Pages - Menu

Umrah 2019 - Dari Malaysia ke Madinah

Hello lovely readers .. Assalamualaikum ..

Seperti yang pernah Misz-ella janjikan, ini adalah perkongsian Misz-ella tentang perjalanan serta pengalaman mengerjakan Umrah Misz-ella yang pertama, pada 26hb November 2019 yang lalu.


Dihantar oleh Aiman dan Mama ke KLIA ..

Kalau ikutkan perancangan awal, Misz-ella sepatutnya menunaikan Umrah bersama Mama, Aiman dan ahli-ahli keluarga yang lain tetapi "Kun Fa Ya Kun" itu milik Allah dan perancangan Allah itu adalah lebih indah .. maka ditulis Norzaila Binti Ismail pergi menunaikan Umrah bersama AM Berkat Travel & Tours dan bukan Persada Global Holidays. 



Keluarga Alop turut datang dari Taiping untuk hantar adiknya ke Tanah Suci

Sebenarnya, perjalanan menunaikan Umrah itu bermula di sini, di bumi Malaysia sebaik sahaja saya berniat untuk pergi. Maka bermulalah persiapan mental dan spiritual, dalam hati sudah berniat untuk menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. 


Kursus umrah anjuran AM Berkat Travel & Tours di Menara JCorp, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, pejabat AM Berkat. Alhamdulillah cara penerangan ringkas tetapi padat dan mudah difahami.

Memandangkan saya membuat keputusan untuk menunaikan Umrah seorang diri tanpa ditemani oleh mana-mana ahli keluarga yang lain, maka saya serahkan segalanya pada Y Bhg Datuk Radzi Mansor, Pengarah Urusan AM Berkat Travel & Tours, termasuklah urusan mendapatkan saya 'roommate' .. urusan kursus Umrah, urusan nak duduk di hotel mana, itinerary .. saya berlapang dada dan ikut sahaja. Kepada Allah saya berserah dan berdoa "Moga Allah SWT permudahkan urusan saya di sana"



Roommate saya, Datin Hamidah yang di  'match' kan oleh Datuk Radzi sejak di Malaysia lagi. Means dari Malaysia kami telah berkenalan dan bertemu beberapa kali. Walau tak panjang pertemuan kami semasa di Malaysia, tetap mesra. Sempat Misz-ella kenalkan Datin Hamidah kepada mama dan aiman semasa di airport .. peramah kawan Kakchik, merendah diri walaupun berpangkat Datin, kata Mama. Tolong tengok-tengokkan Ella ye .. dia sorang-sorang dan pertama kali ke sana .. kata Mama. Ehh .. tak da lah .. kita sama-sama jaga, kata Datin Hamidah.


Bersama jemaah AM Berkat Travel & Tours yang lain dan Datuk Radzi

Penerbangan ke Kota Madinah dari KLIA melalui penerbangan Saudi Airlines berjalan lancar, cuaca pun cantik. Selamat mendarat di Prince Mohammed Bin Abdul Aziz International Airport, Madinah pada jam 6:30 petang dan segala urusan lain selesai pada jam 8 malam. Urusan di kaunter Imigresen berjalan lancar. Airport Madinah agak cantik tapi Misz-ella lupa nak ambik gambar .. mungkin kerana masih terkasima dan tak percaya yang saya sudah menjejakkan kaki di tanah haram ini.



Di Madinah, kami tinggal di Rove Hotel, tak jauh dari Masjid Nabawi, lebih kurang 150m sahaja, perlu lintas 2 jalan besar. Ya Allah .. tak boleh bayangkan betapa indahnya perasaan berada di Kota Madinah ini. Memandangkan kami tiba dah lewat, selepas check in, kami makan malam dan solat di bilik hotel sahaja. Esok pagi baru kami akan mula solat di Masjid Nabawi *excited dah Misz-ella masa ini*

Bersambung di bahagian ke 2, soon .. soon .. You all jangan lupa datang and check it out, k.


No comments:

Post a Comment