Hai pembaca kesayangan,
Baru-baru ni, Misz-ella ke Don's Warong di Plaza Damas untuk lunch bersama 'kesayangan'. Tak jauh pun dari rumah Misz-ella, 6km je.
Sebelum keluar rumah, memang dah plan nak makan di mana, pukul berapa .. so bila dah sampai, senanglah.
Don's Warong terletak di Block B, Plaza Damas. Lokasi Don's Warong adalah yang paling hujung. Paling tepat alamat Don's Warong adalah di B-0-4, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Salah satu signature dish di Don's Warong adalah Nasi Lemak Kukus dengan Ayam Berempah. Ya Allah yang ni memang favourite Misz-ella sebab nasi dia dikukus dengan halba. Ayam goreng berempah dia pulak sedap - daun kari dan bawang gorengnya sangat fresh dan rangup. Sambal secukup rasa, tak pedas, tak terlalu manis dan tak masin. Kalau datang sini, confirm akan order ini dan ini lagi *mati la diet ku ..*
Kesayangan Misz-ella pulak order Nasi Goreng Kampung. Well, not bad rasa dia nak pulak bila dimakan bersama sambal belacan. Sekarang ada Lunch Set promotion ye - Hanya RM12 sahaja Nasi Lemak Kukus + Ayam Goreng Berempah tersebut bersama Teh O Ais Limau dan Buah. Nasi Goreng Kampung tu pun sama. Value for money, kan.
Disebabkan pemilik Don's Warong berasal dari negeri Johor, ada juga Kopi Muar 434 disediakan. Misz-ella order 1 gelas Kopi Ais ini *walaupun sebelum tu dah habiskan Teh O Ais Limau .. OHMYDIET *
Dan kami akhiri sessi makan-makan sambil lepas rindu kami dengan sepiring Brownies ber topping kan aiskrim coklat yang harganya seperti mau menangis Misz-ella mendengarnya - RM6.50 sahaja ok! #ohmywallet so happy!
So pembaca-pembaca kesayangan Misz-ella, kalau berada di Plaza Damas atau kawasan sekitarnya dan sedang mencari tempat makan yang tidak membuat dompet you all menangis, sila lah ke Don's Warong. Walaupun warong, suasana sangat bersih dan selesa. Ok Misz-ella dah habis kongsi. ByeBye pembaca sekalian. Terima Kasih baca.
No comments:
Post a Comment