Dalam entry tersebut Misz-ella telah bercerita tentang kolaborasi Malaysia Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersempena dengan ulangtahun ke 10 MPYO.
Di dalam konsert ini, pemain-pemain orkestra MPYO akan diberi pendedahan berganding bahu dengan pemain-pemain orkestra OTM yang lebih berpengalaman.
Misz-ella baru-baru ini telah menghadiri Sessi sidang akhbar Konsert Tanah Airku yang dihadiri oleh Encik Ahmad Muriz Che Rose (Konduktor MPYO), Encik Mohd Yazid Zakaria (konduktor OTM) dan Datuk Ramli Sarip (vocals)
Dalam Sidang media santai tersebut, ketiga-tiga panel telah berkongsi akan keterujaan mereka untuk menjayakan Konsert Tanah Airku ini. Encik Ahmad Muriz dari MPYO dan Encik Mohd Yazid, Konduktor untuk OTM sama-sama teruja untuk memimpin kedua-dua orkestra dan berganding bahu bagi menampilkan sebuah persembahan yang lain dari yang lain dan bakal diingati oleh penonton. Untuk konsert ini, MPYO dan OTM akan
mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan rakyat seperti Sri Mersing, Laksaman Raja Di
Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang
Laut.
Buat penyanyi legenda rock pula, Datuk Ramli
Sarip, beliau menyatakan keterujaan untuk tampil di pentas DFP selepas penampilan terakhir beliau di pentas yang sama pada tahun 2010. Tambah teruja bila penampilan kali ini lebih istimewa kerana bakal berganding bahu dengan anak-anak muda MPYO dan pemain orkestra OTM yang sememangnya telah menimba pengalaman yang bukan sedikit. Walaupun Senarai lagu yang bakal beliau persembahkan masih lagi diperingkat perbincangan, tetapi Datuk Ramli Sarip tetap tidak akan menghampakan peminat setia beliau yang semestinya mahukan lagu-lagu penuh kejiwaan beliau seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu
dan Syair Laila Majnun.
Buat Misz-ella sendiri yang membesar dengan lagu-lagu Datuk Ramli Sarip dan pernah menyaksikan persembahan hebat anak-anak muda MPYO di DFP dan sentiasa percaya akan keupayaan persembahan OTM yang telah mengetuai persembahan di Istana Budaya selama bertahun-tahun, keterujaan saya lagi lah berlipat ganda!
So pembaca-pembaca budiman, ini adalah peluang anda untuk menyaksikan dua orkestra hebat dan bintang lagenda rock kita, Datuk Ramli Sarip berganding bahu di DFP, November ini.
Buat Misz-ella sendiri yang membesar dengan lagu-lagu Datuk Ramli Sarip dan pernah menyaksikan persembahan hebat anak-anak muda MPYO di DFP dan sentiasa percaya akan keupayaan persembahan OTM yang telah mengetuai persembahan di Istana Budaya selama bertahun-tahun, keterujaan saya lagi lah berlipat ganda!
So pembaca-pembaca budiman, ini adalah peluang anda untuk menyaksikan dua orkestra hebat dan bintang lagenda rock kita, Datuk Ramli Sarip berganding bahu di DFP, November ini.
2 ORKESTRA DAN 1 NAMA BESAR ~ DI KONSERT TANAH AIRKU
Sila dapatkan tiket anda sekarang sebelum terlambat. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah. Jumpa di sana, ok.
‘Konsert Tanah Airku’
Tarikh
Jumaat, 17 November 2017
Sabtu, 18 November 2017 jam 8.30 malam
Sabtu, 18 November 2017 jam 8.30 malam
Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS, KLCC
Orkestra
/ Konduktor / Vokal
Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia
Orkestra Tradisional Malaysia
Ahmad Muriz Che Rose konduktor
Mohd Yazid Zakaria konduktor
Datuk Ramli Sarip vokal
Norihan Saif vokal
Harga
Tiket
RM100 dan RM60
Box Office
Selasa
hingga Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan
Ahad:12.00
tengahari sehingga waktu persembahan
Tutup
pada Isnin kecuali jika ada persembahan berjadual
Tempahan Telefon:
03-23317007
Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my
Laman Web: www.mpo.com.my
Facebook: fb.mpo.com.my
Instagram:
@malaysianphilharmonicorchestra
No comments:
Post a Comment