Pages - Menu

Ella - Live with the MPO : A Rock Queen's Journey di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC


Hello Pembaca budiman,





Misz-ella sangat teruja nak beritahu berita gembira ini ~ Ratu Rock Negara kesayangan kita, Ella akan muncul di pentas hebat Dewan Filharmobik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre pada Sabtu, 2 Disember 2017 dan Ahad, 3 Disember 2017 jam 8.30 malam.

Betul ke Misz-ella? Yes !! Yes !! Jangan betulkan mata anda kerana ini adalah Kisah Benar ye pembaca semua .. bukan misteri nusantara *hehe*


Sejarah bakal tercipta kerana melalui Konsert ini, dimana kita akan sekali lagi menyaksikan keunggulan Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) yang melangkau pelbagai genre muzik; dari muzik klasikal barat ke runut bunyi filem, pop, jazz dan kontemporari.


Ditubuhkan pada tahun 1998, MPO terus menyajikan persembahan bertaraf antarabangsa untuk pelbagai lapisan penonton di DFP. MPO juga telah melebarkan sayap ke negara-negara luar seperti Singapura, Taiwan, Korea, China, Jepun, Vietnam dan Australia.



Ella sendiri merupakan sebuah figura tersohor yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri muzik tanahair. Konsert ini bakal menjadi antara yang terpenting dalam lipatan sejarah kerjaya seni beliau, sekaligus menyertai senarai artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Ramli Ibrahim dan Zainal Abidin.


Ella memulakan langkah dalam industri muzik sebagai penyanyi untuk kugiran rock Ella & The Boys sebelum bergerak secara solo pada tahun 1989. Muzik dan persembahan beliau melangkau usia; beliau kekal sebagai penyanyi rock wanita yang bertahan paling lama di Malaysia. Salah sebuah kejayaan beliau ialah apabila terpilih menyanyikan lagu rasmi Sukan Commonwealth ke-16 di Kuala Lumpur bertajuk Standing in the Eyes of the World pada tahun 1998. Pada tahun 2001, Malaysia Book of Records menyenaraikan beliau sebagai artis pertama yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat dan artis pertama yang mencapai jualan album terbanyak, sebuah rekod pencapaian yang masih dipegang hingga ke hari ini.

2017 merupakan tahun istimewa untuk beliau apabila menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ‘Most Recognised Brand in Leading Performance Artiste of the Year’ di ASEAN Outstanding Business Award, dan Anugerah Khas Planet Muzik.

Sepanjang penglibatan seni beliau, Ella telah melahirkan 12 album studio, 2 album video dan banyak album kompilasi, runut bunyi, remix dan ‘live’, dan telah membuat persembahan di Jepun, Indonesia, Singapura, Brunei, China, Hong Kong, Russia dan Amerika Syarikat.

Ini merupakan kali kedua Ella beraksi di pentas DFP selepas menjadi artis undangan dalam konsert MPO Rocks untuk DFP Seni Festival pada tahun 2013. Namun, ini merupakan konsert penuh beliau bersama MPO yang akan membawa penonton menyusuri perjalanan seni beliau, bertepatan dengan tema konsert A Rock Queen’s Journey.  

Dengarkan interpretasi simfoni MPO untuk lagu-lagu malar segar seperti Pengemis Cinta, Pedih, Nuri, Rindu, Layar Impian, Bayangan, Kesal, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Gemilang, Demi dan hit terbaru beliau, Ku Sedia.

Semua lagu digubah khas untuk konsert ini dan diberi nafas baru oleh penggubah-penggubah seperti Ahmad Muriz Che Rose, Jenny Chin, Luqman Aziz dan Leonard Yap.

Ahmad Muriz Che Rose

MPO yang dianggotai 90 pemuzik akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose yang memegang ijazah muzik dari Universiti Teknologi Mara, The Boston Conservatory dan Berklee College of Music. Beliau pernah membuat persembahan di pesta muzik kebudayaan di Indonesia, Singapura, Perancis and Amerika Syarikat. Di pentas DFP, beliau pernah memimpin konsert-konsert seperti Keroncong Merdeka pada tahun 2012 dan Aubrey Suwito & Friends with the MPO pada Mei lalu.

DFP boleh memuatkan seramai 920 penonton dalam satu masa dan mempunyai rekabentuk dan akustik yang mengkagumkan. 

Buat Misz-ella sendiri, yang semestinya membesar dengan lagu-lagu Ella dan pernah menyaksikan sendiri kehebatan MPO, tersangatlah teruja untuk menyaksikan konsert Ella - A Rock Queen's Journey ini. Dah lama Ella tak buat Konsert, kan, peminat-peminat Ella pasti dah rindu akan kehebatan aksi serta vokal Ella yang unik dan tiada duanya. Buat MPO pulak, Misz-ella nak kongsikan satu perkara tentang orkestra hebat ini ~ Tiap kali Misz-ella saksikan persembahan mereka, pastinya Misz-ella akan 'burn a lot of calories' sebab Misz-ella akan tepuk tangan dengan sangat kuat kerana terhibur. Tepuk tangan 'burn a lot of calories' ok .. jangan malu atau kedekut untuk tepuk tangan sebagai tanda penghargaan pada persembahan mereka macam yang Misz-ella  selalu buat tau *hehe*

Tahniah kepada DFP kerana membawakan Ella ke pentas berprestij ini dan kerana keterujaan yang sangat melampau .. belum 'start' Konsert hati Misz-ella dah terdetik 'Mesti Best!'

So pembaca-pembaca kesayangan, cepat-cepat beli Tiket sekarang jugak!! Jangan tunggu lagi kerana tiket tersangatlah laris di jual mengalahkan pisang goreng panas. Jom kita saksikan dua nama hebat ini - Ella dan MPO di pentas DFP!! Maklumat lanjut tentang konsert ada di bawah:-



‘Ella – Live with the MPO: A Rock Queen’s Journey’

Tarikh

Sabtu, 2 Disember 2017 dan Ahad, 3 Disember 2017 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS

 
Orkestra / Konduktor / Vokal
Orkestra Filharmonik Malaysia / Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)
Ahmad Muriz Che Rose konduktor
Ella vokal

 

Harga Tiket

Premium: RM380, A Reserve: RM270, B Reserve: RM210, C Reserve: RM150

 

Waktu Operasi Box Office

Selasa hingga Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada hari persembahan)


Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali pada hari konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007

Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my

Laman Web MPO: www.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra




1 comment: