Pages - Menu

Mission Foods #perfecttogether kempen bersama Chef Wan


Hello pembaca kesayangan,



Peneraju roti leper (wraps) Mission Foods dan produk tenusu terbesar Emborg telah bergabung melancarkan kempen #perfecttogether bersama lagenda kulinari, Chef Wan. Kempen #perfecttogether ini menjanjikan kelainan kreativiti resipi hasil daripada gabungan kedua-dua produk jenama ini dengan pelbagai cara yang lazat dan menyenangkan.

Sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelangnya Syawal, Chef Wan akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang digabungkan bersama produk Mission Foods dan Emborg. Sebanyak 10 resipi #perfecttogether mudah dan cepat boleh didapati secara dalam talian dalam bentuk video yang boleh ditonton oleh pengguna sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja mereka berada.

"Kolaborasi bersama  Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini benar-benar merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan berinspirasi.

Ramadan dan raya segala-galanya mengenai keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk berkongsi makanan sama ada ketika bersahur atau pun sewaktu berbuka puasa. Oleh itu, resipi-resipi ini dihasilkan bersama gabungan bahan-bahan terbaik daripada Mission Foods dan Emborg. Kedua-dua produk ini benar-benar #perfecttogether," kata Cef Wan, Chef antarabangsa yang terkenal dan juga merupakan 'khazanah' negara.



Baru-baru ini, satu sesi ramah mesra bersama media telah diadakan sempena pelancaran kempen #perfecttogether. Tetamu yang datang telah menjadi antara yang pertama mendalami  kempen tersebut dan turut berpeluang mengikuti demonstrasi masakan oleh Chef Wan. 




Antara resipi pilihan Chef Wan pada majlis itu ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Chef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. 

Seronok menyaksikan demo Chef Wan kerana kesemua masakan yang beliau persembahkan menggunakan Mission Foods dan Emborg adalah mudah, cepat, berkhasiat dan enak – menjadikannya makanan ideal untuk Ramadan di mana rata-rata masyarakat lebih cenderung memilih masakan yang menjimatkan masa memasak.
  


Acara ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti masakan seperti Juliza Adzlizan, Didie Nasir dan Danish Harraz yang merupakan sebahagian daripada kempen ini dan turut berkongsi resipi masing-masing bersama resipi Chef Wan #perfecttogether.

Buat pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, jangan ketinggalan ikuti kempen yang telah bermula dari Mei ini kerana resepi-resepi ciptaan Chef Wan mudah disediakan, cepat dan dijamin akan membangkitkan selera kita sekeluarga. Kesemua siri resipi ini telah dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods  Malaysia, Emborg dan media sosial Chef Wan untuk dinikmati semua.

Di Instagram, anda boleh lawati laman-laman ini: @missionfoods.my; @emborgasia; dan @ _chefwan58; manakala untuk Facebook pula, anda boleh layari: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/ dan https://www.facebook.com/EmborgMalaysia/   

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Mission Foods dan Emborg di www.missionfoods.com.my dan www.emborg.com.



No comments:

Post a Comment