Buat julung kalinya, Media Prima
Berhad akan menganjurkan festival Anggun Life yang menghimpunkan pelbagai
jenama popular yang menawarkan barangan, fesyen, kecantikkan, gaya hidup dan
kesihatan dibawah satu bumbung. Anggun
Life akan diadakan di dua lokasi iaitu di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Persada
Johor pada 8 & 9 Jun bersempena sambutan syawal yang bakal tiba nanti
dan di Kuala Lumpur di penghujung
tahun 2018.
Anggun Life menampilkan Amar Baharin dan Amyra Rosli sebagai Duta. Para pengunjung tidak hanya dapat membeli
belah barangan kesukaan mereka, malah turut berpeluang untuk menyertai bermacam
lagi aktiviti yang disediakan.
Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan duta
Anggun Life dan juga artis-artis Drama
Sangat seperti Izzue Islam, Nina Iskandar, Saharul Ridzuan yang dibawakan
khas sempena Anggun Life.
Jurugaya terkenal seperti Tym Fatimah, Min Luna, Watiey Abdullah dan
instafamous Sharifah Rose turut menyertai festival ini untuk berkongsi tips mengenai penataan gaya, solekan
dan penggayaan tudung di gerai “Hijab & Heels” dan banyak lagi!.
Lebih 100 vendor akan turut serta
menjual pelbagai barangan menarik. Ini termasuklah selebriti yang akan menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life seperti Remy
Ishak, Sherry Ibrahim, Mia Ahmad, Yana Samsuddin & Fadzil Zahari, Zul
Huzaimi, Fedtri Yahya, Ameera Zaini, Chef Naem, Mak Cun, Dayah Bakar, Nadya
Syahera dan Nora Lunia dan ramai lagi!
Wanita
Hari Ini (WHI) akan turut membuat liputan
secara langsung di sepanjang festival ini berlangsung di mana Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan Uyaina Arshad juga merupakan
personaliti Anggun Life.
Satu kempen Program Khidmat Masyarakat (CSR) iaitu
“Baju Baharu Di Hari Raya” turut dijalankan bagi memperkuatkan lagi penganjuran
Anggun Life. Para pengunjung dan peniaga yang menyertai Anggun Life di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Persada Johor untuk menyumbangkan pakaian baharu yang
dapat dipakai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan boleh disalurkan
menerusi kotak khas yang disediakan oleh Media Prima Berhad dan hasil sumbangan
itu akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Johor Bahru.
CJ
WOW SHOP akan turut turun padang menyertai
festival ini bersama hos-hos CJ WOW SHOP seperti Diana Rusdi, Chef Brian, Mimie Haris serta Zaim Helmi Zaini yang akan mengadakan sesi ramah mesra dan demo
produk CJ WOW SHOP. Di samping itu, mereka juga akan mempromosikan kempen
Ramadan Raya Bersama WOW serta peraduan Cuti Raya WOW yang berlangsung dari 11
Mei hingga 24 Jun 2018.
Tidak ketinggalan, tonton juga akan turut serta di
festival Anggun Life dengan membawakan Xtra FB Live Corner yang dihoskan oleh Nisa Kay. Orang ramai juga boleh
mengambil gambar di photobooth khas yang
disediakan oleh tonton bercirikan video
animated. Di samping itu, orang ramai juga turut boleh menikmati wifi secara
percuma dengan hanya memuat turun aplikasi tonton atau mengikuti laman sosial
tonton.
Tidak ketinggalan, orang ramai juga boleh beramah mesra dengan para
pelakon “Wan Peah Balik Beraya” iaitu Zee
Zainal, Ashraf Jamaludin dan Bell
Ngasri untuk sesi ramah mesra. tonton turut menjual langganan VIP dan
barangan tonton dengan harga diskaun sempena Ramadan Raya 2018.
Wow!! Meriah sangat kan Festival Anggun Life ini. You all boleh shopping raya dan juga boleh beramah mesra dengan selebriti-selebriti yang ada.
Buat mereka yang ingin menyertai
Anggun Life sebagai vendor, boleh layari www.anggunlife.com.my
atau hubungi talian
03-76213333 (sambungan: 12046/12051) untuk sebarang pertanyaan dan pembelian
ruang niaga.
Cepat-cepat hubungi mereka sekarang kerana ada harga diskaun RM500 bagi 20 peniaga yang terawal membuat
pembelian booth! Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Mei 2018.
No comments:
Post a Comment