Hari ini hari terakhir kami di Madinah kerana esok, kami akan menunaikan Umrah di kota suci Mekah. Kalau ikut trip umrah bersama AM Berkat Travel & Tours, jemaah akan dibawa menziarahi Rasulullah SAW di Madinah dulu. Ini bagi membolehkan para jemaah menyesuaikan diri dengan cuaca, perbezaan masa *waktu di Arab Saudi adalah 5 jam ke belakang dari Malaysia* so sekiranya you all ada masalah jet lag dan sebagainya, masalah tersebut sudah diatasi sebaik sahaja kita tiba di kota Mekah.
Hari terakhir di Madinah, kami *Misz-ella, Kak Nani, Kak Midah dan Intan* telah membuat keputusan untuk berkunjung ke daerah Al Ula yang lokasinya adalah diantara Madinah dan Tabuk. Agak jauh juga iaitu 380km dari kota Madinah *lebih kurang 4 jam perjalanan* Al Ula juga digerlar "The Capital of The Ancient Kingdom of Lihyan" kerana kawasan ini pernah diduduki oleh suku kuno Arab iaitu suku Lihyan.
Seawal jam 6:30 pagi kami dah bertolak dari Rove Al-Madinah Hotel dengan menaiki Land Cruiser yang ditempah khas oleh Datuk Radzi *Thank you so much Datuk Radzi* Pemandu land cruiser sangat baik dan best - dia siap bawak bekal teh dan makanan untuk jamu kami semua.
Al-Ula terletak di luar Tanah Haram, bermakna pengunjung bukan beragama Islam dibenarkan untuk mengunjungi tempat ini melalui Visa pelancong.
OK biskut kurma bernama Mammoul yang diberi oleh pemandu Land cruiser ini sangat sedap. Kalau you all ke Madinah dan Mekah, jangan lupa beli, k .. make sure you all cari yang macam ni sebab yang ni sedap
Al-Ula *imej dari google*
Al-Ula adalah sebuah kota kuno dan dikatakan telah berusia lebih dari 2000 tahun. Ia adalah sebuah bandar batu bata kerana terdapat hampir 800 rumah yang dibuat dari batu bata di sini. Tidak jauh dari Al-Ula, terdapat Mada'in Salleh, sebuah lokasi tapak warisan Dunia UNESCO.
Imej dari google
Perjalanan ke Al Ula adalah melalui jalanraya yang keadaan jalannya sangat baik *kalah kualiti jalanraya di Malaysia, you alls* sambil mata dijamu dengan pemandangan yang sangat cantik dan unik - bukit batu berwarna coklat yang terbentuk oleh tiupan angin. Sepanjang perjalanan selama 4 jam, kami langsung tak bosan dan mengantuk kerana pemandangan sangat best! Kami rasa seolah-olah berada di Grand Canyon, USA pulak sebab pemandangannya, hampir sama.
Nature is the best teacher in life! kerana ianya adalah ciptaaan Allah SWT, banyak yang boleh kita pelajari dari keindahan alam semulajadi. Tak putus-putus bibir kami menyebut .. Cantik!
Memandangkan Mada'in Salleh ditutup dan tidak dapat kami lawati, pemandu yang baik hati itu tetap mahu menunjukkan lokasi-lokasi menarik yang sesuai untuk photography .. Ya Allah seronoknya kami dapat berfotoan begini .. macam-macam posing, memang puashati kerana Al-Ula dan Mada'in Salleh sememangnya mempunyai pemandangan yang unik dan memukau.
Kami singgah di Jabal Al Feel iaitu sebuah gunung batu yang berbentuk seekor gajah. Ianya seolah-olah diukir oleh tiupan angin. Subhanallah .. di sini kami melihat dan menginsafi kuasa Allah SWT. Sesungguhnya Kun Fa Ya Kun itu milik Allah. Hanya dengan tiupan angin, Allah SWT menjadikan segala-galanya agar dapat kita insafi dan pelajari.
Jabal Al Feel berada di dalam kawasan gurun dimana kenderaan harus melepasi kawasan gurun yang berpasir halus ini .. sebab tu lah kena naik Land cruiser.
Berdekatan dengan Jabal Al Feel ada beberapa lagi gunung batu cantik yang terbentuk hasil dari tiupan angin .. cantik! Maka kami pun berfotoan di sini.
Sayangnya, bukan semua tempat-tempat menarik di Al-Ula dapat kami lawati kerana semasa kami menziarahi tempat ini, ianya ditutup untuk kerja-kerja persiapan Winter at Tantora Festival yang berlangsung dari 19 Disember 2019 hingga 7 Mac 2020. Khabarnya, festival itu sangat meriah dengan persembahan muzik bertaraf kelas pertama, belon udara panas dan kapal terbang vintaj. Festival yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2018 ini adalah untuk membolehkan lebih ramai orang mengenali kota bersejarah Al-Ula dengan lebih dekat lagi.
Selepas itu, pemandu bawa kami ke lokasi lain di Al Ula yang tak kurang cantiknya dan kebetulan pada waktu itu ada sekumpulan unta putih melintas .. sempat Misz-ella masukkan si unta dalam gambar *bukan senang nak jumpa unta putih*
Ya Allah cantiknya .. di tengah-tengah padang pasir ada bukit batu yang cantik dan ukiran pada waktu tersebut terbentuk oleh hakisan angin. Semulajadi. Bukan manmade tau.
Kami perlu panjat sikit timbunan gurun pasir ini untuk bergambar di sini tapi ia sangat berbaloi kerana tempat ini sangat cantik!
Rugilah kalau tak bergambar di tempat secantik ini, kan .. buat kenangan hari tua kita yang satu ketika dulu, kami ber empat pernah berada di sini, dibawa oleh Datuk Radzi dan Am Berkat Travel & Tours.
Selepas itu, pemandu bawa kami ke kawasan tinggi di mana dari sini kami dapat lihat pemandangan kota kuno Al-Ula.
Selepas itu, kami ke Mada’in Saleh, iaitu salah satu tapak arkeologi tertua di Arab Saudi yang lokasinya 20km dari bandar Al-Ula.
Kawasan ini juga dikenali dengan nama Al Hijr dan satu ketika dahulu pernah diduduki oleh kaum Tsamud yang dipimpin oleh Nasi Salleh AS. Kaum Tsamud berkait rapat dengan kaum Nabetean yang terkenal dengan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan rumah, dewan serta kubur (tomb) dan sebagainya. Kaum Tsamud diberi segala kemahiran memahat oleh Allah SWT tetapi itu hanya menjadikan mereka kaum yang angkuh. mereka ingkar dengan arahan Nabi Salleh AS dan masih tetap menyembah berhala. Akhirnya, dengan hanya satu tiupan sangkakala kaum Tsamud menerima balasan dan tempat ini tidak lagi berpenghuni kerana semuanya mati.
Satu ketika dulu, kawasan ini adalah kawasan larangan. Malah Nabi tidak membenarkan tempat ini diziarahi melainkan dalam keadaan bersedih, tetapi kini Mada'in Salleh dibuka kepada pelancong kerana nilai sejarahnya yang tidak terhingga dan untuk umat Islam, ia bagi memberi pengajaran dan menginsafi kebesaran Allah SWT kerana semua kesan-kesan peninggalan bersejarah masih boleh kita lihat hingga ke hari ini.
Khabarnya, Mada'in Salleh ditutup kepada pelawat sehingga bulan Oktober 2020 ini kecuali semasa Winter at Tantora Festival yang sedang berlangsung sekarang sehingga 7 Mac 2020 ni. Wahh siapa yang sedang berada di Madinah, jangan lepaskan peluang menyaksikan festival ni ye.
Memandangkan Mada'in Salleh ditutup dan tidak dapat kami lawati, pemandu yang baik hati itu tetap mahu menunjukkan lokasi-lokasi menarik yang sesuai untuk photography .. Ya Allah seronoknya kami dapat berfotoan begini .. macam-macam posing, memang puashati kerana Al-Ula dan Mada'in Salleh sememangnya mempunyai pemandangan yang unik dan memukau.
Lepas tu semua orang dah lapar maka kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang tidaklah mewah tetapi sangat selesa. Nasi dan ayam bakar tu sangat sedap sampai kami tak sentuh pun roti yang disediakan bersama-sama dengan set ini.
Semasa dalam perjalanan ke salah satu lokasi kami bergambar tadi, Kak Nani nampak kebun oren dan ladang kurma tapi dek kerana kami tak tau siapa pemilik ladang ini, mana mungkin kami nak petik oren di situ, kan. Dah tertulis rezeki kak Nani, dalam perjalanan pulang, kami ternampak deretan gerai-gerai menjual barangan di tepi jalan maka pemandu pun berhenti. Dapatlah pemandu belikan Kak Nani buah oren. Kalau tak silap Misz-ella, pemandu tu bayar 20 Riyal untuk sekotak oren (30 biji). Berbaloi, kan. Paling penting, oren kat Al-Ula ni manis sangat *subur rasanya tanah-tanah di sini* Selain tu, diaorang turut shopping jug-jug cantik ini. Terima Kasih kepada Datuk Radzi dan pemandunya yang tolong tawarkan kerana diaorang berdua boleh berbahasa Arab .. kami tak boleh dan penjual tu pulak, tak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.
Dalam perjalanan pulang jugak ada lori menjual aiskrim di padang pasir. Alhamdulillah .. sempat kami beli. Apa disebut, apa yang teringin semua dapat. Indah betul. Kat bumi para Anbia ni je kita merasa pengalaman sebegini, kan
Selepas tu kami teruskan perjalanan pulang ke Madinah. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tu kami dapat berhenti di masjid untuk menunaikan solat berimamkan Datuk Radzi.
Sampai Madinah dah lewat malam, buffet kat hotel pun mesti dah habis. So kami dinner di Asian Food Restaurant *kali ke 2 kami ke sini* makan tomyam putih, ikan 3 rasa, sayur campur dan macam-macam lagi. Memang sedap makanan di sini .. kalah masakan di sesetengah restoran Thai kat Malaysia. Kalau ada rezeki Misz-ella ke tanah haram Madinah ini sekali lagi, harap-harap dapat datang ke restoran ni lagi.
Lepas tu kami pun balik ke Rove Al-Madinah hotel dan berpisah.. Intan ke bilik dia, myself, Kak Midah dan Kak Nani ke bilik kami. Syukur Alhamdulillah untuk satu hari yang sangat indah - berpeluang menyelami kisah hidup kaum Tsamud sambil menghayati keindahan bumi para anbia dari sudut yang berbeza *bukan semua travel agent nak bawa jemaah ke Al-Ula ye ...* Terima Kasih Datuk Radzi dan Am Berkat Travel & Tours. OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang kisah kami di bumi Madinah yang penuh dengan kenangan manis. Jumpa lagi di blog post seterusnya ye. Terima Kasih baca.
No comments:
Post a Comment