Pages - Menu

Top 5 Drama Melayu TV3 di tahun 2018 - Jangan Benci Cintaku di tangga pertama


Hello pembaca kesayangan, peminat drama-drama Melayu, khususnya,


Masih ingat lagi akan drama bersiri Jangan Benci Cintaku lakonan Saharul Ridzwan, Zahiran Macwilson dan Niena Baharun yang menjadi viral beberapa bulan lalu?

Amboi .. bukan main lagi you all memaki hamun si Husna di laman FB masing-masing, ye? Sakit hati, geram dengan sikap Husna yang mengacau rumahtangga Fiqa dan Shah. Geram jugak dengan si Shah, seorang suami yang lembik, tidak tegas dan Nek Pah yang tidak rasional serta sentiasa over.

Drama Jangan Benci Cintaku tersenarai pada kedudukan pertama di dalam Carta 5 drama terbaik dengan 12 juta tontonan! Jom kita lihat drama-drama lain yang turut senarai dalam Carta 5 drama terbaik di TV3 sepanjang tahun 2018.



AKASIA: JANGAN BENCI CINTAKU – 12 juta (rating terkumpul), 4.5 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 5 juta (tontonan di tonton dan Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 29 Jun – 7 Ogos 2018

SINOPSIS:
Perkahwinan Fiqa dan Shah diaturkan oleh keluarga mereka ketika usia Fiqa masih muda. Dia tidak bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dan menganggap perkahwinan tersebut adalah satu beban. Fiqa melanjutkan pelajaran ke Sunderland, Australia tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya.

Lima tahun kemudian, Fiqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sayangnya, Shah sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Fiqa berjanji pada diri akan memenangi hati suaminya semula.

Macam-macam konflik tercetus gara-gara Cinta 3 Segi mereka bertiga, kan sehingga kita yang menonton pun turut terguris dan terganggu perasaan.

Misz-ella pun dapat tonton drama ni sekali sekala. Sampai bila lagu nyanyian Misha Omar yang menjadi lagu tema drama ini is my favourite, ok *walaupun i tak berapa hafal .. hehe*

Pelakon: Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Daler Yusof & Amelia Henderson



SAMARINDA: ANDAINYA TAKDIR 2 – 12 juta (rating terkumpul), 3.5 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 1 juta (tontonan di tonton dan Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 13 Jun – 2 Ogos 2018

SINOPSIS:  
Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai.

Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya. Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri.

Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dar Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.


Pelakon: Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Syazuwan Hassan DFKL, Shiela Mambo & Idris Mat Diah





ZEHRA: TERATAI KEMBOJA – 12 juta (rating terkumpul), 3.9 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 100k (tontonan di tonton & Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 13 April – 8 Jun 2018

SINOPSIS:
Fikri seorang usahawan, tetapi merasa hidupnya kosong tanpa anak kerana isterinya, Hanani enggan hamil. Satu hari Fikri diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar, Taufiq seorang guru agama yang berasal dari Kemboja.

Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya. Taufiq menceritakan tujuannya datang ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan pihak NGO yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya.

Dalam masa yang sama, Taufiq juga mencari seseorang. Fikri tertarik dengan cerita Taufiq dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja. Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah yang juga anak kepada Taufik. Namun, statusnya yang sudah berkahwin menghalang niatnya. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah. Fikri bingung tetapi Fikri akhirnya bersetuju kerana dia mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat.

Pelakon: Fasha Sandha, Dato’ Adi Putra, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, Noralbaniah & Ikhlas Jalil





SAMARINDA: NUR - 11 juta (rating terkumpul), 3.5 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 500k (tontonan di tonton dan Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 14 Mei – 13 Jun 2018

SINOPSIS:
Mengisahkan Ustaz Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam menjadi harapan untuk meneruskan legasi dakwah keluarganya. Sebaik sahaja dia tamat pengajiaan di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Aisyah, kakak sulung Ustaz Adam memaksa Adam untuk terus muncul sebagai tetamu jemputan dalam program dakwah di televisyen seperti ayahnya.   Namun, Adam menolak dan mahu mencari pengalaman dengan mula berdakwah di masjid milik ayahnya.

Sejak memulakan tugasnya sebagai pendakwah, Ustaz Adam sering menerima soalan daripada individu misteri. Soalan itu hanya disampaikan melalui sekeping kertas tanpa nama. Ustaz Adam ingin mengenali siapakah individu yang mengajukan soalan yang menguji ilmu agamanya sebagai seorang pendakwah. Suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu.

Malangnya, wanita misteri itu melarikan diri sebaik sahaja disapa Ustaz Adam dan meninggalkan sekeping kertas dengan soalan yang tidak sempat disudahkan. Sejak hari itu, wanita misteri itu tidak lagi muncul di masjid. Hati Ustaz Adam terdetik dan ingin mengetahui siapakah wanita misteri itu. Ustaz Adam memulakan pencariannya dengan niat mahu membantu wanita itu.

Pencarian Ustaz Adam berakhir di lorong gelap. Ustaz Adam akhirnya menemui Nur, seorang pelacur yang ingin keluar dari kehidupan kotornya namun tidak berdaya.

Pelakon: Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Riena Diana DFKL, Laila Nasir & Raja Atiq



SAMARINDA: TERBAIK DARIKU - 10 juta (rating terkumpul), 4 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 4.2 juta (tontonan di tonton dan Youtube TV3)

“TERBAIK DARIKU” RAIH 10 JUTA TONTONAN
Episod Akhir Ditonton Oleh 4 Juta Orang


Drama lakonan Zara Zya dan Syazuwan Hassan, Terbaik Dariku yang berakhir pada 18 Disember lalu berjaya meraih rating terkumpul sebanyak 10 juta tontonan dengan rating tertinggi sepanjang bersiaran sebanyak 4 juta tontonan! (sumber Nielsen Audience Measurement).

Drama 15 episod itu antara 5 drama yang memperoleh rating tertinggi di TV3 bagi tahun 2018.  Episod akhir drama yang diarahkan oleh Along Kamaluddin ini menyaksikan Taufik dibunuh oleh Tiger  yang memburu Zaharah. Terbongkar rahsia, Zaharah adalah adik kandung Aisyah iaitu Khatijah yang telah lama hilang kerana diculik oleh Azman.

Walaupun kehilangan Taufik, tiada siapa yang menyalahkan Zaharah kerana mereka redha. Kematian Taufik telah merubah hidup Aisyah, Suraya dan juga ibunya, Saodah. Saodah sudah sedar dengan kesalahannya, kini hanya ada Aisyah dan Suraya tempatnya menumpang kasih bersama cucu-cucunya.

Menariknya, drama yang penuh konflik ini turut ditonton lebih 4.2 juta di laman Youtube TV3Malaysia dan juga tonton.
TARIKH SIARAN: 14 November – 18 Disember 2018

Sinopsis :
Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya mencintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya tetapi sebenarnya, Taufiq tidak pernah mencintai Aisyah.

Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah. Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah.

Taufik bijak menyembunyikan perkahwinan keduanya itu sehingga tidak dikesan langsung oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya, kononnya tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin.

Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Pelakon: Zara Zya, Syazuwan Hassan DFKL, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Ainina Ahmad B dan Azri Iskandar

Sebenarnya, Misz-ella sempat menonton kelima-lima drama tersebut tapi hampir kesemuanya tak berjaya Misz-ella ikuti episod demi episod sebab tuntutan kerja yang sentiasa berada di luar rumah. Apa pun, Syabas kepada pihak TV3 kerana sentiasa menyediakan drama-drama yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Tak sabar nak tunggu kemunculan drama-drama yang bakal dibawakan TV3 di tahun 2019. Kita tunggu, k.




No comments:

Post a Comment