Sesetengah perkara tak terluah dengan kata-kata.
Sesetengah luka, tak terawat sakitnya.
Kalau lah. Kalau lah kotak memori ada butang delete atau backspace, dah lama aku padam segala yang pahit dan sakit.
Sayangnya kotak memori tak ada butang delete atau backspace. Allah tak bagi. Kerana Dia mahu kita ingat segala kepahitan dan keperitan agar kita belajar dari kesilapan semalam dan perbaiki di masa yang akan datang.
Bertabah lah wahai hati. Terus lah melangkah gagah walau kau luka parah. Bertenanglah wahai jiwa. Kerana setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment