Pages - Menu

Kekal dilindungi bersama Dettol ketika berhari raya

Hello pembaca kesayangan,



Setelah sebulan penat berpuasa, Hari Raya adalah hari yang amat dinanti-nantikan. Semua teruja nak bertemu sanak saudara serta orang tersayang, kan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini.



Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.

Well, Misz-ella sendiri peminat Dettol. Sabun Dettol beraroma Asli paling Misz-ella suka. Aroma cucian kamar mandi atau lantai menggunakan Dettol paling Misz-ella suka sekali. Tiba-tiba rasa bersih, selamat dan suci bila kita tau akan kewujudan Dettol di sesuatu tempat tu, kan.




Seperti biasa, pada musim perayaan, kebanyakan lebuh raya utama negara akan menjadi sesak dengan mereka-mereka yang ingin pulang ke kampung halaman. Dettol mengambil peluang ini untuk menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia.



Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. 

Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.


Menurut Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini telah bermula pada 1 Mei 2018 yang lalu dan akan berakhir pada 30 Jun 2018. Untuk maklumat lanjut berkenaaan Dettol Malaysia dan kempen tersebut, jangan lupa LIKE Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia 


No comments:

Post a Comment