Pages - Menu

Ella tetap rock di Ella Rock Queen's Journey Live at DFP


Hello pembaca kesayangan


Selamat Minggu Baru!! Last week ended perfectly for me as misz-ella.blogspot.com was invited to watch an exclusive concert - Ella Rock Queen's Journey at the prestige Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC.

In case if you have forgotten about the Concert, read it here. Finally, the night arrived. Buat peminat-peminat Ella, mahupun mereka yang membesar dengan lagu-lagu Ella, Ella Rock Queen's Journey Live at DFP adalah malam yang ditunggu-tunggu .. tambah teruja kerana buat pertama kalinya kami bakal menonton Konsert Penuh Ratu Rock Ella berkonsepkan orkestra. Teruja, kan!!



Ella memulakan Konsert beliau dengan lagu Nuri - lagu rock catchy yang masih Misz-ella hafal liriknya sehingga kini. Tampil dengan imej berbeza tetapi aura rock Ella tetap tak berubah - gaya dan suara rock Ella tetap seperti dulu.




Persembahan Ella diteruskan dengan lagu-lagu hits beliau seperti Permata Biru, Pengemis Cinta, Puteri Kota, Pedih, Rindu dan juga medley lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, Cinta Selembut Sutera, Tiada Tangis Lagi, Retak dan Demi. Setiap lagu disampaikan Ella menerima tepukan gemuruh dari penonton.


Diringi pemuzik Malaysian Phillharmonic Orchestra (MPO) yang dipimpin oleh Encik Ahmad Muriz Che Rose, Misz-ella sendiri kagum dengan alunan muzik indah yang mengiringi nyanyian Ella. Alunan muzik indah yang digubah khas dan diberi nafas baru pada permulaan lagu, pertengahan dan akhiran lagu sangat memukau dan buat kami saling berteka teki .. Lagu apakah ini? MPO memang hebat!





Di Segmen kedua, Ella tampil lebih elegant dengan 'evening dress' .. meskipun  Ella kelihatan sangat feminin dengan penampilan tersebut, aura rock Ella tetap menyerlah. Lagu-lagu hits beliau seperti Permata Pemotong Permata, Bayangan, Layar Impian, Ku Sedia, Kesal, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Standing in the Eyes of the World disampaikan dengan gaya rock bersahaja yang sememangnya merupakan gaya tersendiri Ratu Rock kesayangan ramai ini. 30 tahun berada di gelanggang seni, menyaksikan konsert penuh Ella  Rock Queen's Journey Live at DFP ini memang betul-betul mengimbau perjalanan seni Ella yang kekal dengan genre rock dari mula  kemunculan beliau di bidang seni sehingga kini - baik slow rock, catchy rock, fast rock atau rock balada .. jiwa Ella memang sangat rock, kan.

Persembahan Ella dan MPO selama 2 jam malam itu diakhiri dengan lagu Gemilang yang dihasilkan pada tahun 1994 menerusi album Ella USA, lagu penuh motivasi yang mendidik kita agar ikhlas, sabar dan sentiasa benar dalam menghadapi cabaran kehidupan. Gandingan Ella dan MPO mendapat tepukan yang sangat gemuruh dari penonton. Memukau dan menghiburkan ..


Misz-ella bersama Encik Ahmad Muriz ..

Misz-ella berpeluang bertemu dengan Encik Ahmad Muriz selepas Konsert Ella Rock Queen's Journey. Tahniah Encik Ahad Muriz kerana berjaya memimpin MPO mencipta sejarah besar men 'rockestra' kan irama rock dengan cemerlang. Dalam komen beliau, Encik Ahmad Muriz mengatakan 'we set the perimeters and we made it'. Yah I can see from the audiences reaction .. semuanya terhibur dengan gubahan muzik 'rockestra' indah lagi segar yang menghiburkan halwa telinga kami pada malam itu. Tahniah Encik Ahmad Muriz and MPO!


Bila dua Ella berjumpa ... Teruja !

Dan buat Ratu Rock negara kita Ella, Misz-ella nak ucapkan Tahniah kepada beliau kerana berjaya menyampaikan kesemua 16 lagu beliau (5 lagu secara medley) dengan jayanya. Menyaksikan Ella beraksi di pentas pada umur 51 tahun dengan diiringi orkestra semestinya memberi saya pengalaman dan rasa yang berbeza. Walaupun Ella mahupun penonton sangat sopan pada malam itu, aura rock yang dibawakan Ella tetap tak hilang bisa. Best gila kot!


 Misz-ella, Harry (DFP) dan rakan-rakan media yang lain


Akhirkata, buat DFP, Tahniah sekali lagi kerana melakar Sejarah ~ membawa irama rock ke pentas DFP!! Teruskan usaha melagukan pentas berprestij DFP dengan irama berwarna pelangi. Di saat ini, rakyat Malaysia sememangnya ketandusan hiburan bermutu tinggi seperti yang dibawakan oleh DFP ini. Terima Kasih sekali lagi kerana menjemput misz-ella.blogspot.com menyaksikan Konsert Ella Rock Queen's Journey Live at DFP ini.

Misz-ella pasti masih ramai rakyat Malaysia yang belum tau menghargai kehebatan muzik orkestra. Please remember that MPO is a full-size orchestra where 90 musicians are on  stage to deliver the best music to the audience. I have seen many orchestra performances before and MPO is one of the best!! Lain kali kalau ada konsert seperti ini di pentas DFP, you all jangan lupa beli tiket awal-awal, ok. Jom kita enjoy persembahan MPO bersama-sama. OK .. I am done with my sharing session with Dari Jari-Jari Halusku Blog readers. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di lain entry. Bye!

Pics 1-4 :- Courtesy of Malaysian Philharmonic Orchestra/Dewan Filharmonik PETRONAS”

No comments:

Post a Comment