Hello pembaca kesayangan ..
Jom kita borak sekejap, nak? Misz-ella nak rehat sekejap dari berkongsi tentang kisah-kisah terkini. Macam-macam dah kisah seminggu dua lepas kan .. kisah teh terbaru dari Starbucks lah, kisah pergi bersenam di Fit Concerto lah, kisah pergi bengkel Ladang Hutan dan macam-macam lagi lah. Ummm .. kita take a break sekejap ye. Jom kita sembang-sembang ..
Minggu lepas sebenarnya minggu yang paling sibuk. Hampir setiap hari berulang KL-Shah Alam. Persembahan Broadway Muzikal Mystic India, Save Our Rainforest Race .. dalam pada tu, blog tetap tak lupa. Misz-ella rasa bersyukur sangat pada Allah SWT kerana beri saya kekuatan minda. Percayalah bahawa segala kekuatan dan ketahanan kita bermula dari minda. Kalau mindset dah kata penat .. hancurlah segalanya. Tapi bila minda kita kuat, kita akan sentiasa berada di dalam keadaan positif, In Sha Allah .. yang susah menjadi mudah, miracle do happen in life .. tanpa kita sedari Allah SWT permudahkan urusan kita. Itu sebenarnya rahsia Misz-ella kekal positif, kekal sihat dan sentiasa awet muda *ehemmm .. puji diri sendiri sikit eh* .. tak da rahsia lain. Umur dah 45 ni nak makan vitamin ke, jamu ke macam dah malas je.
Yang sentiasa Misz-ella amalkan ialah sentiasa sebut nama Allah SWT. Misz-ella ni bukan lah pandai sangat mengaji maka itu sahajalah amalan saya. Masa nak tidur, masa sedang drive, masa sedang nervous, masa sedang penat .. seru nama Dia berulang-kali. Ye. Saya hanya mampu meminta pada Dia *sobs* .. selainnya .. think positive, smile more, jangan merungut, ikhlaskan hati and let the things flow on its own. Trust you can dan akhirnya percayalah pada kasih sayang Allah SWT. Rezeki itu rahsia Allah dan kesihatan yang baik itu adalah tanda kasih sayang Allah dan juga salah satu cabang rezeki yang Allah bagi kepada kita. Saya bersyukur. Alhamdulillah.
Misz-ella jugak sedang mencuba lipstick baru - nori Lip Color. Dulu-dulu mama selalu pesan orang perempuan ni kena selalu jaga penampilan. Allah jadikan semua perempuan cantik.. Jaga. Kalau dah sibuk sangat, tak da masa nak bersolek, sekurang-kurangnya bubuh la lipstick tu sikit .. tak la pucat sangat muka tu, kan. Ehemm .. Misz-ella kan anak yang baik, sekali mama cakap, sampai ke tua ni masih ku ingat. So, di pagi hari Isnin yang lepas, dengan bengkak bawah mata sebab tidur hanya jam 3 pagi (sebab siang saya keluar, malam saya menulis .. I work day and night sebenarnya) .. hanya mampu ber lipstick untuk menambah seri dan cover muka lesu tu. Ummm .. boleh la, kan.
Puan Sri Nisa yang dirindui ..
Orang kata Misz-ella memilih kawan. No you are wrong. Saya sayang semua kawan-kawan saya, tak kira pangkat mahupun darjat. Natijahnya manusia memang begitu, kan .. ada saja yang tak sempurna di mata mereka. Walau kita sentiasa berlaku baik, walau kita jaga diri kita sebaiknya .. kita masih tetap dikata dan akan terluka. One thing that I learn in life is .. I dont live in this world to please people. We cannot satisfy everyone. Saya cuma menjadi diri saya sendiri. Bak kata kawan baik saya Puan Sri Nisa, Ella is a lady with her own mind. Ye betul. Saya tak hipokrit. Saya tak berpura-pura and most importantly I dont judge people. Siapa kita nak judge yang lain? Kita semua sama, hanya insan biasa mengembara di bumi luas ciptaannya. Sampai masa, kita semua akan pulang ke pangkuan Dia dan hanya Dialah yang berhak menghakimi kita.
Hummm .. tiba-tiba rindu kat Puan Sri Nisa yang sedang bercuti di London. Rindu kata-kata semangat dari Puan Sri Nisa yang sentiasa buat saya menitis airmata. Puan Sri Nisa rajin mengirim zikir-zikir yang dibelajar di kelas Asma Ul-Husna nya kepada Misz-ella untuk diamalkan dan Puan Sri Nisa antara kawan yang paling rajin menjamu Misz-ella dengan hasil air tangan dia sendiri. Cepat balik lah my sweetheart .. rindu ku padamu udah setinggi Gunung Aparwath di Kashmir lah! Hehehe.
People come and go in our life. At certain point of our life, we will become less connect with certain people and without we realise we will be disconnect. Life! I am sad my friend is leaving Malaysia to return to Jordan. Good friend are hard to find. Yes we seldom meet but he always remember me. Sentiasa ada buah tangan tanda ingatan dari dia walau di mana sahaja dia berada. Thank you friend for being a good friend. All the best in USA!
Minggu ni dan minggu depan, Misz-ella sibuk dengan projek Bollywood Mystic India. Baca tentang Konsert Mystic India DI SINI YE. Habis Mystic India, Misz-ella akan move ke projek lagi satu. Masih rahsia tak boleh nak kongsi kan sekarang kerana semua nya masih dalam perbincangan. Yang pastinya .. projek baru, team baru, ilmu baru, pengalaman baru. My life is full of rainbow colours! I am grateful. Alhamdulillah.
Meanwhile, buat sesiapa yang ingin membeli tiket Konsert Mystic India dan ingin membeli tiket secara pukal (bulk purchase - minimum 20 tickets), boleh lah whatasapp no tel 012-6013773 atau tel 016-6223138. Kalau tak berjawab, itu tanda tuan punya telefon sedang sibuk. Sila mesej atau whatsapp dia ye.
OK dah habis dah sessi borak-borak kita. Terima Kasih baca bebelan saya. ByeBye pembaca kesayangan. Jumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment