Hello pembaca kesayangan,
Imej dari google
Kebanyakan dari kita ada masalah menurunkan berat badan, kan? Ataupun, jika ada yang berjaya menurunkan berat badan, cabaran seterusnya adalah mengekalkan berat badan.
Masalah berat badan yang selalu 'yo-yo' sekejap turun lepas tu naik balik adalah masalah yang sentiasa menghantui kebanyakan dari kita semua. Ini adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang bagaimana kita boleh mengekalkan berat badan ideal tanpa perlu berlapar atau berdiet.
Berita baik buat mereka yang menghadapi masalah-masalah yang Misz-ella sebutkan di atas.
MYHEALTH Retreat adalah satu program khas selama 3 hari 2 malam yang akan diadakan di hotel bertaraf 5 bintang iaitu Palace of the Golden Horses Hotel, Kuala Lumpur.
Program yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2019 ini akan diketuai oleh Dr. Mustafa Bin Muhamad Taher dimana kumpulan yang terdiri dari pakar nutrisi, pakar pemakanan dan pakar kecergasan ini akan membimbing para peserta secara intensif dan terperinci dari segi senaman, pemakanan dan perubahan minda untuk mencapai kesihatan yang lebih baik.
Program MYHEALTH Retreat tidak berakhir pada hari ke tiga program tersebut di mana peserta akan dibimbing selama 6 minggu untuk memastikan peserta mendapat keputusan atau berat badan ideal yang diidam-idamkan.
Anda juga berpeluang untuk mengikuti perkongsian dari tetamu jemputan istimewa program MYHEALTH Retreat ini iaitu Y Bhg Puan Sri Shariffa Nisa Bakri, Coach Bob Harun, Zin Uchopmat & pelakon/hos terkenal, Dazrin Kamarudin.
Jom ramai-ramai. Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk mempelajari ilmu pengetahuan ke arah gaya hidup yang lebih sihat melalui program MYHealth Retreat - TEMPAT ADALAH TERHAD!
Untuk pertanyaan lanjut/pendaftaran, sila hubungi:
Dr. Farahiyah +6010 811 8522
Pn. Dayana +6017 355 2382
Cik. Aqilah +6011 6164 6746
No comments:
Post a Comment