Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang filem Milly & Mamet yang akan menemui peminat-peminat filem Indonesia pada 7hb Mac 2019 ini. Filem ber genre komedi romantik ini merupakan kisah terbaru dari dunia Ada Apa Dengan Cinta yang kali terakhir menemui penonton pada tahun 2016.
Kini ke empat-empat sahabat baik ini telah dewasa dan melalui perjalanan hidup yang berbeza tetapi masih mengekalkan silaturrahim dengan bersahabat baik dan bertemu semula dengan Mamet ketika berhibur di kelab malam.
Rentetan dari pertemuan tersebut, Milly dan Mamet menjadi semakin rapat, jatuh cinta dan telah mendirikan rumahtangga. Meskipun bahagia hidup bersama, kedua-dua mereka mempunyai impian, cita-cita dan harapan yang tak pernah padam.
Mamet yang sangat menyintai dunia masakan telah meninggalkan dunia tersebut untuk membantu perusahaan fabrik milik bapa mertuanya manakala Milly menjadi suri rumah sepenuh masa untuk memberi sepenuh perhatian kepada anak mereka.
Keadaan berubah apabila sahabat baik Mamet di zaman persekolahan, Alexandra muncul bersama teman lelakinya, James. Dalam waktu yang sama, Mamet bersengketa dengan bapa mertuanya yang tidak bersetuju dengan cara Mamet menguruskan hal-hal di kilang.
Segala-galanya berubah bila Mamet bertekad untuk membuka restoran makanan sihat bersama Alexandra dan James. Mamet mula sibuk dan banyak menghabiskan masa bersama Alexandra. Milly merasa terasing.
Merasa tertekan dan kesepian, Milly membuat keputusan untuk kembali bekerja dan ini membuatkan hubungan mereka semakin tegang dan jauh. Cemburu, pertengkaran, rasa jauh hati, airmata mula menjadi sebahagian dari hidup mereka.
Ada juga kemunculan khas bintang hebat Melly Goeslaw membawakan watak Mama Itje, seorang Influencer/Instagrammer yang menjalankan kerja-kerja review di laman sosial Instagram. Sangat IN dengan trend marketing zaman ini, kan.
Filem Milly & Mamet adalah sebuah kisah cinta dewasa, bukanlah kisah cinta muda remaja yang mendayu-dayu fefeeling lebih tetapi sangat realistik dan masalah yang dipaparkan hampir dialami oleh semua wanita yang telah mendirikan rumahtangga.
Paling menarik, mesej disampaikan secara bersahaja. Pasangan Milly & Mamet sangat comel dan real, malah skrip filem serta lakonan watak-watak di dalam ini sangat mencuit hati menjadikan filem berdurasi selama 101 minit ini tidak jemu ditonton. Kadang-kadang kita ketawa, bila Milly menangis kerana bertengkar dengan suami kesayangannya, Misz-ella rasa nak menangis sama.
Sarat dengan mesej dan nilai-nilai murni, Misz-ella nak bagi 5 bintang untuk filem ini. Misz-ella dah tonton dan Misz-ella nak ajak pembaca-pembaca sekalian supaya beramai-ramai menonton filem ini. Filem Milly & Mamet ni best! Confirm you all takkan boring punya lah!
Watak-watak filem ini adalah :-
- Sissy Priscillia sebagai Milly
- Dennis Adhiswara sebagai Mamet
- Julie Estelle sebagai Alexandra
- Yoshi Sudarso sebagai James
- Dian Sastrowardoyo sebagai Cinta
- Adinia Wirasti sebagai Karmen
- Titi Kamal sebagai Maura
- Ardit Erwandha sebagai Robby
- Arafah Rianti sebagai Sari / Pembantu Milly
- Roy Marten sebagai Pak Sony
- Ernest Prakasa sebagai Yongki
- Isyana Sarasvati sebagai Rika
- Eva Celia sebagai Jojo
- Melly Goeslaw sebagai Mamah Itje
- Aci Resti sebagai IIN
- Dinda Kanyadewi sebagai Lela
- Bintang Emon sebagai Somat
- Tike Priatnakusumah sebagai Bi Sum
- Muhadkly Acho sebagai Hendra
- Surya Saputra sebagai Rama
- Gebi Ramadhan sebagai Penjual nasi goreng
Pengarah :-
Ernest Prakasa
Produksi :-
Starvision & Miles Film
Dibawakan oleh (pengedar) :-
Horizon Film Entertainment, SG Entertainment & Advertising, TGV Pictures
wah..menariks ni..
ReplyDeleteRangga takde walau secuit pun?
ReplyDelete