Pages - Menu

Afgan Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella bawakan kisah dari industri muzik. Baru-baru ini penyanyi terkenal Indonesia, Afgan telah mengadakan konsert di Kuala Lumpur, bersempena dengan sedekad penglibatan beliau di dalam industri muzik.



Malaysia menjadi lokasi pertama Afgan meraikan ulang tahun ke-10 dalam industri bersama peminat menerusi Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018. Jeritan lebih 2,000 orang penonton di Plenary Hall, KL Convention Centre menjadi bukti keunggulan salah seorang penyanyi dan penulis lirik terkemuka Indonesia ini.



Konsert Afgan kali ini berbeza dari semua konsert yang pernah diadakan di Malaysia sebelum ini. "Konsert ini begitu peribadi bagi saya kerana ia adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada semua peminat yang setia menyokong selama ini. Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier saya di dalam industri dan berkongsi perasaan dan pengalaman selama 10 tahun bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini” kata Afgan.



Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 berlangsung selama hampir 3 jam dan dimulakan dengan lagu Jalan Terus yang memperlihatkan kemampuan vokal Afgan yang tersendiri. Kelainan susunan muzik yang lebih segar serta persembahan vokal yang memukau berjaya membuai peminat ke dalam suasana begitu intim dan romantis dan menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE.

Gaya persembahan Afgan secara bercerita membuatkan penonton terhibur kerana kisah-kisah yang beliau kongsikan sangat sinonim dengan hidup masyakat hari ini. Diiringi oleh kumpulan The Gandarianz, penonton turut menyanyi bersama lagu-lagu hits beliau seperti  Pesan Cinta, Love Again, Kunci Hati, Jodoh Pasti Bertemu, Sudah dan lain-lain lagi.



Afgan turut berduet bersama kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia, Ruffedge menerusi lagu I’ll Make Love to You. Gandingan Afgan dan Ruffedge cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan magis tersebut. Di samping penampilan yang cukup segar, kumpulan yang telah ditubuhkan lebih 20 tahun lalu turut mempersembahkan lagu Bila Rindu.



Persembahan Afgan diakhiri dengan lagu Terima Kasih Cinta yang turut dinyanyikan bersama oleh peminat-peminat beliau. Sebaik konsert berakhir, seramai 100 orang pembeli tiket VVIP dibawa ke sesi Meet & Greet bersama Afgan.


Afgan bersama Tenku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor yang turut mencemar duli menonton Konsert ini.


Konsert ini turut menyaksikan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat ke konsert ini dan para selebriti yang turut hadir adalah seperti Fazura, Laudya Cynthia Bella, Zahirah Macwilson, Putri Aisyah, Sasqia, Elvina, Sasha Saidin, Maria Tunku Sabri, Nazim Othman, Amin Hayat Lia Natalia, Ruhainies, Zoey, Aprena Manrose, Aishah Azman, Afifah Nasir dan ramai lagi. Konsert DEKADE Live In Kuala Lumpur 2018 ini turut mendapat sokongan Maybank, Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Redbox, E&O Residencesdan Hamza Motors.


Misz-ella.blogspot.com nak ucapkan Tahniah kepada Nizra Production Sdn Bhd diatas kejayaan Konsert DEKADE Afghan ini. Afgan yang disayangi oleh peminat-peminatnya, kemunculan Afgan di Malaysia memang sangat dinanti-nantikan termasuklah oleh Misz-ella sendiri. Terima Kasih kerana menjemput Misz-ella.blogspot.com ye. Memang best Konsert Afgan DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 ini. Kami terhibur!


No comments:

Post a Comment