Pages - Menu

Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant - Wonders in the nature

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang tempat makan menarik Ala-ala Taman di dalam hutan yang lokasinya tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur iaitu Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant.




Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant adalah cafe dan restoran terbaru di bawah rangkaian Tanah Aina Cafe yang dimiliki oleh sahabat Misz-ella, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. 

Terletak di Lot 6073, KM 54.3 Lebuhraya Karak-Lentang, 28700, Bentong Pahang, tak jauh dari rumah Misz-ella di North Kiara Hills, 48km sahaja. 

Misz-ella pilih Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant sebagai tempat Get-together fitness buddies yang dah lama Misz-ella tak jumpa. Lama sungguh tak jumpa dia orang.  We are friends, true friends. True friends are never apart, maybe in distance but never in heart. Yes I am always busy but I keep them closely in my heart. I love them!

Mengekalkan tema alam semulajadi, kami disambut dengan keindahan dedaun hijau di sepanjang pintu masuk ke cafe dan dihiburkan dengan bunyi air sungai yang mengalir di kiri kanan cafe ini.









Masuk sahaja ke ruang makan, kami terpaku dengan keindahan susunatur serta hiasan dalaman cafe ini. Setiap sudut dihias dengan rapi dan teliti. Ada sudut untuk berdua, berempat dan juga untuk kumpulan yang lebih besar.


Ada juga ruang terbuka berkonsepkan dalam taman untuk mereka yang mahu menikmati hidangan sambil bersantai bersama kesayangan.

Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant dibina bertingkat-tingkat kerana keadaan mukabumi nya yang berbukit. Kami naik ke tingkat atas, melalui tangga berbumbung yang sangat cantik ini ..

Di sini, ada ruang makan yang selesa dan boleh memuatkan lebih kurang 30 orang dalam satu masa. Cantik ruang makan ni, diberi sentuhan mewah lengkap dengan langsir organza berserta lace, lampu chandelier, perabot-perabot yang cantik diserikan pula dengan pokok-pokok semulajadi yang terdapat di sekitar ruang ini.

Kami pilih untuk menjamu selera di meja besar yang boleh memuatkan 10 orang. Tenang jiwa berada di sini. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, sambil tunggu makanan sampai sambil menghayati kehijauan alam semulajadi di sini. Cantik! Sampai bumbung bangunan berwarna hijau pun buat Kak Yun tergoda .. kalau boleh nak duduk guling-guling kat atas tu sambil posing ala-ala Hindustan, kata Kak Yun *hehe*

Bila makanan sampai dan terhidang .. kami pun teruja! Tutup sudah topik posing ala-ala Hindustan tu .. masing-masing fokus pada makanan

Dengan lafaz Bismillah .. kami makan. Sambil makan, sambil jadi pengkritik makanan. Almaklum lah, masing-masing lapar dan teruja dengan hidangan yang nampak sedap depan mata. Alhamdulillah .. not only the food looks good but it tasted great too! semuanya sedap. Tak ada satu lauk pun yang tak menepati selera kami. Maka kami pun makan sehingga licin, walhal dalam waktu yang sama semua dah berbunyi Kenyangnya!

OK Jom Misz-ella ceritakan dengan lebih detail tentang makanan yang kami order. You all scroll entry ni sampai habis ye. Excited nak cerita ni! 

Sirap Selasih istimewa Tanah Aina ~ RM30/jug

Servis sangat cepat. Tak lama pun kami menunggu. Misz-ella pilih Sirap selasih Tanah Aina ~ Sirap selasih yang dibancuh bersama Ice cream soda dan diperah lemon. Rasanya masam-masam manis .. So refreshing!! 


Ikan Talapia 3 Rasa (L) ~ RM66 
Pada mulanya Misz-ella agak ragu-ragu nak setuju dengan menu ni sebab kebanyakan restoran tak pandai masak 3 Rasa. Selalunya bila kita order Ikan 3 Rasa mesti hampa kerana yang datang rasanya lebih kurang macam Sweet Sour tapi yang ini berbeza .. memang sedap! Tak da rasa sos langsung, memang terasa 3 rasanya iaitu sedikit manis, sedikit masam dan sedikit pedas! Sampai hari ini teringat-ingat akan kesedapannya.



Butter Prawn (L) ~  RM90
Disebabkan kami 9 orang semuanya, maka semua hidangan kami order bersaiz besar. Udang bersaiz XL disalut butter .. lengkap dengan hirisan daun kari. Udangnya segar dan garing. Rasa manis udang dan lemak butter terasa .. pilihan paling tepat buat semua, baik dewasa mahupun kanak-kanak.


Salted Egg Squid (L) ~ RM80
Yang ni pun sedap. Walaupun digoreng garing, sotong bersalut telur masin ini tetap kekal segar dan tidak liat .. lemak telur masin secukup rasa. Portion di sini memang besar .. satu pinggan bersaiz L ni cukup untuk kami seramai 9 orang ini. Puas makan!


Pineapple Chicken (L) ~ RM65
Misz-ella tak pernah makan lauk ni. Bila sampai, teruja sebab presentation dia cantik! Hirisan ayam yang dipotong dadu dan digoreng garing. Dicurah jus nenas dan dilengkapkan dengan Mayonis dan dihidang di dalam nenas. Sangat sedap hingga jadi perbualan tengahari tu  .. Macamana agaknya Chef masak lauk ni ye?


Tomyam Seafood (L) ~ RM65
Rasanya dalam banyak-banyak Tomyam yang Misz-ella pernah cuba, ini adalah Tomyam yang paling sedap. Berbanding dengan Tomyam di restoran lain, bahan-bahan di dalam Tomyam Tanah Aina Fareena lebih ringkas tapi kaya dengan rasa. Biasanya kalau kita makan Tomyam, kita akan sibuk dengan aktiviti menguis hirisan serai, menguis daun limau purut, lengkuas, menguis cili padi atau bawang. Tolak tepi semua last-last wasted terbuang sebab tak makan. Tomyam Seafood Tanah Aina Fareena istimewa hampir semuanya boleh dimakan. Ada udang, sotong dan lala segar. Kepekatan kuah Tomyam cukup sempurna ~ tidak cair dan tak terlalu pekat. Rasa masam, manis dan pedas Tomyam seimbang. Memang best!


Telur Dadar (L) ~ RM25
Misz-ella panggil ni Telur Dadar gebu sebab saiznya yang besar dan memang gebu, cukup untuk kami yang seramai 9 orang ni.

Kak Yun memang suka nature .. kaki hiking dia ni.

Raja Adella

Lepas makan, kami mulakan aktiviti explore persekitaran Tanah Aina Fareena. Ada pokok besar ~ Masing-masing nak posing dengan pokok, glamour terus pokok tu. Ummmm .. dah macam Bomoh Pokok dalam filem Avatar sorang-sorang *hehe*


Ada sungai kecil yang airnya sangat jernih dan bersih

Tempat cantik, suasana menarik, mood pun tengah best .. maka kami pun posing

Azie dan anaknya Amanda 

Kami posing lagi ..


Farhana yang sentiasa wow dengan penampilannya. Masa ni dah ada tanda-tanda hujan nak turun. 


Ditiup angin .. Cantik, kan!


Tiba-tiba hujan turun, kami pun berlari manja ke Gazebo berdekatan. Cantik gazebo ni, hajat hati nak duduk minum kopi di sini sayangnya kerusi basah kerana hujan.


Misz-ella, Della, Balqis dan Farhana sempat lagi bergambar walau hujan dah turun. Korang memang .. kalau tak cukup 5 juta keping gambar tak sah, kan *hehehe*


Hot Latte ~ RM11

All in .. all in .. we had a blast during our Get-together held at Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant. Kami akhiri dengan minum petang secawan Latte yang didatangkan dalam set cawan yang sangat unik, cantik berserta dengan homemade cookies by Tanah Aina Cafe. Sedap Latte disini, sedikit pahit dan cukup lemak susunya. Homemade cookies tu menjadi favourite kami semua sampaikan Balqis nak beli bawak balik untuk anak-anak dia tapi sayangnya tidak dijual di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant ni. Kita beli lain kali ye Balqis. Selepas itu, masing-masing pulang dengan kenangan manis dan berjanji akan datang lagi. Memang best lah tempat ni!





Misz-ella berpeluang untuk menikmati suasana malam di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant. Pada waktu malam, suasana di sini berubah, ibarat magical garden yang dihiasi dengan lampu-lampu cantik dan diserikan dengan bunyi alam semulajadi ~ Air sungai, serangga malam, dingin bayu malam .. sungguh mengasyikkan!



Selain dari cafe & restaurant, terdapat juga Pakej hiking ke air terjun Tanah Aina Fareena yang diuruskan oleh pihak pengurusan.


Bermula dari serendah RM100, peserta hiking akan dibawa melihat keindahan alam semulajadi Tanah Aina Fareena untuk menuju ke kawasan perkelahan (air terjun).



Puan Sri Shariffa Sabrina, pemilik Tanah Aina Fareena

Cantik, kan air terjun tu. Kawan-kawan Misz-ella ramai yang dah sampai, Misz-ella belum berkesempatan lagi tapi sangat excited nak tengok air terjun yang cantik ni.



Pakej hiking ke air terjun Tanah Aina Fareena adalah termasuk dengan sarapan pagi, coffee at the waterfall dan makan tengahari di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant. Lengkap semuanya. Best, kan!


Berbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan di Tanah Aina Fareena. Lokasi sangat strategik, tidak terlalu jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sebaik melepasi Hentian Rehat Lentang (arah ke Timur), kita akan nampak perhentian bas di sebelah kiri jalan. Terus sikit ke hadapan, beri signal di KM54.2 dan masuk ke jalan kecil yang bakal membawa pengunjung ke kawasan parkir yang luas dan selesa.

Pengunjung perlu berjalan kaki melalui jambatan ini untuk sampai ke Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant.



Kiri kanan ada sungai kecil. Pemandangan sangat cantik, nak pulak pada waktu malam.


Selain dari parkir yang luas dan selesa, kemudahan tandas serta tempat solat turut disediakan.

So pembaca-pembaca semua, buat mereka yang sering menggunakan laluan Lebuhraya Karak ini untuk ke Pantai Timur, sekarang sudah ada pilihan untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam kerana Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Makanan sedap, suasana pun best!

Kaki hiking dan pencinta alam semulajadi, lets explore the beautiful waterfall at Tanah Aina Fareena.

Kepada mereka yang ingin mengadakan majlis peribadi ataupun mesyuarat, terdapat Bilik khas yang boleh menempatkan seramai 70 orang. Private garden hi-tea or garden party also can be arrange.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut, hubungi Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di (09) 233 9110 atau hubungi :-

Ms Sheila ~ (011) 2628 8779
Ms Juliet ~ (016) 609 0949
Hannah ~ (016) 215 9252
Azleen ~ (016) 216 9252

Cafe & restaurants, waterfall, river, magical garden and the beautiful nature ~ Tanah Aina Fareena is definitely  a place to be at, a wonders in the nature. 






8 comments:

  1. Bestnya tempat ini. Lagi best kalau ada chalet sekali. Otw balik lipis mesti nk singgahlah ella😍

    ReplyDelete
  2. Salam, bestnya, boleh terasa aura kedamaiannya dan ketenangannya, picture pun cantik, ada chalet tak sekitar situ? Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. @Ida

    Walaikumsalam Ida. Kat sini tak da chalet, cuma ada gazebo-gazebo kecil tempat bersantai, sungai kecil dan tempat makan sahaja.

    ReplyDelete
  4. @Ati, memang best tempat ni. Lepas ni kalau nak balik Lipis dah ada tempat untuk makan dan lepak, kan

    ReplyDelete
  5. Cafe tu sebelah mana? Nmpak mcm ada di kedua2 jln... Mghala ke kL ke yg mghala ke Kuantan?

    ReplyDelete
  6. Memang nampak menarik...in sya allah sampai

    ReplyDelete
  7. tempat yg cantik dan menarik ditambah dgn aliran air sungai menambahkan lagi aura tpt ni..makanan apa yg nampak memang sedap tapi sedikit mahal mungkin sesuai dgn tptnya yg agak ekslusif..apa2 pun insyaAllah saya akan try utk kesana..

    ReplyDelete
  8. dulu ingat tempat ni untuk vvip je.
    rupanya dah dibuka pada orang awam.
    terima kasih share.
    memang mencari maklumat tempat ni.
    tiap kali balik ke temerloh atau nak ke Pekan anta anak serama, memang lalu je.
    singgahnya tak pernah

    ReplyDelete