Hello pembaca kesayangan,
Dah berakhir demam drama bersiri Nur 2 yang merupakan kesinambungan kepada drama NUR yang terdahulu.
Bukan main rancak lagi laman social seperti FB dengan pelbagai emosi - geram, marah, benci .. semua rasa ada, kan.
Drama fenomena Nur 2 telah melabuhkan tirainya pada 25 April lalu. Drama
lakonan Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Noorkhiriah, Azhan Rani,
Raja Atiq, Eyra Hazali, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan
ramai lagi ini telah meraih 10 juta tontonan terkumpul sepanjang 15 episod
bersiaran dan mencatat 3.6 juta tontonan bagi episod terakhir. (sumber Nielsen
Audience Measurement)
Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Pengurusan Jenama dan
Rancangan (TV3 & TV9), “Alhamdulillah, sekali lagi Nur 2 juga mencipta fenoma
seperti drama Nur terdahulu. Drama Nur 2 ini mendapat memaparkan realiti
kehidupan yang benar-benar terjadi masa kini.
Mungkin sesetengah pihak sukar menerima kejahatan yang dipaparkan melalui
watak Syed Hamadi, kenaifan Nur dalam bersahabat, lemahnya iman seorang
Ustaz Adam dan kebodohan Aishah yang masih setia dengan suami walaupun
suaminya itu jahat, tetapi realitinya ada masyarakat di luar sana yang benar-benar
menghadapi situasi sebegini.
Episod akhir menyaksikan kejahatan Hamadi, watak yang paling dibenci dan
mendapat perhatian netizen bagi siri kedua drama Nur ini, berakhir dengan
kematian di tangan isterinya sendiri, Aishah. Boleh dikatakan, watak yang dilabel
netizen sebagai penunggang agama lakonan Azhan Rani ini sedikit menenggelamkan
watak utamanya, Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle dan juga Nur lakonan Amyra
Rosli. Memang betul, kan kerana rasanya nama Ustaz Hamadi paling kerap disebut
netizen meskipun drama tersebut telahpun berakhir.
Kejahatan watak antagonis Syed Hamadi mendapat respon pelbagai pihak yang
memberi ulasan betapa wataknya itu memberi kesan di hati dan membuka mata
tentang wujudnya manusia yang mempergunakan agama demi kepentingan
sendiri. Walaupun dibenci sehingga mendapat ugutan bunuh, ragam Syed Hamadi
yang sering menggunakan nyanyian dan lirik lagu popular dalam dialognya turut
mencuit hati penonton.
Konflik rumahtangga Ustaz Adam dan Nur juga berakhir apabila komplot jahat
Juita dan Hamadi didedahkan jiran mereka, Uchee yang turut bersubahat. Darul
Mukhsin juga dapat kembali beroperasi dengan dana yang disalurkan oleh sahabat
baik Ayah Haji iaitu Datuk Tajuddin.
TV3 mengucapkan jutaan terima kasih buat semua penonton setia drama TV3,
teruskan menonton pelbagai lagi drama menarik yang bakal dihidangkan bersempena bulan
Ramadan & Syawal ini nanti. #Setulusikhlas.
No comments:
Post a Comment