Pages - Menu

Berhari Raya dengan Buffet Seloka Aidilfitri di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur


Hello pembaca kesayangan,

Kita masih lagi di dalam 'mood' Raya. Tiap hujung minggu kita sibuk dengan jemputan rumah terbuka atau menjemput tetamu datang ke rumah kita.




Buat mereka yang masih mencari lokasi untuk mengadakan keraian sempena dengan Syawal ini, Misz-ella nak cadangkan you all ke Hotel The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.



Nak tau kenapa Misz-ella cadangkan hotel ini sebagai lokasi majlis menyambut Syawal kita?  Kerana Hotel The Pearl sedang menjalankan promosi buffet Seloka Aidil Fitri bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Syawal.


Buffet Seloka Aidil Fitri ini hanya bernilai RM49 (bersih) untuk seorang Dewasa dan RM30 (bersih) untuk seorang Kanak-kanak dan hanya boleh didapati untuk 'Dinner'/Makan malam dari hari Isnin hingga Khamis dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam.

Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, pengunjung boleh menikmati Buffet Seloka Aidil Fitri ini pada waktu tengahari kerana pada hari Jumaat hingga Ahad, Buffet Sesuci Lebaran akan diadakan dengan tambahan 'Seafood BBQ' pada harga RM69 (bersih) untuk seorang Dewasa dan RM30 (bersih) untuk seorang Kanak-kanak.

Pelbagai juadah menanti pengunjung termasuklah menu 'wajib' di Hari Raya seperti Ketupat, lemang dan rendang.




Kaunter hidangan utama penuh dengan lauk pauk yang membuka selera

Kaunter juadah 'wajib' di hari raya ~ Lemang, Rendang dan Serunding







Manakala LIVE STATION counter di sebelah luar berdekatan dengan kolam renang ada pelbagai jenis hidangan seperti Nasi berperisa, Noodle station, Satay station, goreng-gorengan dan bermacam lagi

Sate tu sedap sangat .. bertambah Misz-ella makan ..


Cold section ada salad *sesuai lah untuk mereka yang ingin berdiet, kan .. hehe*



Dessert counter ada pemanis mulut moden dan kuih muih tradisional


Samada berseorangan atau berkumpulan, The Pearl Hotel Kuala Lumpur sememangnya dalah tempat yang sesuai untuk kita berkumpul bersama kesayangan dan keluarga bari meraikan bulan Syawal yang mulia ini. 

So pembaca kesayangan, jangan tunggu lagi .. tak usah pening-pening fikirkan catering atau nak sewa khemah untuk Majlis rumah terbuka anda, buat sahaja jamuan rumah terbuka anda di Hotel The Pearl Kuala Lumpur kan. Lebih mudah, selesa dan semuanya tersedia untuk kita dan harga RM49 seorang itu pun tersangatlah berpatutan, kan.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon 03-7983 1111 sambungan 3205 atau 016-331 9375.


No comments:

Post a Comment