal berkata, Sweet Aiman Junior adalah usaha kami untuk mendekati peminat-peminat kecil Aiman. Dengan memakai Sweet Aiman Junior, anak-anak kecil ini akan rasa lebih dekat dengan Aiman. Harga yang kami tawarkan juga adalah sangat mampu milik dibandingkan dengan jenama pakaian seragam sekolah yang lain dan ini akan dapat membantu meringankan beban kewangan para ibu bapa dalam membuat persiapan membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak.
Yang Berhormat Dato' P. Kamalanathan
Yang Berhormat Dato' P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, melahirkan rasa bangga kerana anak kelahiran Kuala Kubu Bahru ini mencipta kejayaan demi kejayaan yang sangat membanggakan dan menyarankan agar anak-anak kecil yang masih bersekolah ini mengikut jejak langkah Aiman agar mendalami bidang yang diminati dengan jayanya, menjaga akhlak dan seterusnya mengharumkan nama keluarga dengan cara tersendiri.
Majlis Pelancaran rasmi Sweet Aiman Junior
Misz-ella sempat berbual mesra dengan Dato' Mohd Izal tentang harapan dan sasaran beliau terhadap Sweet Aiman Junior ini. Menurut Dato', pengeluaran pertama Sweet Aiman Junior sebanyak 16,000 helai dengan peruntukan sebanyak 2,000 helai di setiap cawangan Mydin terpilih telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Pihak Wonder Glow mensasarkan jualan sebanyak 50,000 helai. Tujuan kami melancarkan Sweet Aiman Junior ini lebih kepada 'humanity' kami mahu peminat Aiman merasa dekat dengan beliau dan berbangga ke sekolah dengan jenama Aiman. Kami juga akan membawa Aiman ke lapan (8) rangkaian pasaraya Mydin terpilih agar peminat-peminat beliau dapat menemui beliau secara langsung.
Produk Sweet Aiman Junior boleh didapati di Pasaraya Mydin berikut :-
1) Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor
2) Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka
3) Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
4) Mydin Kubang Kerian, Kelantan
5) Mydin Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor
6) Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak
7) Mydin Gong Badak, Trengganu
8) Emporium Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur
Sweet Aiman Junior telah berada di pasaraya Mydin di atas sejak dari 14 November 2017 yang lalu dengan harga serendah RM21.00 sahaja
So, peminat-peminat Aiman Tino, mari kita ke pasaraya Mydin terpilih dan dapatkan pakaian seragam sekolah Sweet Aiman Tino hari ini. Mari kita sokong produk tempatan dan ajar anak-anak kita berbangga dengannya. Buat Aiman Tino dan Wonder Glow, Misz-ella.blogspot.com nak ucapkan Tahniah di atas kolaborasi dan usaha murni ini. All The Best!!
No comments:
Post a Comment