Hello pembaca kesayangan,
Misz-ella buka entry ini dengan gambar Air Terjun Fareena yang cantik. Bukan sahaja cantik malah airnya jernih, sejuk dan bersih. Misz-ella berpeluang ber hiking ke Air terjun Fareena semasa cuti Deepavali yang lalu. Kita ber Deepavali kat waterfall you all .. best tau! Jom baca entry ni sampai ke titik akhir ye.
Sehari sebelum hari hiking, setiap peserta diberi Itinerary melalui Whatsapp. Well, untuk setiap aktiviti berkumpulan, adalah penting untuk semua menepati masa dan mengikut itinerary yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Sebaik sahaja sampai, peserta hiking dijamu dengan light breakfast terlebih dahulu *Nak hike kena lah ada tenaga, kan*
Lepas tu rehat sekejap dan kita mulakan aktiviti hiking dengan sessi memanaskan badan atau warm up. Ini penting ye pembaca sekalian, supaya otot-otot badan tidak terkejut dan berlaku masalah cramp semasa hiking nanti.
Selepas itu, aktiviti hiking pun bermula. Well, habis satu badan Misz-ella dah sapu balm serai wangi sebab takutkan pacat. Walaupun sudah diberitahu lebih awal bahawa pacat di hutan Fareena ini tidaklah sebanyak pacat di Gunung Hijau Bukit Larut *kami buang pacat setiap 10 langkah .. hewwwww penat berperang dengan pacat tau* tapi Misz-ella tetap ambil langkah berjaga-jaga. Oh ye .. kalau dah lupa kisah kami berperang dengan pacat di Bukit Larut, baca entry INI ye.
Perjalanan dimulakan dengan naik tangga dan turun tangga. Tidak lah setinggi tangga Batu Caves yang beratus-ratus anak tangga tu tapi agak mencabar lah jugak. Seperti biasa, Misz-ella tiada masalah untuk naik ke tempat tinggi tapi selalu gayat waktu turun *i tak pandang bawah, seriau!*
Selepas turun tangga, kami sampai ke tempat ni. Cantiknya! segala-galanya hijau, ada wakaf tempat rehat, udara segar dan ada sungai. Kami kena seberang anak sungai ini untuk memasuki hutan.
Dan selepas itu, eksplorasi hutan kami pun bermula. Seronok trip kali ini sebab peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur - ada yang belasan tahun, tujuh tahun malah yang setahun lebih pun ada. Aktiviti hiking di hutan Tanah Aina Fareena sesuai untuk semua ~ hiking ala-ala kindergarden gitu .. light-light, manja-manja tapi tetap menepati gaya hidup lasak sambil menikmati keindahan alam semulajadi hutan dara di sini.
Berhenti sekejap meninjau keindahan alam. Mari Misz-ella nak kongsi tips yang sempat Misz-ella pelajari dari Puan Sri Sharrifa Sabrina, pemilik Tanah Aina Fareena yang juga President Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia - Kalau kita tengok hutan yang dari jauh pokoknya kelihatan bulat-bulat seperti cendawan, itu tandanya ia adalah hutan dara. Kalau hutan tu pokok nya renik-renik dan tidak sekata, itu makna nya kita berada di dalam hutan ke dua *hutan yang asal telah dibalak*
OK Jom kita sambung lagi perjalanan menuju ke Air Terjun Fareena. Seronok hike dengan budak-budak muda ni tau .. diaorang 'gila-gila' .. tak rasa stress atau penat pun.
Sambil hike, sambil borak, sambil gelak, sambil posing lepas tu sambung hike lagi.
Dan akhirnya, setelah hampir sejam perjalanan, sampai lah kami ke Air Terjun Fareena. Yeayyy .. melonjak suka hati budak-budak dan mak budak macam I ni. Tempat cantik dan mood pun tengah baik. Masing-masing keluarkan telefon dan mula posing sana sini.
Echewah .. terserlah kegembiraan sorang-sorang, kan
Jom adik. Kita ambik gambar.
Sementara adik kecil ini tak lepaskan peluang untuk mandi air terjun yang best ni. Siap buat slide lagi .. enjoy!
Posing lagi
Selain dari 26 peserta hiking, dan Puan Sri Shariffa Sabrina, 5 orang guides turut ada untuk memastikan keselamatan dan keselesaan peserta terjaga.
Teringat perbualan Misz-ella dengan salah seorang guides tentang kehidupan dia sebagai salah seorang pekerja di Tanah Aina Fareena~ Tiap-tiap hari saya masuk dalam hutan.
Kenapa awak masuk hutan tiap-tiap hari? Ada apa dalam hutan ni?
Puan sayang hutan Kak. Dia suruh kami masuk dan jaga hutan tiap-tiap hari. Tengok-tengok kalau ada tanah runtuh ke, buang sampah .. Puan sangat prihatin dengan hutan kak. Ohh .. ok dah faham *hehe*
Abang ni tak nak mandi. Dia nak look see .. look see je. Cantik kan hijau-hijau kat belakang tu ..
Posing lagi bersama Puan Sri Shariffa Sabrina dan Zarina. Ya Allah cantiknya pokok-pokok yang menjadi canopy kami sepanjang di dalam hutan ini. Bila kita bersama alam, kita akan lebih mensyukuri pemberian Allah kepada kita. Dicipta batu-batu besar ini buat tempat kita duduk melepas lelah. Dicipta air terjun yang bersih dan jernih untuk segarkan badan yang lesu. Allah beri kita pokok-pokok hijau yang menjadi payung hidup kita ~ daun-daunnya menapis udara agar udara yang bersih sahaja memasuki paru-paru kita, akar-akar pokok menyokong bumi agar ia kukuh dan selamat untuk kita diami,malah ubat-ubatan pesakit kritikal di hospital juga berasal dari hutan. Ingat kacip fatimah dan tongkat ali? Dan pernahkah dengar tentang pokok gaharu atau agarwood yang berupaya menghasilkan minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik? Semuanya pokok-pokok istimewa ini hanya boleh tumbuh di hutan.
Lebih kurang 20-30 minit selepas tu, kami pun teruskan perjalanan ke Air Terjun Fareena yang ke dua. Kena turun bukit kecil ni tapi jangan risau kerana ada tali dan guides membantu peserta hiking.
Jeng .. jeng .. jeng .. cantik lah Air Terjun ni atau juga dikenali dengan nama Big Shower .. OMG .. Excited! berebut-rebut dia orang nak berterapi di bawah air terjun tu.
Wahh .. posing!
Mandi air terjun yang sangat sejuk, segar dan best!
Ehh .. tak boleh jadi .... Misz-ella pun nak jugak ..
OK I'm In! Well .. bila lagi nak merasa mandi air terjun bersih, sejuk, suci tanpa klorin yang tiada di Condo Misz-ella di North Kiara tu, kan. Rugi la tak mandi kat sini. Maka kami pun kuyup bersama ..!
Satu family you alls .. hebat, kan!
Kakak ni pulak posing dengan anak dia. Rugi lah tak rakam kan kenangan ber riadah di dalam hutan bersama kesayangan ~ peluang yang tak sentiasa ada buat warga kota seperti kita, kan.
Sambil tu, kami dijamu dengan Kopi dan Teh panas berserta dengan biskut buat alas perut. Almaklumlah .. tenaga dah habis digunakan masa turun naik bukit tadi.
Best sangat air terjun ni sampai 2, 3 round Misz-ella ke air terjun ni *haha .. balik-balik kau (gila kuasa)* sampai lah guide cakap Mem .. kita kena balik hujan nak turun.
Dah sampai ke base camp, masing-masing mandi dan bersiap cantik-cantik, lawa-lawa, handsome-handsome ...
Dan kami makan tengahari bersama-sama. Penuh meja buffet macam-macam ada. Perut lapar, badan pun dah segar .. dengan lafaz Bismillah .. kami makan, menggantikan semula calories burnt masa hiking tadi *LOL*
Buat mereka yang sedang mencari aktiviti yang bersesuaian untuk dilakukan bersama keluarga di musim cuti sekolah ini, Hiking ke Air Terjun Fareena sesuai untuk anda semua. Pakej hiking ke Air Terjun Fareena hanya RM100 sahaja seorang termasuklah sarapan pagi, guides, coffee/tea at the Big Shower dan Buffet lunch di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant.
Trip hiking seterusnya ke Air Terjun Fareena adalah pada 16/12/2018. Trip ni tak lama, bermula dari jam 9 pagi (ketibaan peserta dan sarapan) hinggalah ke jam 2 petang. Ada sapa-sapa nak join Misz-ella tak? Misz-ella dah rindu pada Air Terjun Fareena dan mahu ke sana lagi. Kalau ada yang nak melihat sendiri keindahan Air Terjun Fareena, Whatsapp no. 016-622 3138 ni ye. Jom kita beriadah bersama-sama. Mana nak cari di Kuala Lumpur ni, kan.
No comments:
Post a Comment