Hello pembaca kesayangan,
Sedar tak sedar, sudah 10 tahun Misz-ella berblog. Banyak pengalaman manis sepanjang ber blog ini, paling manis sudah tentunya kerana cara penyampaian saya diterima. Bermula dari blog reader, bertukar menjadi sahabat .. *ukhuwah itu indah, kan* Dari seorang pembaca, bertambah ke jutaan pembaca dari seluruh dunia. Blogging membuka pintu-pintu dan minda yang selama ini tertutup. Blogging menemukan saya dengan personaliti-personaliti hebat tanahair dan seterusnya kami menjadi kawan yang sangat rapat dan baik. Paling penting, blog connects me and you. Sweet, kan.
Sepanjang 10 tahun berblog, Misz-ella turut menjadi ahli beberapa komuniti blogger dan terbaru, Misz-ella telah dijemput ke majlis pra-pelancaranMalaysia Influencers Industry Online Association (MIIOA), iaitu sebuah platform yang menjadi jambatan menghubungkan influencers dan jenama yang memerlukan khidmat mereka.
MIIOA dibarisi oleh wanita-wanita hebat yang berkaliber dan berpengalaman di dalam bidang perniagaan serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Antara nya Datin Sri Jessie Wong (Presiden), Datin Sirina Abdullah (Penasihat MIIAO), Evelyn Xandra (Naib Presiden 1), Lady Rose Al-Jamalullail (Naib Presiden 2), Datin Sri Annie Low (Naib Presiden 3), Umance Chong (Naib Presiden 4), Rockie (Setiausaha), Cirndyh Wong Ching Tee (Bendahari), Cherry Lai (Pembantu Bendahari), Mahani Awang (Perhubungan Awam dan Komunikasi), Penny Tan (Pembantu Perhubungan Awam dan Datin Ivy Low (AJK).
Turut hadir di majlis tersebut adalah para influencer yang lain iaitu Asyalliee Ahmad (Instafamous), Ti Bing Yen (Youtuber), Boon Siew Huey (Instafamous dan Youtuber) dan Misz-ella sendiri.
Dengan tagline "I Am An Influencer,Everyone Can Be!, MIIOA ditubuhkan dengan misi untk menyatukan "onlineshoppers-influencers" di bawah satu bumbung. Mereka akan dilatih secara profesional di dalam bidang-bidang yang berkenaan termasuklah dalam bidang e-commerce dan latihan sosial media dengan kerjasama jurulatih dari negara China.
Bersama Datin Sirina Abdullah
Menurut Penasihat MIIAO iaitu Datin Serena Abdullah, MIIAO akan membawakan program khas "Spot On By MIIAO" yang akan berlangsung selama 1 hari. Konsep perniagaan online ini sangat terkenal di negara asing seperti di China dimana melalui program ini, para influencer dan pemilik produk boleh menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Butiran lanjut mengenai program "Spot On By MIIAO" ini akan dihuraikan semasa majlis pelancaran MIIAO pada bulan Februari nanti.
Presiden MIIAO iaitu Datin Sri Jessie Wong turut mengatakan bahawa MIIAO akan menyediakan kursus-kursus intensif kepada para influencer sedia ada dan juga bakal membimbing influencer baru secara profesional termasuk dalam pembuatan video, idea kreatif, pengisian melalui media sosial disamping menyediakan database para influencer .
Buat mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MIIAO, yuran pendaftaran hanyalah RM 100 setahun dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web :
http://bit.ly/MIIOA-Member-SignUp
Maklumat lanjut boleh didapati melalui:
miioainfluencers@gmail.com
Facebook :
Facebook :
Misz-ella sudahpun mendaftar. You alls terutamanya rakan-rakan blogger, bila lagi? Jom jadi ahli MIIAO sekarang dan let's rock our 2020 together with MIIOA. We can do it together, right!
Jangan lupa klik link-link yang disediakan di atas, k ..
terbaikkk
ReplyDelete