Pages - Menu

Umrah 2019 - Ziarah luar Mekah, Nasi unta, Tahlil di Muzdalifah, Kedai jus buah segar, Bukit Khadama

Assalamualaikum lovely readers,


Misz-ella sambung kisah sepanjang mengerjakan umrah di Mekah. Mekah is a busy city. Di sini masing-masing sibuk mengejar ganjaran pahala. Semua mahu mengejar waktu untuk solat berjemaah di Masjidil Haram kerana ganjaran pahala solat di sini adalah 100,000 kali. Belum lagi pahala tawaf, umrah hatta melihat Kaabah. Dek kerana itu, Mekah menjadi kota yang sangat sibuk. Almaklumlah, para jemaah datang dari seluruh pelusuk dunia, mengeluarkan sejumlah wang, tenaga dan masa .. rugilah kalau tak rebut peluang beribadah sepuas-puasnya, kan.

Dalam itinerary agensi, ada satu hari para jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah. Antaranya ialah Jabal Rahmah, Mudzalifah, Arafah dan Mina.



Jabal Rahmah terletak kira-kira 22km dari Mekah. Jabal bermaksud bukit dan Rahmah bermaksud kasih sayang. Ia dinamakan Jabal Rahmah kerana disinilah Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas mereka diturunkan ke bumi. Pertemuan semula mereka adalah 400 tahun selepas diusir dari Syurga ke muka bumi. Buat mereka yang sedang menunggu jodoh yang belum tiba, tak kira apa pun umur anda, apa lah sangat penantian itu dibandingkan dengan penantian Adam dan Hawa selama 400 tahun? Sabar ye ...



Berhenti untuk selfie semasa mendaki Jabal Rahmah



Misz-ella daki bukit ni sorang-sorang. Tak terlalu tinggi dan tak susah pun mendakinya kerana ada banyak batu-batu besar. Di atas bukit ini ada sebuah tugu yang dibina sebagai tanda tempat pertemuan Adam dan Hawa. Dari atas bukit ini kita boleh nampak keseluruhan kawasan Arafah. Agak sibuk dan tak selesa keadaan di atas bukit ini. Sedari awal Ustaz Hariz dah pesan, jangan buat perkara yang bukan-bukan di atas tu seperti tulis nama atas batu, meratap menangis pada batu dan tugu. Ada orang jual barangan, ada juga yang bersolat menghadap tugu ini tapi seperti yang dipesan oleh Ustaz Haris kita tak digalakkan untuk berbuat demikian kerana dikhuatiri boleh merosakkan akidah. Jabal Rahmah dikatakan antara tempat mustajab untuk berdoa. Bukan doa untuk dapat jodoh je tau tapi doa lah apa sahaja yang baik untuk diri kita mahupun orang-orang yang kita kenali. Khabarnya pada musim haji, bukit ini juga dipenuhi oleh jutaan manusia. 

Selepas itu kami melawat Arafah, Muzdalifah dan Mina tapi drive thru sahaja. Di sini, mutawif kami yang baik hati iaitu Ustaz Hariz menerangkan tentang betapa tempat ini dibanjiri oleh jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia pada musim haji kerana di bumi suci Arafah inilah para jemaah haji akan berwukuf. Ibadah haji bermula di sini iaitu wukuf di Arafah. Wukuf merupakan rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji sia-sia kerana Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah). 

Arafah antara hari yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana ketika hari itu semua jemaah berkumpul dalam keadaan khusyuk, mengabdikan diri kepada Allah SWT .. menadah tangan berdoa agar dosa diampunkan dan segala amalan baik mereka diterima Allah SWT. Bergenang airmata Misz-ella mendengar perkongsian Ustaz Hariz ini. Dalam hati berdoa *moga aku dapat menunaikan Haji satu hari nanti*

Selepas Arafah kami melawat kawasan Muzdalifah - satu daerah terbuka diantara Mekah dan Mina dimana di sini para jemaah Haji akan singgah dan bermalam. Ini merupakan salah satu dari jejak baginda Rasulullah di mana baginda juga bermalam di sini hingga lah ke Subuh. Para jemaah haji akan  mabit (bermalam) di Muzdalifah dan akan berangkat menuju ke Mina selepas solat Subuh. Di Muzdalifah juga, para jemaah akan mengutip batu kerikil untuk melontar di jamrah.



Imej oleh google


Selepas itu kami meninjau kawasan Mina. Kat Mina ni ada banyak khemah putih yang merupakan tempat tinggal jemaah haji sepanjang tempoh melontar. Bila semua ibadah melontar telah disempurnakan, barulah para jemaah akan meninggalkan Mina menuju kota Mekah untuk menyempurnakan ibadah haji seterusnya iaitu Tawaf dan saie. Ya Allah bila berada di sini, mendengar perkongsian oleh Ustaz Hariz dan Datuk Radzi, berkobar-kobar  dan bersemangat rasa nak menunaikan Haji. Terus berdoa agar satu hari nanti saya dijemput untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima ini. Amin.

Semua aktiviti ziarah luar di Mekah bermula pada awal pagi (selepas sarapan) dan berakhir sebelum Zohor. 

Selepas berakhir aktiviti ziarah kami singgah ke Masjid Ja'ranah untuk miqat bagi menunaikan umrah yang ke dua. Jemaah umrah lelaki bawa kain ihram siap-siap manakala dan bersiap di Masjid Ja'ranah. Misz-ella turut ambil peluang ini untuk bermiqat di sini.



MAKAN NASI UNTA DI AZZIZIYAH





Kalau berada di Mekah, jangan lupa cuba Nasi unta *off course you have to try the local food, kan* Salah satu kedai Nasi unta yang terkenal di sini ialah Kabsa Haashi atau dalam bahasa Melayunya adalah Nasi daging anak unta yang terletak di Aziziyah. Pihak AM Berkat Travel & Tours jemput semua jemaah untuk lunch nasi unta dekat Whatsapp group Siapa yang nak makan nasi unta berkumpul di lobi ..



Tak ramai yang nak cuba .. mungkin dia orang tak free, mungkin dia orang tak berani nak cuba .. so 7 orang sahaja lah yang ber nasi unta pada hari itu *AM Berkat Travel & Tours belanja* Konsep makan di sini adalah bersila dan makan secara berjemaah. 


Misz-ella dan Kak Nani posing dulu sebelum makan nasi unta


Nasinya sedap, ada sambal dan yang warna kuning tu adalah sup. Lepas tu kita boleh mintak cili hijau rangup, makan dengan nasi tu. Daging unta sangat lembut .. Sedapnya! Tiba-tiba rindu semua yang indah di bumi suci Mekah ini ..

MAJLIS TAHLIL DI MUZDALIFAH


Satu lagi aktiviti menarik kami adalah majlis tahlil dan tazkirah yang diadakan di padang Muzdalifah anjuran pihak AM Berkat Travel & Tours. 

Kami semua berkumpul di majlis ilmu ini .. dipimpin oleh Imam Sharif yang merupakan imam salah sebuah masjid di Tanah Haram Mekah. Imam Sharif boleh berbahasa Melayu, agak petah, peramah dan fasih jugak bahasa Melayu dia.

Masjlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, solat Maghrib berjemaah dan kuliah khas dari Imam Sharif.

Seronok beramai-ramaian di padang Muzdalifah ni - dari langit cerah hinggalah langit bertukar gelap.


Kami solat Maghrib, mendengar tazkirah, bertahlil, solat Ishak dan majlis ilmu ini diakhiri dengan jamuan makan malam - semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan AM Berkat Travel & Tours. Tiada bayaran khusus dikenakan kepada jemaah untuk aktiviti ini. Segalanya sudah diuruskan oleh pihak AM Berkat Travel & Tours ~ bas, ustaz (Imam Sharif), katering untuk makan dan minum .. ada juga para jemaah yang menyumbang .. seikhlas hati.

KEDAI JUS BUAH SEGAR DI MEKAH


Selepas berakhirnya masjlis tazkirah dan tahlil tersebut, kami bersiar-siar di kota suci Mekah, menghayati keindahan malam di sini. Di Mekah ni ada satu kedai menjual jus segar. Teruja gila bila masuk ke kedai ini sebab decoration nya dibuat oleh buah-buahan segar bukan buah plastik ye.




Tengok tu .. Disebabkan teruja, kami pun bergambar. Tengok lah gambar ni .. pipi Misz-ella dah semakin gebu. Barakahnya bumi suci Mekah dan Madinah ini, selera makan sentiasa ada, hati sentiasa tenang dan bahagia sehinggakan pulang ke Malaysia, berat badan saya naik berkilo-kilo *saya redha*

Menunggu jus buah ..

Tadaaaaa .. jus buah delima dan mangga dah siap

Aidil dan isterinya, Zainab (paling kiri). Kedua-dua mereka fasih berbahasa Arab 

Selepas itu, Aidil (sahabat Datuk Radzi) yang menetap di Mekah bawak kami ke pasar borong buah, Mekah. Pasar Borong di Mekah agak sistematik .. ada lot-lot bangunan untuk ikan sahaja, sayur sahaja dan barangan kering sahaja. 



Harga buah-buahan di sini adalah sangat murah dan pelbagai jenis buah ada. Keadaan pasar borong buah juga adalah sangat tenang dan bersih. Kalau buah kurma di pasar, di bazaar dan di ladang kurma dibiarkan terdedah tidak ditutup, di sini kurma ditutup rapi. Harga kurma di sini pun tak mahal kerana dijual harga borong. Hummmm .. lain kali Misz-ella nak beli kurma di sini je lah. Lebih bersih, lebih murah dan lebih banyak pilihan plus you all boleh rasa semua buah-buahan di sini sebelum buat pembelian. Kalau you all suka buah delima, boleh beli di sini juga. Manis sangat delima kat sini.


MALAM DI BUKIT KHADAMAH, MEKAH

Selepas itu, kami ke Bukit Khadamah. Dari Malaysia lagi, Misz-ella dah tau tentang kewujudan bukit ini dah keindahan bandar Mekah pada waktu malam yang boleh dilihat dari puncak bukit ini. Subhanallah .. cantiknya Mekah the city of lights .. bandar suci yang telah menerangi hati dan hidup kami selama 5 hari di sini, yang telah memberi ketenangan tiada tandingan walau dimana kita berada di muka bumi ini *sobs*



Di sini kami berdoa ... Moga kami dijemput ke sini lagi. In Sha Allah. Amin.

Sesujurnya, pengalaman kami semasa menunaikan umrah sangat indah, dapat buat umrah berkali-kali, dapat buat tawaf sunat, bertazkirah dan tahlil di Muzdalifah, kami juga berpeluang melihat cara hidup rakyat tempatan dan explore tempat-tempat yang jarang dilawati oleh orang lain. Kami juga menginap di suite mewah di Raffles Makkah Palace Hotel, dijamu makanan yang sedap-sedap .. *sampai Misz-ella naik berat badan .. hehe* Buat Misz-ella sendiri, saya percaya yang ini semua sudah tertuliskan direzekikan buat kami semua kerana Kun Fa Ya Kun itu milik Allah .. Kalau Dia sudah berkehendak, maka Jadilah. Terima kasih Datuk Radzi dan AM Berkat Travel & Tours kerana pengalaman ini. 

OK Misz-ella dah habis berkongsi tapi ini bukanlah blog post terakhir Misz-ella kerana akan ada satu lagi blog post khas untuk trip Umrah 2019 ini. You all tunggu, k .. Misz-ella akan upload secepat mungkin. Terima Kasih baca perkongsian saya. Bye.




3 comments:

  1. Assalamualaikum Sis Ella, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  2. Allahu...seronoknya KC...semoga ada rezeki buat Alin jugak jejak kaki ke sana

    ReplyDelete