Pages - Menu

Arissto Coffee Maker Machine ~ RM1 sahaja sebulan

Hello readers!

Peminat-peminat kopi mesti dah tau tentang kewujudan Arissto Coffee Maker Machine yang boleh disewa dengan RM1 sebulan ini.


Persoalannya? Betul ke RM1? Sedap ke kopi tu? 


Untuk pengetahuan semua, Misz-ella telah mula menjadi pengguna atau penyewa Arissto Coffee Maker Machine ini sejak bulan Disember tahun lepas. Nama pun peminat tegar kopi .. kalau tak minum kopi dalam sehari .. Serba serbi tak kena my life .. so it's good to have a coffee maker in my own home and enjoy my hot latte at anytime I wish to. 

Cerita-cerita tentang kopi ... kebaikan dan khasiat kopi kepada diri kita juga telah banyak Misz-ella kongsikan di blog ini .. malah jenis kopi terbaik di dunia dan cara-cara membuat Hot Latte pun pernah Misz-ella kongsikan di blog ini.

Picture Creator:Cultura RM Exclusive/Ben Pipe Photography
Credit:Getty Images/Cultura Exclusive

Tahukah you all bahawa budaya minum kopi ini telah dimulakan oleh masyarakat Itali pada tahun 1500 lagi? Orang Itali mempunyai cara tersendiri apabila minum kopi sehingga ianya menjadi ikutan seantero dunia. 

Orang Itali memulakan pagi dengan Cappucino atau Latte untuk sarapan, manakala Espresso, Long Black dan yang lain-lain lagi diambil sewaktu santai atau ketika 'take a break'. Tahukah you all bahawa tiada istilah 'coffee take away' di Itali kecuali di stesen keretapi kerana 'take a break' dan minum kopi merupakan amalan dan budaya orang Itali?

Menariknya tentang kopi dari Itali ini ialah, tak kira dimana anda berada, kualiti kopi nya adalah sangat konsisten.



Menyedari segala fakta tersebut, Arissto Coffee Maker Machine yang menggunakan teknologi Itali ini memberi peluang untuk kita semua menikmati kopi premium, kopi Itali dari Itali tanpa perlu ke Itali malah ianya boleh dinikmati di mana sahaja. Paling menarik sewa mesin kopi ini hanya RM1.00 sahaja sebulan.



Design Arissto Coffee Maker machine ini sangat menarik .. kecil, comel dan tidak mengambil terlalu banyak ruang *very space friendly*

Bahan yang perlu ada untuk membuat secawan Latte yang enak di rumah mahupun di pejabat anda semestinya adalah Kopi premium dari Itali dan Susu yang didatangkan dalam bentuk kapsul. Kedua-dua kapsul ini boleh didapati dari Arissto.

Dan semestinya lah kita perlukan air panas untuk buat kopi, kan. Jangan bimbang kerana Arissto Coffee Maker Machine ini lengkap dengan balang air untuk kita masukkan air room temperature biasa je untuk digunakan ketika membuat kopi.

Arissto Coffee Maker Machine juga membolehkan kita 'D.I.Y' kopi kita sendiri iaitu mahu sukatan Kecil atau Besar? Kalau mahu lebih, tekan butang yang bawah, kalau mahu sukatan yang lebih kecil, tekan butang yang atas. You all boleh berkreatif dalam menyediakan kopi sendiri. Contohnya .. nak 1 kopi dan 2 susu? Atau mahu 1 kopi dan 1 susu? 

Sejak ada Arissto Coffee Maker Machine ni, Misz-ella tak perlu lagi keluar rumah untuk secawan Latte. Malah boleh buat Latte ini pada bila-bila waktu yang Misz-ella suka. Rasa Latte ini pun sangat sedap!


Paling seronok bila tengok macam ni .. Uiii .. cantiknya kopi Latte buatan sendiri ni .. berlapis2!

Misz-ella memang suka kopi yang dibrew fresh macam ni dibandingkan dengan kopi segera 3-in-1. Starbucks? Coffee Bean? Illy? San Francisco Coffee? McDonalds? You name it .. hampir semua kedai kopi baik yang berjenama mahupun tidak Misz-ella dah masuk. Kopi Arissto tetap yang paling murah dan dibuat dari biji kopi bertaraf Premium! 



Senang sangat buat kopi Latte sendiri di rumah dengan adanya Arissto Coffee Maker Machine ni. Siap dalam 2-3 minit sahaja. Kapsul kopi yang sudah digunakan tu, boleh la dibuang.

Terdapat enam variasi perisa kopi premium Itali untuk dipilih iaitu Sunrise, Passion, Lonely, Luna, In Love, Amico, 1 choco *buat penggemar Hot chocolate*, yang disertai dengan Susu. Misz-ella pilih Amico. Ada masanya, Misz-ella brew Amico dan diminum begitu sahaja, tanpa susu dan gula. Kopi Amico sedikit pahit tetapi sedap!


Selain dari itu, Arissto Coffee Maker Machine juga sangat ringan (cuma 3.5kg sahaja). Boleh dibawa ke mana sahaja. Bawak balik kampung boleh, ke rumah kawan boleh atau dalam ayat yang lebih mudah, you all boleh buat Italian coffee party di mana-mana sahaja apabila you all memiliki Arissto Coffee Maker Machine ni.


Dan ye pembaca sekalian .. Sewa bulanan bagi mesin pembancuh kopi Arissto Kopi Itali dari Itali ini hanya RM1.00 sahaja sebulan. Tiada caj tersembunyi .. malah pengguna/penyewa boleh membuat bayaran melalui credit atau debit kad masing-masing. Jumlah bayaran setiap pengguna/penyewa tidak sama ye .. bergantung kepada berapa kotak Kapsul kopi dan susu yang you all ambil. 

Nak tau tak bagaimana cara nak dapatkan Arissto Coffee Maker Machine ni supaya you all boleh menikmati kopi kegemaran you all tak kira masa dan di mana sahaja tanpa perlu membebankan poket you all kerana harganya yang sangat 'wallet friendly

Misz-ella diperkenalkan kepada Arissto Coffee Maker Machine oleh kawan Misz-ella, Cik Della. Cik Della adalah antara orang yang mula-mula sekali mengenali Arissto Coffee Maker Machine ni dan oleh kerana dia tau yang Misz-ella peminat kopi, maka dia pun kenalkan mesin kopi comel ini kepada Misz-ella. Cik Della. Dari jauh dia datang, explain tentang bagaimana cara menggunakan mesin kopi Arissto yang comel ni, cara-cara membuat kopi, cara-cara penjagaannya dan bagaimana kita boleh memilik mesin kopi ini sendiri. tanpa perlu membelinya. Pengetahuan Della tentang Arissto Coffee Maker Machine, kopi dan produk-produk lain keluaran Arissto *sekarang sudah ada teh* sangat luas. Tanya apa sahaja, In Sha Allah Cik Della boleh jawab.



Selain dari dapat menikmati kopi yang di brew fresh melalui Arissto Coffee Maker Machine ini, pihak Arissto turut menyediakan platform buat pengguna-penggunanya untuk menjana kewangan iaitu dengan cara mengajak dan mendidik orang ramai akan kebaikan menikmati kopi Arissto yang berkualiti berbanding dengan kopi segera yang telah dicampur bahan-bahan bersifat 'kimia' yang lain pada harga yang sangat minima. Tiada yuran penyertaan, tiada kontrak, tak perlu membeli mesin pembancuh kopi yang mahal harganya dan tiada apa-apa syarat yang ketat dikenakan. You all hanya perlu bayar RM1.00 sebulan untuk sewa Arissto Coffee Maker Machine dan beli minimum 20 kapsul Kopi atau Teh untuk dinikmati bersama keluarga. Sungguh berbaloi dan tidak membebankan dompet kita, kan.

So pembaca kesayangan Misz-ella dan juga peminat tegar kopi, jangan tunggu lama-lama lagi, sila telefon atau Whatsapp Cik Della di no telefon 60 14-237 6188 untuk dapatkan Arissto Coffee Maker Machine hari ini. Sambil itu, Cik Della boleh terangkan cara-cara untuk menjana pendapatan sampingan dengan Arissto Coffee Maker Machine ini. Sambil menikmati kopi yang segar dan sedap, ada peluang untuk menjana pendapatan sampingan jugak. Menarik, kan.

OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang khasiat kopi, asal usul budaya minum kopi iaitu dari Itali dan cara-cara untuk memiliki Arissto Coffee Maker Machine. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di lain entry, ye. Bye, readers.











No comments:

Post a Comment