Hello pembaca kesayangan dan peminat-peminat drama Melayu, khususnya..
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa membawa informasi terkini dan hiburan-hiburan berkualiti kepada penonton. Ini termasuklah drama-drama Melayu terbitan TV3 yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton, kan. Misz-ella sendiri masa kecil dulu habis sekolah duduk depan TV menghadap siaran TV3 .. almaklumlah itu sahajalah hiburan yang ada buat orang-orang lama macam Misz-ella ini .. tak seperti anak-anak zaman sekarang yang lebih banyak pilihan kerana dengan internet segala maklumat mahupun hiburan hanya dihujung jari tak perlu rujuk kepada TV.
Paling disukai oleh masyarat Melayu adalah drama-drama bertemakan cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang sangat berkait rapat dengan kehidupan. Setiap dari kita dianugerah Allah SWT perasaan yang sangat istimewa ini .. jatuh cinta, putus cinta, menjalin cinta dan macam-macam lagi lah. Cinta itu indah .. lengkap dengan pelbagai rasa .. manis, pahit, suka, ketawa, kecewa, menangis ..
Definasi cinta itu sendiri terlalu luas dan subjektif dan buat Misz-ella .. The Best Love In Life is Love Yourself. Sounds selfish? Oh tidak .. kerana cinta kepada diri sendiri adalah amanah yang diberi Allah SWT kepada setiap hambaNya. Allah jadikan kita sihat, cantik, sempurna maka kewajipan kita mencintai diri kita dan menjaga pemberianNya.
OK OK Misz-ella .. kau jangan lari tajuk sila pulang ke pangkal jalan .. Hehe. Mulai dari 14 Mac ini, TV3 membawakan drama Zehra Kelip-Kelip di Kota London.
Sebuah drama
terbitan Zeel Production di bawah arahan Murali Abdullah, drama 13 episod ini menggabungkan
pelakon-pelakon senior dan baharu seperti Hafidz
Roshdi, Hanna Aqeela, Rizz Ismail, Putri Hanan, Haliza Misbun, Nadiyah Shahab,
Zain Saidin, Ezany Nizariff, dan Tony
Eusoff.
Drama bertemakan jodoh penentuan Tuhan ini akan menemui penonton
setiap Rabu hingga Jumaat bermula 14 Mac 2018 pada pukul 9
malam.
Hafidz Roshdi sebagai Syed Syaufiq
Kelip-Kelip Di
Kota London ini mengisahkan seorang jejaka kacak dan berharta, Syed Syaufiq
yang merupakan penggemar hiburan dunia. Kekayaan Syaufiq
diwarisi daripada syarikat perniagaan tekstil Al-Haffiy milik ayahnya, Syed
Mukhriz. Syaufiq dihantar ke University of Cambridge, London oleh ayahnya bagi mendalami ilmu keusahawanan.
Hanna Aqeela sebagai Nur Insyirah
Di sana, hati Syaufiq
terpahat apabila melihat Nur Insyirah yang sedang solat di satu penjuru taman
rekreasi. Terpukau melihat kecantikan Insyirah, Syaufiq mula mendekatinya dan
mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Seperti jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, Syaufiq juga mula
mendekati agama Islam melalui dorongan dan ajaran Insyirah sehingga mereka
mendirikan rumah tangga.
Namun, sebaik sahaja berita pernikahan mereka tiba di
Malaysia, Syed Mukhriz mula menerangkan wasiatnya yang tertulis harta warisan
Al-Haffiy hanya akan jatuh kepada Syaufiq sekiranya Syaufiq menikahi Sharifah
Jasmine dan mendapatkan seorang anak lelaki.
Adakah Syafiq akan mempertahankan perkahwinannya dan hidup tanpa kemewahan gara-gara wasiat ayahnya atau adakah Syaufiq akan menikahi Sharifah
Jasmine dan membolot harta pusaka keluarganya?
Wah .. yang ini pembaca sekalian kena check it out sendiri sebab Misz-ella pun tak tau kesudahannya. Jangan lupa saksikan Drama Zehra Kelip-Kelip Di Kota London setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam untuk saksikan kisah cinta ini.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini,
layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga
tandapagar #dramasangat untuk hangatkan lagi perbualan di alam maya.
Selamat Menonton!
No comments:
Post a Comment