Masih sibuk beraya lagi ke tu? Bukan you alls je Misz-ella pun tak ketinggalan berhari raya bersama kawan-kawan tapi bukanlah semua undangan dapat dipenuhi. Almaklumlah raya hanya sebulan tapi jumlah undangannya bertindih maka saya pun jadilah orang yang sangat selektif .. mana yang rapat dan dekat di hati kita utamakan.
Baru-baru ini Misz-ella dijemput ke Hari Raya Gathering di rumah Puan Sri Nisa dan Tan Sri Bakri, sahabat baik Misz-ella yang sentiasa menyentuh hati dengan personalitinya yang tersendiri. Kalau bercakap, dengan kelembutan dan penuh kasih sayang. Kalau bagi nasihat, dia seperti kakak yang memahami, sampai menitis airmata Misz-ella dengan ayat-ayatnya. Selain dari itu, dia juga penuh dengan kejutan .. sentiasa menunaikan impian Misz-ella tanpa disangka-sangka *sweet sangat!*
Kalau ke rumah Puan Sri Nisa, sila datang dengan perut yang kosong kerana she gonna pampered your tummy with her delicious home cooked food. Ye .. kawan saya ini sangat suka memasak. Misz-ella masih ingat cerita dia .. dari muda lagi dia suka menjamu kawan-kawan rapat dengan air tangan dia sendiri. Dia tak kisah bangun pukul 4 atau 5 pagi, semata-mata untuk memasak. Kalau happy dia masak, kalau stress pun dia akan turun ke dapur, potong bawang dan mula mereka-reka masakan baru. Cooking is her therapy and this is Nasi Beriyani with Ayam Betutu, my favourites!
Ketupat palas yang sangat sinonim dengan raya pun ada ..
Meh Misz-ella nak cerita .. Rendang Dendeng Puan Sri Nisa tersangatlah sedap. Misz-ella kalau beli .. setengah kilo terus *makan diam-diam sorang-sorang sebab tersangatlah sedap*
Yang ni special you all takkan jumpa di tempat lain kerana 100% dihasilkan oleh Puan Sri Nisa sendiri - Laksa Goreng Asam Pedas menggunakan Pes Asam Pedas Nisa Bakri. Yummy!
Teka apa ni? Ini Dodol you alls tetapi berperisa lemon. Haihhh .. creative betul kawan Misz-ella seorang ni .. ada saja idea dia. Ini kegemaran Dato Siti Nurhaliza ~ sekali makan 4 sudu terus you alls ...
Kami juga dikejutkan dengan satu lagi resepi terbaru Puan Sri Nisa iaitu Cokodok France. Amboi nama tak nak kalah, kan .. sedap Cokodok ni .. secucuk .. dua cucuk .. bercucuk-cucuk kami makan akhirnya ..
Kuih muih Melayu pun ada ..
Ye .. itu dia Dato Siti Nurhaliza, Aafiyah dan Puan Sri Nisa bersama Cokodok France nya .. seronok tengok Puan Sri Nisa melayan tetamu .. tak kekok dia ke sana sini bersama dulang Cokodok *dengan senyuman manis penuh ikhlas dan suara yang manja .. she is such a darling, sweetlah*
Majlis bermula jam 3 petang, Misz-ella sampai jam 3:20 petang. Ingatkan saya awal rupa-rupanya Dato Siti Nurhaliza dan keluarga lebih awal. Sweet sangat tengok Dato Siti sedang suap Aafiyah makan dan seronok sangat dapat main dengan Aafiyah ~ such a friendly and happy go lucky baby girl. Senyum sepanjang masa and she loves bright colour. Sikit-sikit tunjuk bibir pink Misz-ella *suka la tu, kan .. *
Lepas makan, kita posing ..
Ikutkan perancangan awal, Misz-ella nak duduk sejam je lepas tu terus ke tempat lain but more kesayangan came after that .. Farah, Kak Putri, Fieda, the friendly Datin Sabrina and Kak Nani ..
And then, more and more kesayangans came .. so Misz-ella duduk lagi. Tak lengkap lah hari kita kalau tak bergambar dengan puan rumah, kan .. Dato Rozzana, Dato A. Aida, Farah, Kak Putri, Fieda, Kak Nani, Datin Sabrina and nun di hujung paling kanan ialah Datin Sharmila yang cantik lawa.
Ini kita panggil Riang Ria Raya .. Ehh ada M Prada di situ. Kalau M ada mesti meriah sebab dia suka buat lawak ~ such a bubbly character he has, spreading positive vibes among us ...
Kemeriahan Raya bersama Puan Sri Nisa berterusan dan kami tak boleh stop berfotoan. This is called WeFie! It was so much fun when everyone try to fit into Puan Sri Nisa's small handphone screen ~ My lovely Puan Sri Zainab (infront with Puan Sri Nisa), Datin Ana (left beside me), Datin Maria Farida and Datin Sharmila.
A shot with Puan Sri Zainab *I called her Tok Nab*, Datin Maria Farida and Datin Sharmila. I love spending time with Tok Nab .. dengar cerita lama, dengar nasihat .. sejuk rasa hati bila bersama dia.
Ingatkan dah habis rupanya ada lagi ~ one wefie from Julie's camera. Yeay! *happy*
All in .. all in .. we had so much fun spending quality times together during Puan Sri Nisa and Tan Sri Bakri's Hari Raya Gathering. Good time, delicious food, great bonding with kesayangans .. Thank You Puan Sri Nisa for the great moment.
The moments may have ended but the sweet memories last forever *love*