Pages - Menu

Fit Concerto with Garcinia Max meriah!

Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella ke Putrajaya. Tiap kali ke Putrajaya, Misz-ella terpesona dengan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan pelbagai bentuk berdiri gah dan boleh dilihat dari jalan utama, Misz-ella suka dengan jalan raya yang luas dan berkualiti tinggi (jarang ada 'pothole' atau 'manhole' yang tidak sempurna di Putrajaya, kan) tapi yang sering membuatkan Misz-ella mengelak untuk ke sana adalah jarak perjalanan yang jauh ... lebih kurang 40km dari rumah saya di North Kiara, Kuala Lumpur tapi kerana urusan kerja .. seribu alasan saya ketepikan!


Bertempat di Hotel Pullman Putrajaya pada 3 Mac 2018 yang lalu, satu aktiviti kecergasan iaitu Fit Concerto with Garcinia Max telah dilangsungkan dan misz-ella.blogspot.com dijemput untuk menyertainya.  Wow wow .. apakah Fit Concerto with Garcinia Max?


Ingat lagi Garcinia Max? Minuman berkhasiat yang berupaya menurunkan berat badan dengan cara mengawal selera makan tanpa mengurangkan tahap tenaga. Kalau tak ingat, sila klik di sini ye.




Fit Concerto with Garcinia Max adalah salah satu aktiviti tanggung jawab sosial anjuran Grand Million Supremacy (GMS) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya kita menjalani gaya hidup sihat.


Bergabung dengan One Nation Fitness Club yang mana kesemua ahlinya adalah instruktor bertauliah dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan, Fit Concerto with Garcinia Max adalah gabungan lengkap pelbagai aktiviti senaman seperti aerobik, zumba, senam seni, masala bhangra, aerodance dan body combat selama dua jam tanpa henti.

Wow !! Dua jam tanpa henti! Saat mendapat jemputan, hati Misz-ella dah teruja menghitung hari menanti detik di mana saya boleh melompat dan menari selama dua jam tanpa henti! Mampu ke Cik Ella ooi .. umur dah 45 tahun, awak tu pun dah lama tak bersenam .. ada lagi ke stamina? Amboii .. berkira-kira dalam hati tapi kerana keinginan mengatasi segalanya, saya sahut cabaran !




Kaunter Garcina Maxx


Berbekalkan hanya Garcinia Max (tanpa sarapan), Yeayy .. I did it! Kandungan bahan berkhasiat dan bernutrisi tinggi di dalam Garcinia Max terbukti mampu memberi tenaga untuk kita menjalankan aktiviti kecergasan. Misz-ella mampu bersenam 2 jam tanpa henti!


Tengok lah yang lain-lain tu .. bersemangat je, kan. Fit Concerto memang best! Kalau ada lagi selepas ni, Misz-ella tak teragak-agak nak join lagi. I kan memang fitness dance kaki .. hehe


Jason (Pengarah Pemasaran GMS) dan Datuk Ryzal (Pengarah Urusan GMS)

Menurut Datuk Ryzal, Pengarah Pemasaran GMS yang peramah ini, GMS akan terus menjelajah ke seluruh negara dengan program Fit Concerto. Program kecergasan ini dijangka dapat menghimpunkan seramai 20,000 orang sepanjang tahun yang mahu merubah gaya hidup sedia ada ke arah yang lebih sihat. GMS turut menyeru semua pihak iaitu swasta, badan berkanun mahu pun persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan turut sama melibatkan diri dalam program kecergasan ini.


Jason dan Datuk Ryzal bersama para blogger yang lain semasa program Fit Concerto


So kesimpulannya, buat Misz-ella yang sememangnya kaki exercise dari muda lagi ini, program Fit Concerto memang sangat best! Tak sedar waktu berjalan .. tiba-tiba dah kena keluar dewan. Alahaiii .. I stil want to dance, ok!

Buat semua pembaca-pembaca kesayangan blog Misz-ella, kalau dapat khabar berita Fit Concerto berada di tempat anda, jangan lupa 'join' ok. Confirm you all tak menyesal sebab instruktor yang dipilih semuanya hebat-hebat belaka .. Adilla, Along, Group 3 Saka .. semua tu nama-nama besar dalam bidang fitness * .. my friend la tu .. hehehe* Sambil bersenam, sambil kita beramal kerana setiap kutipan tiket disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Sambil-sambil tu dapat pula kita cuba Garcinia Maxx yang sedap ini. 

OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca ye. Esok-esok datang lah lagi. Banyak lagi nak kongsi dengan You all ni. Bye.








No comments:

Post a Comment