Hello pembaca-pembaca kesayangan,
Hari ni Misz-ella nak sembang santai-santai je dengan you all semua walaupun sebenarnya ada banyak benda nak cerita. Tapi .. we take a break sekejap lah kan, kalau selalu serius, nanti you all bosan dan tak mau datang jenguk blog ni lagi. Penat Misz-ella menaip guna jari-jari halus ni tau ..
Baru-baru ni, Misz-ella ke Seremban dengan kakak manis yang sentiasa tenang dan diam, Kak Puteri. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Masa mula-mula kenal dia dulu, Misz-ella dok bayangkan dia ni mesti wanita ala-ala zaman dulu yang sopan santun, 'skema' tak 'fun', tak gila-gila, mesti dia ni boring orangnya .. macam-macam bermain di kepala.
Tapi sebenarnya Misz-ella silap. I didn't take such a long time to be closer to her .. sebab rupanya Kak Puteri seorang yang mesra dan sangat 'caring'. Pertama kali dia approach Misz-ella personally ialah masa dapat invitation untuk birthday Dato Siti Nurhaliza yang diextend oleh Puan Sri Nisa Bakri. Terus terang Misz-ella cakap, sebenarnya Misz-ella pemalu, sangat pemalu pada orang yang Misz-ella tak kenal dan ada masa-masa, confident level sangat low. Nampak luaran macam outstanding or hoo ha hoo ha (or sometimes ada jugak yang cakap Misz-ella ni berlagak) tetapi sebenarnya deep inside saya ada satu rasa macam ni ~ "Siapalah saya. Saya ni orang biasa-biasa sahaja"
So bila Kak Puteri whatsapp bagitau "Ella, I tunggu you kat sini ye. Nanti kita masuk ke hall sama-sama", Misz-ella rasa terharu sangat sebab walau tak kenal secara dekat dan rapat, she was so warm to me at that time.
Sayangnya Misz-ella ada hal lain dan tak pergi ke majlis Hari Jadi Dato Siti tu tapi aturan Allah itu cukup indah, dibuka jalan seluas-luasnya agar kami dapat kenal dengan lebih dekat lagi.
Dalam waktu yang singkat, kami dah boleh keluar sama-sama, tengok wayang, pergi makan lah, pergi ke event lah .. macam-macam kami buat bersama. Best rupanya spend time dengan dia, tak seperti yang Misz-ella bayangkan sebelum ini. Pengajarannya ~ tengok isi, jangan kulitnya atau Dont judge the book by it's cover, Ella.
Pergi ke Seremban untuk hadiri jemputan ke Majlis Kenduri Kahwin sepupu Datuk Rozzana, seorang lagi kawan yang sangat 'caring' ~ Dia tegas tapi memiliki sekeping hati yang sangat baik. She is kind and generous. Dia jaga silaturrahim dan kebajikan sesama saudara dan sahabat. Dia sentiasa ingat hari-hari penting kawan-kawan dia. She is one of my favourite friends .. fun to be with.
Tak da seorang pun dari kita yang dijadikan sempurna. Masing-masing ada kelemahan tersendiri. Itu adalah antara salah satu sebab kenapa Allah temukan seseorang dalam hidup kita - supaya kita boleh belajar dari yang lain, muhasabah setiap kejadian dan perbaiki diri kita. Misz-ella pun banyak belajar dari Datuk Rozzana.
Pernah satu ketika dalam hidup Misz-ella, Misz-ella menyepikan diri dan avoid pergi kenduri kahwin. But that was Once Upon A Time story .. People say, experience is always the best teacher. Indeed, the lessons from experience are powerful, the more painful the stronger the lesson ~ Let It Go and Let It Be.
OK Ella .. kau dah lari topik .. ni cerita kahwin, story boardnya kena happy lah .. sila come back to the right track *hehe* Meriah kenduri kahwin sepupu Datuk Rozzana. Disebabkan malam tu Kak Puteri kena hadiri dinner dan kami takut petang nanti nak balik jalan jem, cadangnya nak duduk dalam sejam sahaja .. but we ended up longer than our plan. Biasalah kalau ada Datuk Rozzana, di mana-mana sahaja mesti meriah!
Lepas pengantin bersanding kami main kahwin-kahwin. Mak pengantinnya Datuk Rozzana, Assistant Mak pengantin Kak Puteri dan pengantinnya Misz-ella dan Liza. Ya Allah .. kelakar gila!
Thank You Alang (Datuk Rozzana's auntie) and Datuk Rozzana for having me and Kak Puteri. Makanan sedap, majlis kenduri meriah siap ada game main kahwin-kahwin, goody bag pun best! Tak rasa rugi pun kami pergi dari Shah Alam ke Seremban walau untuk sepinggan nasi kerana sesungguhnya menjaga ukhwah sesama insan itu lebih indah, kan.
Cantik Misz Ella pakai songket. Dah macam pengantin dah ;)
ReplyDelete