Pages - Menu

Makan sebiji BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg sehari untuk jantung yang lebih sihat

Hello pembaca kesayangan,

Siapa suka makan ikan? Me! Yes! Misz-ella memang suka makan ikan. Dibandingkan dengan ayam dan daging, ikan sentiasa menjadi pilihan utama Misz-ella. 


Imej dari google

Ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang merupakan penyebab utama kematian di Malaysia. Persatuan Jantung Amerika mencadangkan agar kita memakan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Persoalannya, berapa kerap kah kita dapat mengamalkannya? 

Asid lemak Omega-3 adalah lemak sihat yang mengandungi asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). Walaubagimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan lemak Omega-3 yang sangat diperlukan oleh kita ini.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah penting dalam menjaga kesihatan kita. Sedari awal 20an lagi, Misz-ella memang amalkan gaya hidup sihat. 

 Saya suka bersenam di Gym

Saya juga suka menari

Saya juga suka menjaga pemakanan

Selain dari bersenam dan menjaga pemakanan, ada banyak lagi faktor yang menyumbang kepada tahap kesihatan kita. Walaubagaimanapun, kita masih memerlukan 'makanan tambahan'.



BiO-Life adalah diantara jenama makanan tambahan bernutrisi yang terkemuka di Malaysia dengan pengalaman selama 28 tahun dalam industri penjagaan kesihatan dan baru-baru ini telah memperkenalkan MaxX Fish Oil untuk membantu rakyat Malaysia menjaga kesihatan mereka dengan lebih mudah.

BiO-LiFE MaxX Fish Oil mengandungi 65% asid lemak Omega-3 (330mg EPA, 220mg DHA dan 100mg asid lemak bebas) dalam setiap kapsul. Bahan-bahan yang penting untuk kesihatan jantung kita ini diekstrak daripada ikan kecil dari laut dalam, yang mempunyai konsentrasi pencemaran yang lebih rendah disebabkan kedudukannya pada bahagian bawah rantaian makanan. Bukan itu sahaja, kekotoran juga telah dihapuskan dengan proses penyulingan molekul, yang menghasilkan minyak ikan tulen yang kurang bau dan rasa hanyir.


Misz-ella sendiri sudah mula mengamalkan pengambilan BiO-LiFE MaxX Fish Oil ini. Hanya satu kapsul  BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg sehari dan boleh diambil dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Mudah, kan.

So pembaca-pembaca kesayangan Misz-ella, mari kita jaga kesihatan jantung dengan mengambil sebiji kapsul BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg sehari disamping bersenam untuk lebih sihat. Bila kita sihat kita boleh beri lebih tumpuan dan beri yang terbaik untuk kesayangan kita, kan.

Mari kita dapatkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg sekarang di farmasi-farmasi di seluruh negara! PEK NILAI BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg boleh didapati pada harga RM159, dalam pek 3 botol, 100 kapsul dalam setiap botol. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://Biolife.2.vu/Maxx

No comments:

Post a Comment