Blog post kali ini Misz-ella tujukan buat mereka yang sukakan kecantikan dan mahu menyerlahkan penampilan agar tampil lebih cantik dengan aksesori terutamanya buat mereka yang berhijab.
Subjek yang Misz-ella maksudkan di sini adalah Wirdora - pakar aksesori hijab yang menggunakan batu kristal Swarovski asli bagi menyerlahkan penampilan kita.
Bersama Puan Wirda
Kali pertama dikenalkan dengan jenama Wirdora melalui seorang teman, Misz-ella tergerak untuk mengenali produk aksesori wanita dan lelaki keluaran tempatan ini dengan lebih dekat lagi. Lalu pertemuan diatur dengan Puan Wirdalina Tauhed *juga dikenali sebagai Wirda*, di butik pameran Wirdora yang terletak di Ampang. Wahhh .. bahagia bijik mata Misz-ella sebaik sahaja melangkah kaki ke butik pameran Wirdora ini kerana disambut dengan sinaran kristal yang bergemerlapan dan berseri-seri di sana sini.
Wirdora diasaskan oleh Puan Wirda sendiri pada tahun 2017 dan merupakan Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no dimana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri.
Batu kristal Swarovski Wirdora yang cantik ini diimport dari Austria dan dipasang di Malaysia. Kualiti produk-produk keluaran Wirdora adalah setanding dengan kualiti produk-produk antarabangsa.
Antara aksessori wanita yang dikeluarkan oleh pihak Wirdora adalah Brooch ataupun kerongsang, pin tudung dan Scarf ring.
Buat kaum lelaki pula, Wirdora turut mengeluarkan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link.
Wirdora menawarkan 2 kategori pilihan aksesori iaitu Luxe series dan Standard series.
Menggayakan koleksi butterfly dari luxe series
Setiap aksessori Wirdora di dalam kategori luxe, diberi sentuhan mewah dimana batu kristal Swarovski tersebut disalut dengan rhodium (rhodium plated). Rhodium adalah logam berharga yang juga tergolong dalam keluarga platinum. Rhodium plated digunakan untuk memberikan permukaan yang lebih halus dan tahan calar.
Scarf ring rose gold 18K
Ada juga aksessori yang diberi sentuhan mewah dengan 18K white gold dan 18K rose gold.
Manakala kesemua jarum pin tudung Wirdora menggunakan stainless steel bagi memastikan ketajamannya terjamin dan terpelihara.
Setiap barangan Wirdora adalah dijamin kualitinya dan telah diuji :-
- ketajamannya
- tidak karat
- hypo allergenic
- anti-tarnish
Selain dari itu, setiap produk Wirdora perlu melalui proses QC yang ketat seperti ujian ketajaman, ujian anti-falls dan berbagai lagi bagi memastikan kualitinya terpelihara. Bagi produk Wirdora dalam kategori luxe, setiap pembelian turut disertai dengan jaminan produk selama setahun dan lengkap dengan after-sale service.
Misz-ella bersama Puan Wirda
Bermula dari RM18 hingga RM350, produk Wirdora boleh didapati secara online dan offline. Buat mereka yang mahu membuat pembelian secara online, ianya boleh didapati di :-
Laman web fashion valet
Instagram Wirdora
Manakala pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya.
Selain dari itu, produk Wirdora boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri
Cantik, kan produk Wirdora yang Misz-ella gayakan ni .. walaupun ianya simple, tapi dek kerana sentuhan mewahnya, ia buat penampillan kita lebih berseri. Produk Wirdora juga boleh didapati secara bulk sales untuk memenuhi permintaan dari pelanggan yang mahu menjadikan produk Wirdora sebagai cenderahati buat tetamu di majlis perkahwinan, corporate gifts dan pelbagai lagi.
So you all semua, bulan puasa dah dekat lepas tu kita semua akan berhari raya. Haruslah kita bergaya, kan .. apa kata kita gaya kan produk Wirdora di hari raya ini dan tampil lebih wow dan bergaya.
Sebarang pertanyaan berkenaan produk Wirdora, you all boleh hubungi talian telefon 019-274 1897 (Puan Wirda).
No comments:
Post a Comment