Hello pembaca kesayangan,
Sebagai rakyat Malaysia, tahukah anda bahawa setiap seorang dari kita punyai tanggungjawab tersendiri untuk berbakti kepada negara kita yang tercinta ini?
Salah satu cara yang kita boleh lakukan adalah dengan menjaga nama baik negara dan sebarkan maklumat tentang negara kita.
Tahun 2020 adalah tahun Melawat Malaysia atau dalam bahasa Inggerisnya, Visit Malaysia 2020 (VM 2020). Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mensasarkan 300 juta orang pelancong akan datang ke Malaysia dan lebih kurang RM100 Billion dapat dijana dari kempen melawat Malaysia 2020 ini.
Baru-baru ini bertempat di MaTiC, Kuala Lumpur, Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) telah menjalankan inisiatif agar pelekat kenderaan VM 2020 dipaparkan di semua bus pelancongan, van lawatan dan semua pejabat pelancongan seluruh negara sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan kempen VM 2020 ini.
Perasmian pelekat kenderaan tersebut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia iaitu YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi, disaksikan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam industri pelancongan negara dan para media *termasuklah blog misz-ella*
Pelekat kenderaan ini akan dapat dilihat oleh ramai pelancong dan orang ramai yang mana ini akan meningkatkan tahap kesedaran mereka tentang Kempen VM 2020 yang sedang berlangsung di negara kita sekarang ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, dapat lah kita sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan agar matlamat VM 2020 dapat dicapai.
Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang dalam ucapan beliau turut menyatakan bahawa pihak MATTA komited untuk mempromosikan VM 2020 ini termasuklah ke peringkat global seperti di ITB Berlin dan WTM London.
So, pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku, Misz-ella nak ajak kita sama-sama sebarkan makluman Kempen VM 2020 ini .. Malaysia antara negara paling bagus untuk dilawati ~ rakyatnya peramah, baik hati dan kebanyakannya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, banyak lokasi menarik di Malaysia ini seperti hutan hujan tropika, gunung ganang, pesisiran pantai dan pulau-pulau yang cantik, taman-taman indah, bukit-bukit tinggi dan kita juga ada bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas .. opsss ..makanan Malaysia juga sangat unik dan boleh dinikmati oleh semua masyarakat dunia. Tiada alasan untuk tidak melawat Malaysia, kan.
Akhir kata, semoga usaha pihak MATTA dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini mencapai matlamat VM 2020.
Akhir kata, semoga usaha pihak MATTA dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini mencapai matlamat VM 2020.
wahh terbaik!
ReplyDelete