Pages - Menu

Sejahtera Malaysia. Jumpa Tun Dr. Mahathir.


Hello rakyat Malaysia,



Misz-ella nak buka entry ini dengan senyuman. Gambar lama dan antara gambar kesayangan saya. Alhamdulillah kita sudah selesai menjalankan kewajipan kita dan sudah tahu keputusannya.



I returned to Sg. Buloh untuk mengundi. Walaupun sudah menetap di Kuala Lumpur, tetapi kawasan mengundi Misz-ella tetap di Sg. Buloh. Kembali ke Sg. Buloh memberikan seribu satu rasa. Di sini bermula segala-galanya, di sini juga lah sejarah tercatat bila Misz-ella telah ambil satu keputusan yang paling berat, yang telah merubah hidup Misz-ella selama-lamanya, tetapi demi negara tercinta, kaki tetap gagah melangkah ke sana. Jumpa kawan-kawan di pusat mengundi, dah selesai tu cepat-cepat pulang ke rumah. Bersiap-siap kerana malam tu Misz-ella bakal menonton konsert Bruno Mars di Bukit Jalil.



Misz-ella menonton Konsert Bruno Mars bersama rakan baik Misz-ella Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Ruzina dan anak-anak beliau (Thank you Tan Sri Syed Yusuf kerana belanja kita tiket). Yayy!! Konsert adalah sangat best tetapi terus terang cakap, kami sebenarnya kurang fokus kerana hati berdebar menanti keputusan pilihanraya ke 14. Konsert berakhir pada jam 10:15 malam. 



Dan tanpa dirancang, Misz-ella dan Puan Sri Shariffa Sabrina malam itu tiba-tiba turut bersama dengan calon-calon serta sekretariat Pakatan Harapan menanti debaran keputusan pilihanraya ke 14. Kuasa Allah SWT .. beberapa kali Misz-ella cakap kat Puan Sri Shariffa Sabrina, I macam bermimpi lah berada di sini .. tapi itu lah kenyataannya dan kami berada di Hotel Sheraton, Petaling Jaya sehinggalah Perdana Menteri kita yang baru, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya ke 14.

Selamat datang Pakatan Harapan. Buat pertama kali nya rakyat Malaysia telah memilih kerajaan baru yang bakal membawa Malaysia ke hala tuju yang berbeza. Buat pertama kali dalam hidup Misz-ella, Misz-ella melihat penyatuan dan pemuafakatan rakyat Malaysia - tanpa mengira kaum, agama, warna kulit .. semuanya sepakat memilih Pakatan Harapan sebagai peneraju kerajaan yang baru. Apa yang kita mahukan adalah yang terbaik untuk Malaysia. Semoga amanah yang diberikan ini tidak disia-siakan oleh pemimpin baru kita. Semoga kegemilangan Malaysia di mata dunia dapat dikembalikan. Kita sama-sama doa ye, kawan-kawan.




Misz-ella mahu kongsikan sedikit yang Misz-ella dan rakan-rakan di PEKA Malaysia pernah bertemu dengan YAB Tun Dr. Mahathir sebelum ini bagi mendengar pandangan Pakatan Harapan tentang alam sekitar. YAB Tun Dr. Mahathir menjanjikan sebuah kerajaan yang 'people's friendly, NGO friendly dan akan memelihara khazanah alam Malaysia sebaiknya.

Pertemuan kami adalah di awal bulan April yang lalu. Terima Kasih YAB Tun Dr. Mahathir kerana sudi meluangkan masa berharga beliau bersama kami, mendengar kegusaran dan kebimbangan kami dengan keadaan alam sekitar, hutan-hutan kita yang semakin menipis, khususnya. Semoga Allah SWT beri Tun kesihatan yang baik, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi agar Tun dapat menjalankan tugas-tugas Tun dengan  lancar. In Sha Allah. Amin.

Sekian sahaja perkongsian Misz-ella untuk entry kali ini. Banyak lagi cerita best-best nak kongsi dengan you all semua, esok-esok datang lagi ye. Terima Kasih, Bye.












No comments:

Post a Comment