Pages - Menu

Anugerah Pelancongan Malaysia (APM) 2016-2017


Hello pembaca budiman,

Malaysia negara bertuah. Misz-ella lahir di bandar Kuala Lumpur 45 tahun yang lalu. Se awal umur tujuh tahun, Misz-ella dihantar ke Pudu English Girl School lepas tu sambung di Pudu English Secondary School, Jalan Foss, Kuala Lumpur.

Dari kecil Misz-ella telah dididik bahawa baik Melayu, Cina atau India ..walau kita berlainan fahaman, agama, pegangan, gaya hidup dan warna kulit tapi kita adalah anak Malaysia. Tiada istilah 'racist'. Tiada aku Melayu, kau Cina .. yang ada hanya kasih sayang sesama insan. Bayangkan, dalam satu kelas seramai 40 orang, hanya Misz-ella seorang murid Melayu tapi Misz-ella tetap disayangi dan dihormati oleh yang lain. Alahai .. berbunga rasa hati bila terkenang nostalgia suatu waktu dahulu.



Saya anak Malaysia. Saya sayang Malaysia. Walau jauh saya berjalan di bumi Tuhan ini, tetap bangga menjadi 'Malaysian'.



Baru-baru ini, Misz-ella.blogspot.com telah dijemput oleh Tourism Malaysia untuk menghadiri Anugerah Pelancongan Malaysia (APM) 2016/2017.  APM edisi ke 20 ini  diadakan dalam usaha berterusan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme dan mutu perkhidmatan industri pelancongan di Malaysia.

Malaysia Truly Asia ~ Melawat Malaysia bagaikan melawat ke seluruh Asia. Makanan dari seluruh negara Asia ada di Malaysia. Pelbagai etnik kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya ada di Malaysia. Banyak promosi pelancongan telah dijalankan oleh Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan antara yang sempat Misz-ella sertai adalah Kempen Dekat Je dimana Misz-ella telah ke negeri kelahiran mama iaitu negeri Perak. Negeri Perak sangat menarik dan tak kurang hebatnya dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Banyak juga program-program Tourism Malaysia yang terpaksa Misz-ella tolak kerana kekangan masa .. 


Ucapan pembukaan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Bertempat di Putrajaya International Convention Centre, malam 28hb Februari 2018 kami meriah apabila menjadi saksi kepada pemenang-pemenang yang mendapat pengiktirafan tertinggi dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas usaha mereka memperjuangkan industri pelancongan Malysia ke persada dunia.

Sebanyak 56 kategori dipertandingkan dalam APM 2016-2017 dengan tambahan empat anugerah khas ~ Prime Minister's Award (Individu/Organisasi) dan Minister's Award (Individu/Organisasi)

Kesemua pemenang APM 2016-2017

Senarai lengkap pemenang APM2016/2017 :-
Best Tourism Article:-
Printed Publication
  • Local Publication "Ini Di KL Lah…" - Suliati Asri
  • International Publication "Multiculti Maleisie" - KLM Flying Dutchman Online
  • Local "Saving Borneo's Wildlife : Sabah's Top Animal Centres" - Ramble And Wander
  • International "The Hidden Maldives Of Malaysia : Mataking Island" - Tripzilla
Best Travel Documentary and Television Commercial on Malaysia
Documentary You, Me Malaysia - Discovery Networks Asia Pacific
TV Commercial Tahun Melawat Pahang 2017 - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Best Local Tour Operator :-
Inbound Tour Operator HTC Travel Services (M) Sdn Bhd
Domestic Tour Operator Perhentian Setia Travel & Tours Sdn Bhd
Best Homestay :- Homestay Kg. Teluk Ketapang, Homestay Labu Kubong
Best Spa:-
Hotel/Resort Tanjong Jara Resort Spa Village
Individual Premise Banyan Beauty Sdn. Bhd.
Best Shopping Centre :-
Integrated Shopping Centre Sunway Putra Mall
Stand-Alone Shopping Centre Komtar JBCC
Best Hotel Services :-
5-Star (City) The St. Regis Kuala Lumpur
5-Star (Resort) The St. Regis Langkawi
4-Star (City) The Settlement Hotel
4-Star (Resort) Laguna Redang Island Resort
3-Star (City) Prescott Hotel KL Sentral
3-Star (Resort) Borneo Rainforest Lodge
NBOS Fresh Air Resort Tanah Aina Resorts
Boutique Hotel Japamala Resort
Best Airline :-
International Airline Cathay Dragon
Local Airline (International Route) Air Asia
Local Airline (Domestic Route) Air Asia
Best Foreign Tour Operator :-
Southeast Asia Markets
Singapore WTS Travel & Tours Pte Ltd
Indonesia Raya Utama Travel
Brunei Pan Bright Travel Service
Thailand Sunmoon Tour & Travel. Co. Ltd
Other ASEAN Countries Vietnam Travel And Marketing Transports JSC - Vietravel
East Asia & North Asia Markets 
China Century Holiday International Travel Service Co. Ltd
Other East Asia Countries (Hong Kong, Macau & Taiwan) Lion Travel Service Co. Ltd (Taiwan)
North Asia (Korea) Hana Tour Service Inc.
North Asia (Japan) H.I.S Co. Ltd
South Asia & West Asia Markets :-
India Thomas Cook (India) Ltd
Other South Asia Countries (Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh & Nepal) Hemas Travels Pvt Ltd
West Asia Mobin Gasht Part Tour & Travel Agency
Americas/Europe/Oceania Markets :-
Europe TUI Germany
Americas (USA, Canada & Latin America) Indus Travels
Oceania Luxury Escapes
Most Innovative Tour Package :-
Off-The-Beaten Track Orou Sapulot 3D2N (Sticky Rice Travel Sdn Bhd)
Special Interest Birdwatching Tour Half Day (Natural History Tours Sdn Bhd)
Best Tourist Attraction :-
Natural Attraction/Eco-Tourism/Agro-Tourism Kilim Geopark
Man-Made Attraction – Theme Park Escape Penang
Man-Made Attraction – Arts & Culture North Borneo Railway
Best Tourist Guide :-
City Guide K.Muniesvaran A/L Kanniah
Nature Guide Wendy Chin Yoon Mun
Best Entertainment Spot :-  Marini's On 57
Innovative Restaurant :-
Malay Restaurant Ikan-Ikan Restaurant (Four Seasons Resort Langkawi)
Chinese Restaurant Si Chuan Dou Hua Restaurant
Indian Restaurant Nadodi KL
Ethnic Restaurant Lepau Restaurant
International Restaurant Feringgi Grill (Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa)
Minister’s Award
Individual  ~ Anthony Wong
Organisation ~ The Haven Ipoh
Prime Minister’s Award
Individual ~ YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron
Organisation ~ Sunway Group
Tahniah buat semua pemenang. Berbunga rasa hati bila melihat hotel-hotel yang pernah Misz-ella review turut menang ~ The Settlement Hotel Melaka, The Haven Resort, Sunway Group dan tak ketinggalan Tanah Aina Resort.

Puan Sri Shariffa Sabrina bersama trofi kemenangan

Tahniah kepada sahabat Misz-ella Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil kerana  Tanah Aina Resorts milik beliau menjadi pemenang pertama untuk kategori NBOS Fresh Air Resort (kali pertama diperkenalkan).

Tahniah juga kepada Tourism Malaysia atas penganjuran majlis yang sangat hebat, meriah dan gilang gemilang. Terima Kasih kerana menjemput Misz-ella.blogspot.com. Jumpa lagi tahun hadapan!






No comments:

Post a Comment