Hello pembaca kesayangan,
Orang kata .. Malang tak berbau. Jika kita tiba-tiba terlibat dalam situasi berbahaya atau kecelakaaan, apa yang akan kita lakukan? Peka kah kita dengan keadaan sekeliling dan bersedia?
Pendedahan tentang bagaimana mahu menangani situasi panik dan tidak terduga ini masih kurang di kalangan masyarakat kita walhal keselamatan adalah amat penting dan perkara paling utama yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan kita tidak kira di rumah mahupun di tempat kerja dan awam.
TV3 telah mengambil langkah dengan membawakan rancangan ALERT, yang bertujuan untuk memberi pendedahan, tip-tip keselamatan, langkah-langkah pencegahan dan cara bagaimana untuk merawat dan menyelamatkan diri jika jatuh sakit, terlibat dengan insiden berbahaya atau bencana alam.
ALERT yang akan bersiaran mulai 7 Julai ini dihoskan oleh Sarah Adiba Yusoff yang berpengalaman mengacarakan rancangan 999 sebelum ini.
Menerusi program ini, ALERT akan menunjukkan cara-cara yang boleh diaplikasi oleh orang awam untuk menyelamatkan diri jika berada dalam situasi cemas dan tidak terjangka dengan nasihat dan tunjuk ajar badan-badan beruniform di Malaysia seperti Bomba, Persatuan Sukarelawan Pencegahan Api dan Menyelamat (MVFRA) dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Selain itu, Sarah juga akan turut memberi penjelasan dan mencuba petua mahupun kaedah yang viral di laman sosial bagi membuktikan kebekersanannya dalam menyelamatkan diri.
Antara topik-topik menarik yang akan dikongsikan dengan para penonton dalam ALERT ialah kebakaran (cara-cara , kemalangan jalan raya, keselamatan dalam penerbangan, kejutan elektrik, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, banjir, lemas, suntikan vaksin, kes ragut, gempa bumi, tsunami, penculikan kanak-kanak, penipuan, serangan haiwan berbahaya, kes penipuan dan penggunaan ubat-ubatan.
Jadi pembaca-pembaca semua, mari kita mempersiapkan diri dengan teknik asas menyelamatkan diri, menghadapi bencana dan bahaya!
Jangan lupa tonton ALERT, pada setiap hari Sabtu, jam 6.30 petang di TV3, bermula dari 7 Julai ini.
No comments:
Post a Comment