Tiba-tiba kita dikejutkan oleh konflik Aliff Syukri dan Wani Comel, walhal satu ketika dahulu mereka menjadi perhatian masyarakat Malaysia dengan sebuah kisah penuh inspirasi, iaitu kesudian dan kesanggupan Aliff Syukri membantu adik Wani menurunkan berat badan. Adik Wani masa tu terlalu berat, mencecah 300kg sehingga tidak boleh berjalan.
Satu Malaysia menyambut berita baik usaha Aliff Syukri itu. Malah apabila usaha Aliff Syukri membuahkan hasil dan adik Wani boleh berjalan semula, satu Malaysia mengangkat tangan mengucapkan Syukur Alhamdulillah.
Selepas setahun, Wani memanggill sidang media mengatakan bahawa beliau diperdaya oleh Aliff Syukri. Aliff Syukri tidak menepati janji, mengabaikan kebajikan beliau dan pelbagai lagi kenyataan dibuat oleh Wani terhadap insan yang telah membantu beliau ini.
Wani mendakwa beliau tidak mengambil produk pelangsingan Aliff Syukri tetapi telah diarah potong usus. Wani juga mendakwa usahawan tersebut tidak menunaikan janji beliau untuk menyediakan kereta, rumah dan belanja harian.
Selang beberapa hari selepas itu, Aliff Syukri telah membuat sidang media untuk membalas semula dakwaan Wanie. Menurut Aliff Syukri keadaan Wani pada waktu itu memerlukan beliau menjalani pembedahan bariatric. Selepas pembedahan, beliau telah diberi produk pelangsingan badan Aliff Syukri dan telah menjalani latihan senaman di bawah Personal Trainer professional. Wani telah diberi penjagaan rapi dari segi pemakanan, senaman dan di beri tempat tinggal khas sepanjang tempoh tersebut.
WOW! Aliff Syukri biayai pembedahan Wani berjumlah RM60 ribu, lantik Personal Trainer, beri tempat tinggal, ambil seorang pekerja khas untuk menjaga Wani, Wani cuba produk kurus keluaran Aliff Syukri dan akhirnya Wani telah boleh berjalan! Buat seorang yang telah lama tidak merasa dapat berjalan, rasanya inilah berita paling gembira seumur hidup bukan sahaja Wani tetapi sesiapa sahaja yang berada di tempatnya. Syukur .. dah boleh berjalan semula.
Yang menjadi persoalan adalah :-
1) Kenapa Wani tiba-tiba saman Aliff Syukri?
Kerana Wani rasa terpedaya dan kebajikan beliau tidak dijaga, dan Aliff Syukri tidak mengotakan janji untuk beri rumah, kereta dan duit belanja harian.
Jawapan Aliff Syukri adalah .. tiada isu beliau memperdaya Wani kerana beilau tidak pernah berjanji untuk beri rumah, kereta dan duit belanja harian. Beliau cuma berjanji untuk membantu Wani menurunkan berat badan sehingga beliau dapat berjalan semula.
Persoalannya.. Kenapa pihak Wani tidak bendung perkara ini dari awal dan isu ini menjadi besar? Kenapa tidak berbincang dengan Aliff Syukri terlebih dahulu?
Rupa-rupanya beberapa hari sebelum sidang media yang diadakan oleh pihak Wani, Aliff Syukri telah bersetuju untuk melepaskan Wani dari Kontrak yang telah ditandatangani tetapi entah kenapa Wani tetap meneruskan tuntutan melalui sidang media.
Sidang media bukanlah platform untuk menuntut gantirugi, pelepasan kontrak dan sebagainya wahai adik Wani. Tujuan sidang media adalah hebahan atau untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada masyarakat secara besar-besaran.
Cuba kita fikir .. memandangkan Aliff Syukri telah bersetuju dari awal untuk melepaskan Wani dari kontrak (sepertimana yang Wani ingini) maka perlukah adik Wani mengadakan sidang media? Apakah motif atau tujuan sidang media tersebut?
Sampai sekarang Misz-ella masih berfikir akan jawapannya ..
No comments:
Post a Comment