Hello pembaca kesayangan,
Baru-baru ini telah berlangsung Festival Seni Silat Melaka 2019 (FSSM2019) selama tiga hari berturut-turut anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan
Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya.
Misz-ella selalu teruja dengan program-program seni dan budaya seperti ini sebab seni budaya dan warisan Malaysia terlalu indah, berwarna warni dan sangat meriah.
Misz-ella selalu teruja dengan program-program seni dan budaya seperti ini sebab seni budaya dan warisan Malaysia terlalu indah, berwarna warni dan sangat meriah.
Sepanjang 18 sehingga 20 Oktober 2019, perkarangan Kota A Famosa dimeriahkan dengan pelbagai program bertemakan “Selat
Melaka, Warisan Nusantara” . FSSM2019 turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob, dan YBhg Tan Sri Hajjah Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Program berteraskan seni
budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan
pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang
mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung-pengunjung yang disajikan dengan pelbagai program menarik sepanjang FSSM2019 iaitu Persembahan Sisipan (Showcase) Warna-warni Selat Melaka, Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka, Pusat Transformasi Rakyat, Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka dan Bazaar Selat Melaka : Seni Budaya dan Pelancongan, Sessi perkongsian Ilmiah dan Joget Lambak@Melaka.
MALAM GALA SELAT MELAKA
Malam Gala Selat Melaka merupakan acara kemuncak dan perasmian FSSM 2019 dimana Kerajaan Negeri Melaka juga turut meraikan Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob.
Ketibaan tetamu kehormat iaitu Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob dan YBhg Tan Sri Norliza Rofli disambut meriah dengan menaiki beca-beca yang sangat sinonim dengan negeri Melaka dan diiringi oleh kereta lembu Kampung Tambak Bugis serta dimeriahkan lagi dengan paluan rebana oleh Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka.
Malam Gala FSSM2019 mengetengahkan persembahan kebudayaan seperti dondang
sayang, keindahan budaya seni berbahasa pantun serta persembahan muzik
cak lempong, tari randai dan piring lambung yang diwakili oleh JKKN Negeri
Sembilan dalam Segmen Kabar Berusik Negeri Sembilan.
JKKN
Johor pula menerusi Segmen Bayu Muara Maharani mempersembahkan kehebatan seni Ghazal, Kuda Kepang, Barongan dan Zapin yang turut disertai oleh
Badan Seni Budaya dari Muar dan Batu Pahat dan penyanyi Rojer dengan
permainan muzik gambusnya.
Persembahan Warna warni Pelangi Dondang Sayang yang dijayakan oleh Kumpulan Tarian Singa dan Naga Wen Wei Melaka, Kumpulan Komuniti Chitty Kampung Gajah Berang, Melaka, Badan Kesenian Baba dan Nyonya Melaka (KEBAYA), Kumpulan Kesenian Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka, Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka, Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Persatuan Beca Warisan Melaka, Pengusaha Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, Melaka, Persatuan Teo Chew Melaka, Persatuan Tamil Melaka, Persatuan Bhangra Melaka, Pusat Warisan dan Kebudayaan Melayu Melaka (PERANTARA).
Selain dari itu, pelbagai pengisian menarik turut dipersembahkan kepada pengunjung sempena FSSM ini termasuklah :-
BAZAAR CITRARASA INAP DESA HOMESTAY
Bazaar Citrarasa Inap Desa Homestay (Pejabat Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Melaka) diadakan dengan kerjasama Inap Desa
Negeri Melaka menghimpunkan gabungan lapan (8) buah Inap Desa Negeri
Melaka dengan hidangan kampung yang menyelerakan. Lapan (8) buah Inap Desa
tersebut ialah :-
Kampung Morten yang menyajikan Melaka Nasi Lemak Kg Morten dan Air Barli
Kampung Alai yang mengetengahkan Rojak Melaka dan Air Herba Soda
Kampung Pulai yang mengetengahkan Asam Pedas Pari yang sangat terkenal di Melaka dan Cendol Kampung Tambak Paya yang menyediakan Nasi Ambeng dan ABC
Kampung Ayer Limau yang menyajikan Nasi, Masak Lemak Perut Rebung dan
Asam Pedas Tulang
Kampung Sri Tanjung dengan Bihun Sup dan Laksa
Kampung Paya Lebar dengan Masak Lemak Daging Salai dan Sambal Kupang
Kampung Melaka Pindah Masak Lemak Buah Machang dan
Wajik
BAZAAR SELAT MELAKA / ARTS, CULTURE & TOURISM BAZAAR
Pelbagai produk, demonstrasi dan jualan barangan kraftangan oleh usahawan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Melaka yang merangkumi usahawan hasil rimba, batik jenis ikat, celup
dan pelangi, hasil produk dari tanah dan simen, tekstil, logam dan banyak lagi.
Jualan khat warisan Islam, pelbagai produk dari Persatuan
Usahawan Seni Budaya Malaysia yang merangkumi produk spa, perkhidmatan spa,
cenderamata, tanjak, busana Melayu, catan muka, alat solek dan tatarias serta
alat muzik tradisional turut ada di Bazaar tersebut.
Usahawan makanan muslim iaitu JALEN turut membuat Jualan Promosi, Minuman
Percuma Dan Food Testing, Baucer Pembelian, Jualan Promosi, Demonstrasi
Masakan serta pelbagai kuiz dan pertandingan. ASD Empire juga turut membuka
kaunter alat solek dan tatarias. Aktiviti face
painting turut ada.
Jabatan Warisan Negara turut memaparkan pameran arkeologi untuk pengunjung
merasai pendedahan cara-cara kajian arkeologi dan eskavasi cari gali bahan-bahan, artifak dan monument sejarah bagaikan ahli arkeologi. Urus Setia JKKN turut mengadakan pelbagai aktiviti di reruai pameran dengan
Pertandingan Mewarna, Demonstrasi Permainan Tradisional, Musang Berjanggut,
Kuiz Kebudayaan serta Pameran Fotografi “Syukor Khamis : Kampong Boy”
Koleksi Karya Dallah Deen Photography.
RETRO AUTOSHOW
Pameran Kereta Antik dan Vintaj oleh Big Sumo Autoshow
Komuniti Malaysia turut diadakan pada 19 Oktober dari pagi hinggalah ke malam. Lebih dari 20 buah kereta vintaj dan antik ini berhimpun dan di pamerkan sepanjang Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka.
PUSAT TRANSFORMASI RAKYAT
PUSAT
TRANSFORMASI RAKYAT pula menampilkan sebelas (11) agensi yang
memberikan pelbagai khidmat rakyat.
PENCUNGKILAN BAKAT MUDA SELAT MELAKA
Lebih enam (6)
pertandingan utama yang dipertaruhkan iaitu – Pertandingan Mini Lantai Cilik yang
merupakan Pertandingan Tarian Rakyat Kreatif bagi Kategori Sekolah Rendah dan
Medley Tarian Malaysia bagi Kategori Sekolah Menengah, Pertarungan Tari Joget
& Zapin (TERBUKA), Pertandingan Bintang Dondang Sayang, Pertandingan
Lukisan Potret “Tun Fatimah” Serikandi Melaka, Pertandingan Cabaran Gasing
Tradisional & Gasing Moden dan Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah
Bebas.
SESI KEILMUAN SELAT MELAKA
Sesi perkongsian ilmu Selat Melaka yang melibatkan beberapa acara antaranya seperti Sesi pembelajaran
Gerak Asas Tari Joget & Zapin beramai-ramai dan Sesi Apa itu Puisi Rejang yang
akan menampilkan Tokoh Seni Berbahasa Tuan Haji Rani Embi pada 18 Oktober
2019 (Jumaat) jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan PERZIM, Galeri
Muzium Rakyat, PERZIM.
JOGET LAMBAK@MELAKA
Joget Lambak@Melaka adalah Majlis Penutup kepada FSSM2019 yang mana beberapa beberapa pertandingan akhir telah diadakan iaitu Pertarungan Joget &
Zapin (bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pengarah JKKN) dan Pertandingan
Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden, Pertandingan Memanah Tradisi &
Memanah Bebas serta melancarkan kempen “I LOVE MALAYSIA” Siri Melaka di
samping memeriahkan lagi petang yang menjadi acara penutupan kepada
FSSM2019.
FSSM2019 telah menjadi platform pertemuan buat semua karyawan dan pihak yang terlibat dalam sektor seni budaya dan warisan di
seluruh Malaysia untuk mendapatkan idea-idea baru bagi merancakkan lagi serta memacu sektor industri budaya,
warisan dan pelancongan untuk disepadukan sebagai salah satu bentuk ekosistem
ekonomi dan perdagangan yang baharu hasil gabungan antara usaha melestarikan
kandungan seni, budaya, warisan di samping usaha memupuk generasi muda
bersekali dalam sektor terbabit.
Selain dari itu, FSSM2019 turut menarik minat pelancong baik dari dalam mahupun luar untuk melihat budaya, seni dan warisan Malaysia dengan lebih dekat. Ini selaras dengan misi kementerian untuk memajukan pelancongan dan
budaya di samping mengukuhkan, memelihara dan memelihara seni, budaya dan
warisan.
FSSM2019 juga adalah lambang sokongan padu MOTAC dan JKKN dalam
menyemarakkan Tahun Melawat Melaka 2019 yang dipacukan oleh Kerajaan
Negeri Melaka dan sekaligus menjadi permulaan yang baik menjelang Tahun
Melawat Malaysia 2020 yang akan datang.
www.facebook.com/JKKNMELAKA
www.facebook.com/mysenibudaya
www.instagram.com/mysenibudaya
www.jkkn.gov.my
www.facebook.com/mysenibudaya
www.instagram.com/mysenibudaya
www.jkkn.gov.my
wah meriahnyeee
ReplyDelete