Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak ajak you all borak-borak pasal Diva Azwan Ali atau Diva AA yang baru-baru ini telah melakukan 'come back' melalui program Lagu Cinta Kita 2 bergandingan dengan penyanyi Elly Mazlein.
Misz-ella nak buat pengakuan. Saya bukanlah seorang yang akan duduk depan TV tengok TV. Masa Misz-ella lebih banyak depan laptop atau menghadap handphone. Drama pukul 7 ke, warta berita ke, cerita melayu pukul 9 ke .. Misz-ella tak pernah ambik tau. Kalau tau pun kerana press release yang dihantar oleh PR-PR TV3 kepada Misz-ella dan update dari kawan-kawan FB yang lalu lalang kat FB feed Misz-ella .. tetapi .....
Misz-ella tonton Lagu Cinta Kita 2 kerana DIVA AA. Kalau you all nak tau, Misz-ella adalah lepak sekali dua dengan Diva tersohor seantero Malaysia ni sebelum dia meletop-letop macam pop corn sampai kalah publisiti artis-artis di Malaysia ni.
Ternyata, selepas 25 tahun menyepi dari bidang pengacaraan, keputusan Diva AA untuk kembali telah menjadi. Aura beliau masih kuat, beliau masih disayangi, dihormati oleh peminat-peminat setianya. Ramai rupanya peminat Diva AA *termasuk lah Misz-ella*
Masih teringat betapa handsomenya Diva AA mengacarakan rancangan Muzik Muzik bersama Charmaine *I orang lama you*. Masa tu dia kurus, handsome satu Malaysia crushed kat dia. Kemunculan Diva AA sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat.
Lepas tu Diva AA hilang dari radar TV-TV Malaysia dan mula buat hal sendiri. Diva AA ni boleh dikatakan Diva kontroversi jugak lah. Macam-macam kontroversi dia buat. Well .. look at the positive side .. Apa yang boleh kita belajar dari dia? Confident level Diva AA sangat tinggi dan dia sangat berpendirian. Dia berani menyuarakan pendapat dan gentleman, berani tanggung setiap risiko akibat dari kontroversi yang dia cetuskan. Ko hado? *pinjam ayat Diva*
Sebenarnya lepak dengan Diva AA ni best tau. Happening bukan head-pening. Kepala dia gila-gila, ada sense of humour, dia jugak seorang yang intelligent dan sangat berterus terang. Tanya lah apa soalan, dia akan jawab dengan hati terbuka. Yang korang tengok dia maki-maki, carut-carut orang tu, tu sisi lain dia.
So Lagu Cinta Kita 2 Episode ke 3 telahpun kembali di kaca TV pada minggu yang lalu dan tadaaaaa ... Semua orang happy sebab ada Diva AA bersama Kak Lina Pom Pom. Gandingan diaorang berdua ni serasi, kan. Suasana jadi lebih santai dan ceria bila diaorang berdua ni bergabung .. meletop-letop macam pop corn ber berkaramel yang mahal tu. Memang menghiburkan dan mencuit hati peminat-peminat Lagu Cinta Kita 2.
Buat Diva AA, Misz-ella atau nurkhuriah *Dia panggil I nurkhuriah ..hahaha* nak ucapkan All The Best. Semoga Diva AA pergi jauh dan jauh lagi kerana aura Diva masih berbisa dan menyengat. Selamat Kembali!
ramai netizen puji comeback DivaAA..
ReplyDeletesaya belum berkesempatan nk tngk dia host balik..