Pages - Menu

Kedai Manis Ellaleed di SB Mall, Sungai Buloh, Selangor

Hello pembaca kesayangan,

Penduduk Paya Jaras, Bukit Rahman Putra, Kg Merbauk Sempak, Saujana Utama, Kg Matang Pagar, Taman Impian Indah, Kuang mesti tau di mana letaknya SB Mall, kan. 

Ehh .. ada yang tak tau? OK kalau Misz-ella sebut The Store, Sungai Buloh you all tau tak kat mana? Ataupun buat mereka yang telah lama bermastautin di Sungai Buloh, meti masih ingat pada Pasaraya Hiong Kong *that was almost 20 years ago memories ...*

SB Mall adalah satu-satunya shopping mall di Sungai Buloh menjadikan ianya tempat pilihan bagi penduduk-penduduk sekitar membeli belah.

Hebat SB Mall ini you all, walaupun dari luar nampak biasa-biasa, di dalamnya ada MR. DIY, Guardian Pharmacy, KFC, PIzza Hut, Watsons, Kedai Emas Poh Kong dan macam-macam lagi.



Kalau you all berada di sekitar Sungai Buloh dan kawasan-kawasan yang sekitar dengannya, jangan lupa singgah ke KEDAI MANIS ELLALEED yang terletak di Lower ground floor, SB Mall, Sungai Buloh, Selangor. 

Sepertimana yang Misz-ella kongsikan di dalam post yang terdahulu, KEDAI MANIS ELLALEED adalah salah satu dari Vendor yang turut menyertai BAZARAYA IRAMA SELEBRITI 2019 anjuran Harithmai Production dan disokong oleh IRAMA.



Bermacam-macam barangan hari raya boleh didapati di BAZARAYA IRAMA SELEBRITI  seperti kuih raya yang dijual di KEDAI MANIS ELLALEED yang dipunyai oleh Misz-ella sendiri, booth-booth selebriti iaitu booth kumpulan Raihan, Inteam, booth Datuk Khadijah Ibrahim, booth Faisal Ismail, booth produk Rabbani dan ramai lagi.


Seronoknya berkunjung ke BAZARAYA IRAMA SELEBRITI ini adalah kepelbagaian booth yang menjual produk yang berbeza.


Booth menjual pewangi kereta, perhiasan wanita pun ada .. diuruskan oleh 3 orang adik yang sangat manis ini.


Booth inTEAM yang menjual Kurta berkualiti dan produk keluaran inTEAM yang lain seperti susu unta, madu asli dan macam-macam lagi.


Booth kumpulan Nasyid Rabbani yang menjual produk keluaran Rabbani seperti Skin care & kosmetik yang menggunakan air zamzam.


Booth Faisal Ismail yang menjual Daging Dendeng, Rendang Tok *saya dah beli, tak sabar nak rasa*



Booth pop corn Meremang, Serunding Daging dari Kelate, Sambal Ikan Bilis garing oleh penyanyi Zaidi Anwari pun ada *Ya Allah sedapnya pop corn dia*


Booth produk kecantikan Alha Alfa yang bisa merubah wajah kita dengan sekelip mata menjadi jelita juga ada.


Baju kurung Moden di Kedai Cik Zarina 60 sahaja .. murah la you alls ..

Bawang goreng yang sangat sedap 

Booth pengacara Zarina yang sweet dan sangat manis celotehnya pun ada. Booth Zarina menjual baju kurung moden jenama Anggun, bawang goreng yang sangat rangup dan sedap *Misz-ella dah beli 1 balang dan mahu beli lagi*



Booth Anje Anny yang menjual baju kurung raya, jubah dan shawl pada harga menjunam yang tersangatlah murah pun ada *Misz-ella dah shopping 2, 3 pasang baju kat booth dia ooi .. raya sakan la i tahun ni..*

Lagi satu yang best tentang shopping di sini adalah ruang niaga yang luas menjadikan suasana membeli belah di sini sangat selesa. Tak la padat berasak-asak berlaga badan masa shopping tu, kan








Berbalik kepada topik utama post ini iaitu KEDAI MANIS ELLALEED, macam-macam kuih raya ada di jual di kedai kami. Ada Golden Jem Tart yang dibuat menggunakan 100% butter dan inti nenasnya penuh dan seimbang rasa masam manisnya. OhLaLa .. yummy!


Ada Bangkit Cheese viral yang menjadi pilihan ramai tiap kali menjelang Hari Raya. Melt in the mouth you alls .. sedap gila!


Kuih Kapit berperisa (ada 5 perisa untuk you all pilih) pun ada juga. Ada perisa Kopi, Habatussauda, Bijan, Original dan Durian.


Ada juga Rempeyek tradisional yang dibuat oleh kawan Misz-ella Kak Asmarani yang cantik jelita. 


Crispy Choco Bar yang menjadi pujaan ramai kerana kesedapannya juga ada. Ehemmm .. percayalah bahawa Crispy Choco Bar ini sekali lagi telah mencipta sejarah apabila sehingga hari ini, 10 carton telah berjaya Misz-ella jual .. menunjukkan betapa sedapnya dia ni sehingga menjadi pilihan hidangan raya paling hot di tahun 2019 ini.



Kalau you all berkunjung ke sini selepas waktu berbuka puasa, jangan lupa cuba sampel yang ada, k.


Selain dari itu, di KEDAI MANIS ELLALEED juga ada kaunter buat mereka yang mahu memaniskan jari mereka agar lebih cantik di Hari Raya nanti. Jangan risau kerana kita menggunakan daun inai yang semestinya adalah WUDHUK FRIENDLY. Harga bermula dari RM8.00 sahaja.

Selain dari itu, promosi THAI FOOD FEST juga sedang berlangsung di SB Mall. Sambil membeli belah, sambil berbuka puasa dengan juadah sedap dari negara jiran kita. Tempat duduk untuk makan minum juga disediakan. Paling best shopping di SB Mall ni ialah parking PERCUMA.

So, buat pembaca kesayangan yang berada di sekitar Sungai Buloh dan kawasan-kawasan berdekatan, jangan lupa berkunjung ke BAZARAYA IRAMA SELEBRITI yang terletak di Lower Ground Floor, SB Mall, Sungai Buloh, Selangor untuk berbelanja kelengkapan raya anda di sini. Macam-macam ada, harga pun tersangatlah 'WALLET FRIENDLY' .. siapa tak datang, rugi!







No comments:

Post a Comment