Pages - Menu

Atap.Co - Pereka Hiasan Dalaman dan Pengubahsuaian hanya di hujung jari

Hello pembaca kesayangan,

Setiap seorang dari kita, mesti ada impian untuk memiliki rumah sendiri, kan. Sekurang-kurangnya, sekali seumur hidup mesti nak merasa rumah idaman hasil titik peluh penat lelah mencari rezeki.

Nak cari rumah idaman, memang mudah tetapi sebaik sahaja kunci rumah idaman sudah ditangan, cabaran seterusnya ialah pengubahsuaian dan dekorasi. Well ..home is where your heart is ataupun Rumahku Syurgaku .. tempat kita beristirehat selepas seharian bekerja, tempat kita dan kesayangan menghabiskan masa berkualiti bersama, tempat kita menerima tetamu dan sebagainya.

Cantik. Menarik. Cool. Tenang. Warna, Konsep .. maka semuanya mula berlayar di fikiran kita. Nak buat sendiri? Boleh jugak tetapi kalau tak menjadi seperti yang diidamkan maka rumah impian hanya sekadar impian. Maka hati mulalah terdetik untuk mencari pereka hiasan dalaman dan kita pun mula lah bertanya kepada kawan-kawan untuk mencari rujukan.


OK di dalam Entry ini Misz-ella nak kenalkan pembaca sekalian dengan Atap.co, satu platform marketplace dalam talian terbesar di Malaysia yang menghubungkan pereka hiasan-hiasan dalaman dan pemilik hartanah dengan mudah.



Ditubuhkan pada tahun 2016, Atap.co merupakan tempat atau ruang paling selamat untuk pemilik hartanah mencari dan melantik perunding hiasan dalaman yang telah terbukti kesahihan dan ketulenannya.



Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, laman web Atap.co telah dilayari oleh lebih dari 2.5 juta pengguna dari seluruh dunia. Melalui laman web Atap.co, pengguna boleh melayari profail syarikat hiasan dalaman tersebut dan boleh berhubung secara langsung dengan mereka untuk mendapatkan Sebutharga secara percuma.

Atap.co juga memuatkan semua artikel berkenaan dengan hiasan dalaman, tips, trend terkini, berita dan informasi berguna DIY.


OK Jom Misz-ella terangkan dengan lebih lanjut lagi bagaimana Atap.co berfungsi.



Di ruangan ini, kita boleh melihat senarai perunding hiasan dalaman yang tersenarai di dalam laman web Atap.co.



Ini adalah antara projek-projek yang berjaya diselesaikan oleh pihak Atap.co. Baik rumah teres, rumah jenis townhouse mahupun ruang pejabat dan kilang, Atap.co adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan khidmat nasihat



Di Atap.co, pemilik hartanah boleh melihat profail perunding hiasan dalaman dan boleh meminta Sebutharga secara percuma (Online) atau hantar sahaja sebarang pertanyaan umum melalui Atap.co.

Selain dari itu, kita juga boleh melihat idea-idea hiasan dalaman di https://atap.co/malaysia/en/ideas




Komunikasi antara kedua-dua pihak adalah sangat mudah. Malah servis LIVE CHAT turut disediakan. Cara-caranya :-

Langkah pertama :- Pergi ke laman web Atap.co


Dan kita akan dibawa ke page ini. Bermula dari sini, kita akan dipandu langkah demi langkah sehingga lah kita mendapat Sebutharga yang bersesuaian dan menepati citarasa serta budget kita.

Mudah, kan. Tak perlu bersusah-susah keluar rumah ke sana ke sini mencari perunding hiasan dalaman dengan adanya perkhimatan laman web Atap.co ini. Yang perlu ada hanya sebijik laptop, talian internet yang pantas, maklumat hartanah kita sendiri dan paling utama adalah rumah idaman bagaimanakah yang kita mahukan. Hanya tekan, tekan dan tekan butang di 'keypad' anda dan dapatkan khidmat perunding hiasan dalaman secara percuma.

So pembaca-pembaca kesayangan yang sedang merancang untuk mencari khidmat perunding hiasan dalaman, bolehlah mula melayari laman web Atap.co.  Misz-ella dah layari dan pada pendapat saya, laman web Atap.co sangat bermanfaat, sangat berinformasi dan sangat membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, sila mulakan LIVE chat anda di laman web Atap.co iaitu di https://atap.co/malaysia/en

Ikuti Facebook Atap.co di https://www.facebook.com/atapdotco/ 
Instagram Atap.co di Instagram: https://www.instagram.com/atapdotco/

Meriahnya Raya di rumah Puan Sri Nisa


Hello pembaca budiman,

Lamanya Misz-ella berjauhan dari blog kesayangan ini. Anyway, I am back and will be feeding you with lots of news! Check my blog everyday, ok ..


Pada hari raya ke 8, Misz-ella telah berkunjung ke rumah sahabat Misz-ella yang cantik dan suka memasak, Puan Sri Nisa untuk berhari raya. 

Sebenarnya ini kali ke 2 Misz-ella ber hari raya di rumah Puan Sri Nisa .. kali pertama pada raya ke 4. Seronok tengok Puan Sri Nisa menjamu tetamu .. meriah meja dengan makanan yang semuanya beliau masak sendiri khas untuk tetamu-tetamu bertaraf 'kesayangan' beliau ..



Bahan-bahan iringan untuk Mee Kari NisaBakri .. Misz-ella teringat akan kata-kata Puan Sri Nisa, kita boleh berkreatif dalam penyediaan makanan. Mee Kari NisaBakri memang lain dari yang lain .. bahan-bahan iringannya lebih kepada ulam-ulaman segar seperti hirisan kacang panjang, hirisan bunga kantan, sayur tauge mentah, hirisan bawang, telur puyuh rebus, telur masin, hirisan cili dan daun sup .. dimakan dengan kuah kari dari perencah kari NisaBakri. Hummm .. yummy!



Kawan-kawan lain yang datang termasuklah Fieda, Syerry dan Puan Sri Dato Zainab ..


Lepas makan kita berposing di luar rumah Puan Sri Nisa .. Opsss .. MPrada pun ada juga bersama kita pada petang itu ..



Terima Kasih kepada sahabat kesayangan Misz-ella, Puan Sri Nisa Bakri yang baik dan cantik dan suka menjamu Misz-ella dengan makanan yang sedap-sedap. Dimana ada cinta, di mana ada kasih sayang, di mana kita rasa disayangi dan dihargai, disitulah kita berada, kan. Kita tak nilai sebuah persahabatan itu dengan nama, pangkat atau harta tetapi pada budi pekertinya. Alhamdulillah untuk sebuah ukhuwah persahabatan yang sangat indah.



Selamat Hari Raya 2018


Hello pembaca kesayangan ..


Selamat Hari Raya 2018! Walau dimana kita berada dan apa pun keadaannya, Hari Raya kita sambut dengan penuh kesyukuran.




Rutin wajib di hari raya pertama ialah pulang ke pangkuan ibu tercinta. Tahun ni agak berbeza Raya Misz-ella sebab buat pertama kalinya, saya tak masak dan bangun pagi raya lewat sangat (sebab tak boleh solat dan sebab raya kali ni sangat 'koboi' .. haha) 

Petang pukul 3:30 baru sampai rumah mama, semua adik beradik dah balik ke rumah masing-masing. Makan, sembang, duduk dalam sejam, lepas bermaafan dengan mama terus gerak ke rumah mama no. 2 di Segamat.


My beautiful mom and my handsome son. I know I wont be able to take care of them forever .. Moga Allah pelihara kedua mereka dengan kasih sayang .. memberkati setiap inci perjalanan hidup mereka, menenangkan hati mereka, memberi kesihatan yang baik kepada mereka dan memberi kelapangan masa kepada mereka. Amin.



Sampai Segamat dah malam. Paling best balik ke rumah Mama Ida (my step mom) ialah makan. Mama Ida masak Rendang Ayam Maman, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang, Kuah Lodeh dan tahun ni extra special sebab kami buat BBQ ~ makan, makan dan makan sampai dah tak larat baru kita stop makan .. nak buat macamana .. Inikan raya.



Ini sahaja anak cucu Arwah Haji Ismail yang dapat pulang ke Segamat di Hari Raya tahun 2018 ini. Alhamdulillah .. rasa bersyukur sangat sebab walau Arwah Abah dah beberapa tahun meninggalkan kami semua, ukhuwah sesama kami masih utuh dan terjalin mesra. 

Things that happened in life has really taught me a lesson. Dalam hidup ini, paling penting adalah kita menjaga hati, sentiasa rasa rendah diri, sentiasa bersyukur. Allah SWT beri saya sebuah keluarga yang besar .. saya ada 2 orang mak, 2 orang ayah yang mendidik saya tentang betapa pentingnya kita menjaga silaturrahim dan kasih sayang sesama insan. Kami anggap Mama Ida macam mak sendiri .. sentiasa kasih, sentiasa sayang pada dia, sentiasa ada buah tangan dan duit raya untuk dia. Terima Kasih Allah kerana beri saya seorang lagi mak yang baik .. yang menyayangi saya dan melayani saya macam anak sendiri. Kami boleh tidur sebantal dan makan sepinggan (sebelum mama kahwin lagi dulu ..) Syukur Alhamdulillah dengan rezeki kasih sayang yang melimpah ruah. 


So how is your Hari Raya? Buat Misz-ella, raya kali ini lebih mendidik Misz-ella erti redha, erti sabar, lebih menguatkan jiwa dan minda. Alhamdulillah. Thank You Allah for all things that happened in my life. Thank You for showering me with Your love and clothed me with strength and dignity. Alhamdulillah.








Al-Kisahnya Puasa ~ Grill Chicken with Lemon Herbs Sauce, Gastrik & Choco Crispy Bar

Hello pembaca kesayangan,


 Grill Chicken with Lemon Herbs Sauce

Al-kisahnya puasa - Satu hari di bulan Ramadan 2018, Misz-ella tak keluar rumah untuk berbuka .. maka Grill Chicken with Lemon Herbs Sauce sahaja lah untuk hidangan berbuka puasa. Resepi ciptaan sendiri, masak sendiri, makan pulak seorang diri .. senang hidup aku ni. Ada masanya beramai-ramai, ada kala berseorangan ... beramai tak apa .. berseorangan pun tetap bahagia. Tak pernah complaint pun because for me, as long as we know how to appreciate and value every moment and be grateful with life, there is nothing to complaint about .. Hidup ini indah. Tiap detik, tiap saat amat berharga .. tiap kejadian ada pengajarannya. Hidup kita tak ada yang kurang sebenarnya kalau kita tau bagaimana untuk bersyukur. Bersyukur ada ahli keluarga yang sentiasa menyayangi dan memberi sokongan, bersyukur ada kawan-kawan yang baik buat penghibur hati, bersyukur ada anak seperti Aiman meskipun hanya seorang, bersyukur untuk itu .. bersyukur untuk ini .. ber macam lagi lah.


Sunset from my balcony

Bersyukur jugak masih bernafas untuk melihat kejadian Allah SWT yang sungguh indah ini ~ sunset from my balcony. Cantik, kan.



Dan bila malam tiba, pemandangan cantik ini lah peneman tidur di malam hari. Percaya tak kalau Misz-ella katakan yang saya tidur tanpa perlu ON kipas atau aircond tapi berselimut? Sebab rumah saya sejuk sangat. Orang kata rumah yang sejuk diberkati Allah SWT dan para malaikat. Tak tau lah betul atau tidak tapi sebenarnya sebab kawasan perumahan Misz-ella ini dikelilingi oleh 2 ekar landskap yang terjaga rapi .. maka tidur malam hanya perlu buka tingkap. Jangan risau sebab rumah saya tak da nyamuk. Maka tidur malam Misz-ella bertemankan bayu lembut dan bunyi alam. Best tau tidur bertemankan bunyi cengkerik .. tenang rasa hati.

Al-kisahnya jugak, satu hari di bulan Ramadan ni, Misz-ella diserang 'gastrik pain' ... gara-gara malam sebelumnya saya makan pada jam 9:30 malam sebab terlalu sibuk dengan kerja. Buka puasa dengan Cafe Latte je awalnya. Hummm .. bila dah sakit baru teringat .. oh ye .. semalam aku lambat makan *padan la muka, kan*



Dan akhirnya nak kongsi tentang Crispy Choco Bar yang sedap ni. Ya Allah tak sangka sambutan sangat memberangsangkan .. rasanya sungguh sedap sampai ada yang dah ulang order walaupun Raya baru nampak bayangnya sahaja .. Kak Jue beli satu bawak balik rumah terus bukak waktu berbuka .. akhirnya terus order lagi 1 bekas untuk Hari Raya, kawan Aiman pun. Qis order 4, Fieda pun order 4 .. my cousin si Hanim ni memang handal bab-bab mencipta resepi .. memang sedap Crispy Choco Bar ciptaan dia. You all nak cuba? Hanya RM30 sebekas untuk kuih raya berkualiti tinggi ini. Kalau nak, whatsapp Misz-ella di 012-6013773 ye. Whatsapp je tau .. 

Concorde Hotel Shah Alam celebrated a grand Ramadan breaking of fast with the orphanages

Hello readers,







In conjunction with the holy month of Ramadan, Concorde Hotel Shah Alam recently celebrated a grand Ramadan breaking of fast with the orphanages from Pusat Jagaan Nur Ekwan Ku and Rumah Sentuhan Budi at the hotel’s Grand Ballroom.




The event which was held for 15th consecutive year, started earlier with recital of 'Tahlil and Doa Selamat' lead by Ustaz Mohd Nizomudin. 

The children were also entertained by ‘Bobo the Clown’ with colourful shapes and sizes of balloons. 



Concorde Hotel Shah Alam also donate RM3,300.00 for each house. 



YAD Dato’ Jugra Kurnia Diraja Tan Sri Dato’ Seri Syed Yusof bin Tun Syed Nasir, the Chairman of Shah Alam Hotel Sdn Bhd  who were amongst the special guests quoted, “The practice of fasting presents social and spiritual purposes. Through hunger we are able to feel compassion for those who are in need, and focus on our relationship with the Almighty”.

He then, gave ‘duit raya’ and Goodies to the children. The children were smiling beamingly until the end of the evening.



Patrick Ng, the General Manager of Concorde Hotel Shah Alam said that “Fasting teaches us unselfishness, patience and gratitude. The meaning of this experience in humanitarian context is that to sympathize with the needy around the world, and responding to their needs. We hope that through this humble gesture, these children get to fulfil their wish to celebrate Raya in a joyous mood”. 

Other sponsors who helped in making the event a success are Concorde Hotel Kuala Lumpur, ISY Holdings Sdn Bhd,  Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners, Khairul Nizam Associates, Tiara Mass Shipping & Logistic, Tiara Mass Travel & Tours, Profresh Sdn Bhd and Alammi Spa.



Kekal dilindungi bersama Dettol ketika berhari raya

Hello pembaca kesayangan,



Setelah sebulan penat berpuasa, Hari Raya adalah hari yang amat dinanti-nantikan. Semua teruja nak bertemu sanak saudara serta orang tersayang, kan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini.



Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.

Well, Misz-ella sendiri peminat Dettol. Sabun Dettol beraroma Asli paling Misz-ella suka. Aroma cucian kamar mandi atau lantai menggunakan Dettol paling Misz-ella suka sekali. Tiba-tiba rasa bersih, selamat dan suci bila kita tau akan kewujudan Dettol di sesuatu tempat tu, kan.




Seperti biasa, pada musim perayaan, kebanyakan lebuh raya utama negara akan menjadi sesak dengan mereka-mereka yang ingin pulang ke kampung halaman. Dettol mengambil peluang ini untuk menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia.



Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. 

Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.


Menurut Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini telah bermula pada 1 Mei 2018 yang lalu dan akan berakhir pada 30 Jun 2018. Untuk maklumat lanjut berkenaaan Dettol Malaysia dan kempen tersebut, jangan lupa LIKE Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia 


Dutch Lady Malaysia edarkan 10,000 pek susu sempena Hari Susu Sedunia

Hello pembaca kesayangan,



1 Jun 2018 yang lalu adalah Hari Susu Sedunia. Bersempena dengan Hari Susu Sedunia, Dutch Lady Malaysia meraikan hari bermakna tersebut dengan menyediakan 10,000 pek susu untuk diedarkan kepada murid-murid sekolah. 





Majlis pelancaran Hari Susu Sedunia oleh pihak Dutch Lady Malaysia telah berlangsung pada 31hb Mei 2018 di Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar, Subang Jaya, Selangor. 



Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia di majlis tersebut berkata tahun 2018 ini merupakan tahun ke 55 Dutch Lady bertapak di negara ini. Sepanjang 55 tahun, Dutch Lady telah membekalkan nutrisi yang berkhasiat kepada beberapa generasi rakyat Malaysia dan Hari Susu Sedunia merupakan hari yang amat bermakna buat Dutch Lady Malaysia kerana ia merupakan pengiktirafan penting kepada sektor tenusu terhadap kemampanan, pembangunan ekonomi, kehidupan dan makanan. Lebih penting lagi kerana sambutan ini meraikan kepentingan susu sebagai sebahagian dari diet sihat dan seimbang.





Bagi memupuk amalan menjaga kesihatan dari kecil lagi, pihak Dutch Lady telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menerusi kempen 'Drink. Move. Be Strong (DMBS)' sejak dari tahun 2015 lagi dengan tujuan untuk menyebarkan kebaikan dan nutrien yang terdapat di dalam susu di kalangan para guru dan murid sekolah.



Bersempena dengan Hari Susu Sedunia dan bagi meneruskan usaha murni tersebut, trak-trak Dutch Lady berwarna biru ini akan mengedarkan 10,000 pek susu kepada murid-murid sekolah rendah. 



Pihak Dutch Lady turut berharap agar anak-anak kecil ini dapat meneruskan amalan meminum dua gelas susu sehari dan menjalankan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari bersama keluarga dan rakan-rakan. 



So adik-adik, nantikan kedatangan trak-trak biru ke sekolah masing-masing ye dan jangan lupa minum susu! Tengok ni .. makcik Ella pun teruja nampak trak biru tu tau!

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Hari Susu Sedunia Dutch Lady Malaysia, layari www.dutchlady.com.my

Asam Pedas 'Chicken Fillet' NisaBakri, Ayam Goreng Kunyit. Sawi Manis Goreng

Hello pembaca kesayangan,



Hari ni Misz-ella nak kongsikan Menu berbuka 16 Ramadan. Kita berbuka puasa di rumah sahaja dan rasanya inilah Menu berbuka paling simple Misz-ella pernah sediakan sebab biasanya Misz-ella kalau bulan puasa ni, makanan penuh semeja dengan kuih muih lah, buah lah tapi kali ini, simple sebab ada plan mau keluar jalan-jalan lepas makan.

Aiman request Ayam Goreng Kunyit .. kalau ayam goreng, hari-hari pun tak apa kata dia .. senang jaga anak Misz-ella yang seorang ni, tak cerewet.


Dan Misz-ella pulak mahukan Asam Pedas 'Chicken Fillet' ~ Ayam yang dah dipotong kecil-kecil tu, Misz-ella goreng dulu. Tumis bawang putih, bawang merah, halia yang dicampur belacan sampai naik bau, masukkan Serai yang dititik, lepas tu masukkan sahaja Pes Asam Pedas NisaBakri. Misz-ella campurkan kentang dan cherry tomato. Masa kuah mendidih tu, bau dia .. amboi punya lah sedap .. tak sabar nak berbuka. Misz-ella tambah secubit gula(sebab saya tak guna Ajinomoto), tak perlu tambah garam dan air asam jawa .. mudah betul memasak dengan Pes Asam Pedas NisaBakri ni. 10 minit, siap!



Ini kali ke dua Misz-ella masak Asam Pedas guna pes NisaBakri. Kali pertama haritu Misz-ella buat Asam Pedas Ikan Dory. Nak tau rasa dia? Ehemmm .. punya lah kembang rasa hati bila dia orang dok puji Asam Pedas sedap! Dah kenyang makan, baru Misz-ella cerita kat diaorang yang Mama guna Pes Asam Pedas NisaBakri. Sedap, kan. Sebijik rasa macam buat sendiri. Kalau ada daun kesum mesti lagi best. Misz-ella dah kehabisan stok Pes Asam Pedas NisaBakri ni .. harus diorder lagi. Buat pembaca blog Misz-ella yang nak cuba Pes Asam Pedas NisaBakri ni, boleh lah hubungi Jasmine di 012-3027094.