Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan terakhir di untuk tahun 2018, kan. Bila sebut bulan Disember, terus perayaan Krismas terlintas di fikiran kita.
Maka terbayanglah perayaan Krismas yang meriah. Gedung-gedung membeli belah dihias cantik dengan pokok krimas yang diterangi cahaya lampu berwarna warni selain jualan hujung tahun menanti kita semua!
Poh Kong, syarikat pengeluar barang kemas terulung di Malaysia tak ketinggalan meraikan perayaan Krismas dengan koleksi Krismas 2018 yang diberi sentuhan Emas 22k yang pasti memukau dan menepati citarasa semua.
Antara koleksi yang dipersembahkan oleh Poh Kong adalah koleksi D'first, koleksi Disney's Frozen, koleksi Miss Petite, Gelang Tranz dan Anggun serta koleksi cincin emas putih lelaki.
Koleksi D’first
– Koleksi ini lengkap dengan loket, cincin dan
subang yang dbuat dari emas putih. Disempurnakan dengan berlian yang memukau,
ia menyerlahkan sinar dalam kesederhanaan. Sememangnya sesuai buat mana-mana
wanita yang anggun.
Menampilkan berlian dan mutiara, loket emas ros bundar ini
menyerlahkan keindahan corak berbunga yang tiada duanya. Terperinci dan direka
untuk memantulkan cahaya, ia sememangnya pilihan sempurna buat wanita istimewa di dalam hidup anda.
Rekaan unggul yang
menyerlahkan pertukangan serba rumit, rantai emas ros yang bertatahkan berlian
bercorak bebunga ini sememangmya menyerlahkan sifat keibuan – sempurna buat ibu tersayang.
Tidak lengkap rasanya Krismas ini kalau koleksi Disney’s Frozen tidak diperkatakan. Kisah dongeng yang memaparkan inspirasi, kebaikan, kasih sayang antara adik dan kakak, disulam dengan keberanian – sememangnya hadir dengan dorongan untuk menjadi lebih berani dan cekal dalam menggapai cita.
Dapatkan koleksi Disney's Frozen yang menggandingkan Ratu Salji Elsa dengan adiknya yang serba berani – Anna, di dalam loket emas 22K berbentuk oval untuk dihadiahkan buat anak kesayangan di Krismas ini.
Turut memeriahkan Hari Krismas ini ialah koleksi Miss Petite yang menceriakan, sambil menggamit kenangan zaman kanak-kanak.
Tak ketinggalan juga adalah koleksi cincin emas putih buat dihadiahkan kepada lelaki kesayangan anda di hari Krismas ini.
Kelainanan yang
ditampilkan oleh gelang Tranz Charms pasti
akan mengundang bualan – terutamanya dengan kehadiran labah-labah hitam yang
menghiasinya. Biarpun kelihatan agak sedikit pelik tetapi tetap meriangkan hati sahabat rapat anda di hari Krismas ini.
Anggun Charms pula adalah rantai tangan berunsurkan flora, diperbuat dari dari emas kuning 22K yang akan memancarkan glamour dan stail si pemakainya. Apa kata hadiahkan nya untuk wanita istimewa dalam hidup anda?
So pembaca-pembaca kesayangan Misz-ella, sekiranya sedang mencari hadiah untuk tersayang di Hari Krismas ini, jangan tunggu lagi .. kunjungi mana-mana cawangan Poh Kong hari ini dan dapatkan KOLEKSI KRISMAS POH KONG
2018.
No comments:
Post a Comment