Bila kita dilanda musibah, memang kita akan bersedih tapi percaya lah yang Allah tak datangkan musibah itu dengan percuma
Ada hikmah-hikmah tersembunyi yang Allah beri. Masa ni Allah nak tunjuk segalanya pada kita - siapa kawan yang akan beri sokongan dan siapa kawan yang akan biar kita terkial-kial keseorangan.
Bertabahlah kerana sebenarnya kita tak keseorangan kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Berserah lah pada Allah. Minta dia tenangkan hati kita, hiburkan hati kita yang sedih pilu, minta Allah pimpin hidup kita dan beri kita petunjuk serta hidayah.
Sesungguhnya Allah suka kita meminta dari Dia .. bukan dari manusia kerana Allah tau yang manusia itu dijadikan dengan pelbagai kelemahan, dihanyutkan fikiran manusia-manusia itu dengan godaan duniawi sehingga mereka tak sedari bahawa bukan yang ditimpa musibah itu sahaja diduga tetapi juga dia.
Manusia memang suka kejar duniawi, kan.
No comments:
Post a Comment